Bab 5 Jangan Benci Sangat

12.5K 424 5
                                    

Hari ini hari pertama Maisara Farhana bekerja di Syarikat H.A Holdings.

Ya Allah tabahkan lah hatiku.

Maisara Farhana sedar bahawa dia memang tidak patut kerja di syarikat tersebut. Tapi dia mesti realistik. Tidak kira apapun dia mesti cuba untuk berdikari. Dia sudah fikir masak-masak dan dia tidak akan sesekali lari dari kenyataan.

Selain Maisara Farhana ada 4 lagi pekerja baru yang diterima melalui sesi temuduga tempoh hari.

"Baiklah, semuanya berkumpul " kata salah seorang pekerja.

"Yang dekat sebelah saya Diana Aleesya, then Syakira Umierah dan ini Ameera Natasya dan yang kat hujung tu Maisara Farhana. Tunjuk ajar kamu semua amatlah diperlukan. Dan awak Fatin boleh tolong tunjukkan tempat diorang ni. Yang lain boleh bersurai dan sambung kerja masing masing"

Kami seterusnya membontoti sahaja wanita yang dimaksudkan dan menuju ketempat kerja. 

"Buatkan saya air. Hot chocolate. With creame please" arah Nadia, salah satu staff lama syarikat. 

"Maaf Puan"

"Cik" Dia membetulkan

"Cik Nadia, saya kat sini bukan tea lady baru."

"Kamu dibawah saya... semua yang saya suruh adalah arahan. Even saya suruh awak cuci tandas sekalipun..." ujar Nadia, si andartu gedik. Maisara tahu, kerjayanya disini mungkin tidak akan berjalan seperti yang dia harapkan. Tanpa dia sedar, satu keluhan kecil dia lepaskan. 

"Hai" Sapa suara garau dari arah belakang. Hampir tersedak Maisara Farhana dibuatnya. Dia ni pun, bagilah aku kasi habis air ni dulu. Habis hilang feeling aku nak minum air tangan sendiri.

"Hai" Balasku pendek. Nak balas panjang-panjang macam mana kalau aku dah batuk batuk ni. Maisara Farhana mengukir segaris senyuman tatkala melihat jejaka yang kononnya Hero di hari pertamanya.

"Saya A-"

"Tahu... temuduga haritu awak tolong saya kutip fail. Amirul kan? Saya Hana" Segaris senyuman diukir menampakkan lesung pipit dibawah bibir. 

"So awak ni pekerja barukan. Saya ni nak kata lama tak juga baru tak lah juga. Awak jangan risau pekerja kat sini ok. Kecuali si  Nadia tu. Sebenarnya ada sorang lagi. Sofea. Tapi rasanya dia tak datang kot hari ni." Dia membuka cerita tanpa di minta. I like. Taklah janggal suasana dekat sini

"Lah yakah? Saya ni pun taklah layan sangat orang macam tu. Tapi saya memang benci bila orang suruh saya buat benda yang bukan  dalam kerja saya. Saya rasa macam dipembantukan je" balas Maisara Farhana. Eh? Adakah ayat macam tu? Amirul Iman gelak kecil

"Awak jangan risau, diorang tu kalau awak sound sekali dorang takkan kacau awak lagi. Cuma tulah kalau awak ikut je memang awak akan DIPEMBANTUKAN" Ayat dipembantukan sengaja ditekan. Nak perli aku la tu

Maisara Farhana ulum senyum.

"Kat sini lunch 2 jam tau. Nanti kita lunch sama-sama nak?" ramah Amirul Iman. 

"Mirul, lunch ni kau boleh teman aku tak" satu suara garau memotong perbualan. Siapa lagi kalau bukan Harris.

"Sorry lah wehh, aku ada hal lah"

"Hal apa?"

Maisara Farhana keluar dari ruangan tanpa sebarang kata. Janggal rasanya hendak mendengar perbualan antara dua orang jejaka tersebut. Tapi pelik lah, kenapa si Mirul tu senang-senang tolak permintaan 'Bos'. Berani betul dia tu.

"Kau ikut aku jelah "

"Nope. Aku ada hal"

"Hish kau ni"


-----

Flashback

"Harris, hari ni kau ikut aku"

"Kemana" soal Harris 

"Aku nak kenakan awek tulah. Takkan kau tak nak nampak?"

"Kau biar betul . I don't think we should do that... lagipun benda dah settle"

"Alah, kau jangan risau. Hal kecik je. Tak serius pun" 

------

Maisara Farhana masuk ke dalam kelas seperti biasa. Hari ni dia memakai baju kurung putih dengan skirt hitam dan dikenakan pula tudung satin berwarna hitam. Hari ni Maisara Farhana datang lambat dari selalu. Kelihatan orang ramai memenuhi tempat duduk.

Maisara Farhana melangkah masuk kedalam kelas ...

Pang !

Terasa ada benda jatuh keatas kepala dan sekaligus mengotorkan baju putih bersih miliknya. Sesuatu yang berlendir.

Telur!

Maisara Farhana mengangkat wajah. Malu. Siapa yang tidak malu bila diperlakukan sedemikian. Tidak dapat dia mencerna perkara yang sedang berlaku. Air mata cuba diseka. Malu bila ketawa orang ramai memecah gegendang telinganya.

Ketawa orang ramai sekali lagi semakin riuh. Tepung di lontar kemuka molek milik Maisara Farhana tanpa henti.

Dan kemudian air disiram pula ke badan kecilnya. Seluruh tubuhnya basah lecun.  Air mata yang ingin menitis diseka laju. Tidak ingin memperlihat kekalahan dimata semua yang melihat. Tidak ingin mempertonton kelemahannya dihadapan semua.

Maisara Farhana membuka mata tatkala pasti tiada lagi yang akan dilontar kepadanya. Ketawa mereka membuatkannya lemah. Sangat lemah. Maisara Farhana berlalu pergi. Laju sahaja langkah kakinya bergerak ke parking lot .

Sepanjang langkahnya ditertawakan. Dia menuju ke kereta yang jauh terletak ditemani air mata.

Hina yang di rasa hanya tuhan yang tahu. Diperbodoh dan dipermainkan. Aku mesti tabah. Disetiap air matanya yang mengalir terselit doa yang turut sama jatuh berjujuran


Flashback end

Jangan Benci SangatWhere stories live. Discover now