Bab 6 Jangan Benci Sangat

11K 423 2
                                    

Flashback

Sudah dua hari Maisara Farhana tidak hadir kuliah. Hari ini Maisara Farhana mesti datang.Tak kisah lah. Dia bertekad untuk terus tabah. Perjuangan masih jauh. Terlalu jauh

Baju kurung coklat dikenakan pula dengan shawl yang dililit kemas dikepala. Hari ini dia ingin kelihatan cantik agar orang ramai tidak lagi ingat akan peristiwa menyedihkan tu.

Namun sangkaan dan harapan Maisara Farhana meleset sama sekali. Sesampainya dia disana, mata mata tajam memerhati

Langkahnya diiringi dengan bisikan dan ejekan orang ramai. Tidak kurang juga mereka yang mentertawa dan melemparkan senyuman sinis kepadanya

"Hana, aku dah tau apa jadi dekat kau dua hari lepas"

"Hm" Ucap Maisara Farhana lemah. Entahlah, sukar untuknya mencari kata yang sesuai. Bibir seolah berkunci

"Hana, aku kesian sangat nampak kau lah weh"

"Takpa lah, ini semua ujian . Allah sedang uji aku" air mata jernih milik Maisara Farhana merembes keluar . Betapa aku lemah dengan ujian ini

"Hana kau tau tak siapa yang buat kau macam ni"

"Entahlah Kila, aku tak tau"

"Harris. Harris Syazwan. Lepas kau keluar dari dewan kuliah tempoh hari. Diorang pergi raikan benda tu dekat cafe. Aina cerita kat aku ."

"Hm" seperti yang dijangka, tapi Maisara Farhana tidak tau respon apa yang patut dia berikan. Otak seolah olah beku untuk memaki hamun jejaka itu.

"Hana, ni salah aku juga. Aku takda time kau kena tu . Aku minta maaf. Urgent sangat. Aku balik kampung. Hal ni pun aku baru dengar tadi"

"Takpa lah Kila. Ni bukan salah kau. Dan aku tak apa. I'm okay" senyuman kelat aku lemparkan. Ya susah untuk aku tersenyum buat masa ni .

**

Maisara Farhana duduk dikerusi seperti biasa. Senyap. Sangat senyap. Jantung Maisara Farhana berdegup kencang dia tahu ada sesuatu yang tidak kena

Seminit kemudian ...

Ketawa orang ramai memecah suasana yang tadinya senyap. Maisara Farhana tidak tahu apa yang sedang berlaku. Tapi yang dia pasti, ada sesuatu yang tidak kena

Pelik. Maisara Farhana berdiri. Dia tahu ada sesuatu tidak kena. Dia memegang skirt. Gam ! Hana keluar dengan berlari lari anak menuju ke tandas berhampiran. Malu yang dia rasa hanya tuhan yang tahu. Nasibnya baik dek kerana gam yang digunakan tidak melekat dikerusi

Tidak puas lagi mereka mengenakan ku. Bisik hati Maisara Farhana lemah

Hana duduk di kerusi panjang berdekatan taman mini Prof Maya setelah selesai menukar pakaian. Mujurlah dia ada membawa t-shirt dan seluar slack.

Satu keluahan berat dia lepaskan. Malang sungguh nasibnya. Ujian ini sungguh berat baginya. Mungkin salahnya untuk mengenali Harris Syazwan. Tapi terlampau besar kah silapnya dimata si jejaka. Maisara Farhana sendiri buntu. Dia tidak tahu kesalahan apa yang dia lakukan sehingga mendapat kebencian hebat si jejaka

Masa rehat sudah tiba dan disebabkan perutnya yang belum diisi Maisara Farhana mengagahkan juga dirinya untuk ke cafe. Biarlah. Telinganya sudah lali mendengar ketawa, ejekan dan tomahan mereka.

"Awak, duduk lah sini" seorang lelaki mempelawa. Mata Maisara Farhana melilar memerhati sekeliling. Nampaknya memang susah nak cari tempat duduk lain sekarang

"Terima kasih" ucapnya ikhlas

Pang ! Maisara Farhana terjatuh. Sakit.

Kerusi patah! Dan Maisara Farhana tahu bahawa ini perbuatan sengaja. Dalam hari ini sahaja berapa kali dia malu. Berapa kali maruahnya tercalar. Maruahnya seolah olah jatuh bersama. Badannya bergegar. Semangatnya hilang. Dia seolah tiada kekuatan.

Semua mata tertumpu ke arahnya. Ketawa orang ramai memenuhi kesesakan cafe.

Dengan semangat yang masih bersisa, Maisara Farhana menggagahkan diri untuk bangun. Tepat! Harris Syazwan berada betul-betul di hadapannya. Senyumnya sinis. Kebencian didalam diri Maisara Farhana membuak didada

Hana berjalan menujunya dengan air mata yang dari tadi tidak sabar ingin bebas. Ya dia tau dia mesti tabah. Tapi hakikatnya, dia lemah. Sangat lemah.

Maisara Farhana berhenti betul betul dihadapannnya

"Puas kau sekarang?" soalnya. Maisara Farhana sudah tidak tahan. Dia diperlakukan seperti orang bodoh tanpa mengetahui salah silapnya. Ikutkan hati, ingin sahaja dia memaki hamun si jejaka. Namun kekuatannya sudah hilang. Kesakitan mengelubungi dirinya

Aku tak tau berapa lama lagi aku harus menanggung semua ini. Aku buntu. Tiada apa yang tersisa lagi . Dalam sehari maruah ku habis. Melayang pergi. 

Ya Allah, berilah hamba kekuatan. Doa Maisara Farhana didalam hati


Flashback end.


Jangan Benci SangatWhere stories live. Discover now