"Hana apa dah jadi ? Bagitau lah" Soal Kak Fatin cemas
Maisara sekadar menggumam. Hendak membuka mulut sahaja bagai tiada kudratnya
"Kamu kena buli dekat universiti kan?" Kak Fatin menebak gusar
Maisara geleng lemah
"Akak tahu sesuatu dah terjadi. Bagitau akak. Tak payah nak simpan semuanya seorang diri"
"Tak..."
"Hana..." kak Fatin cuba mendesak
Maisara Farhana memulakan cerita. Air matanya deras mengalir. Kekuatan yang dia perlu bagaikan tidak mahu datang menghampirinya. Barangkali dia sendiri tidak layak untuk secebis kekuatan. Dia melepas keluhan kecil
"Hana, macam mana kamu boleh bersabar kat situ lepas semua yang kamu dah kena?"
"Entahlah kak. Hana ingat Hana kuat. Tapi ternyata tidak"
"I must do something"
"T-tak payah"
"Kalau macam tu Hana pindah. Pindah ke U lain"
"Tapi .... "
"I will tell father about this"
"Akak, not the sad story of me please"
"Don't worry. It's only between you and me"
YOU ARE READING
Jangan Benci Sangat
عاطفيةBerputiknya cinta, Berseminya kasih, Kalau dah benci Orang kata Jangan Benci Sangat nanti sayang kang susah. Maisara Farhana, dia terpaksa. Dijodohkan atas permintaan keluarga. Kahwin? Tak pernah terlintas dek akal "Kahwin kahwin ni aku tak kisah...