Awal sungguh aku bangun hari ini. Nak bangun lambat macam mana kalau subuh-subuh mama dah kejutkan. Apa-apalah. Usai menunaikan solat subuh aku turun ke tingkat bawah. Dah tak macam rupa bakal pengantin sahaja. Mana tidaknya, pagi-pagi aku kedapur cuci pinggan mangkuk dan selepas itu aku pergi melahap. Entah apa sahaja aku makan tah dan malangnya macam manalah mama boleh nampak. Habis jugalah aku kena bebel. Takut baju tak muatlah, sakit perutlah apalah.
**
"Kompang dipalu pengantin baru.
Duduk bersanding tersipu malu
Kami doakan moga sejahtera ... "
Pagi-pagi lagi Maisara sudah menyanyi macam orang tak betul. Cuba membuang gugup dihati.
"Hamboi-hamboi" tegur Syakila. Dari semalam hingga ke hari ini si Kila ni sahajalah yang menemani aku. Segala luahan sedih ku yang aku ceritakan dia dengar dengan tekun.
"Nak ambil mood kahwin jalah. Supaya nanti tidak lah gemuruh gitu" hailah, mana tidak pelik kan, semalam kemain aku menangis nak mengenang nasib diri, hari ni siap nyanyi-nyanyi lagu kahwin bagai. Siap aku download nak dijadikan ringtone lagi.
"Hana, tak kira apa kau mesti pertahankan rumah tangga kau. Yang penting kau kena tabah, kau mesti boleh lalui semua cobaan alam perkahwinan ni. Jangan risau. Aku sentiasa ada untuk kau. Anything, just tell me okay?" katanya ikhlas. Terima kasih babe. Sekarang ni aku memang perlukan kata-kata semangat. Aku ni pada zahirnya memang nampak happy, tapi hati aku? Hanya aku dan Allah sahaja yang tahu
"Lahai, kau jangan risaulah Syakila oi. Kau macamlah tak kenal aku ni. Aku tersangatlah yakin bahawasanya suami aku nanti, lepas akad, dia nampak saja aku ni, confirm terus jatuh cintalah. Hahaha. You can trust me lah" kataku yakin.
"Aamiin"
**
Aku duduk dibirai katil. Angin sepoi-sepoi menenangkan hatiku yang bergelora. Aku merenung inai yang berada ditangan. Siapalah bakal pengantinku. Satu keluhan berat aku lepaskan. Tidak lama lagi aku akan bergelar isteri kepada seseorang yang aku langsung tidak kenal. Angan-anganku ialah untuk membina mahligai indah bersama dengan bakal suamiku. Impianku ialah untuk mempertahankan rumah tangga yang bakal kubina tidak kira apapun. Ya, aku mesti
"Pengantin lelaki dah sampai" Satu jeritan mematikan lamunan akalku. Riuh sungguh suasana rumah. Gamat dengan jeritan orang ramai. Dapat kedengaran suara-suara sumbang dan gedik daripada perawan-perawan diluar yang tak habis-habis memuji ketampanan bakal suamiku. Handsome sangat kah? Jangan-jangan pengapit dia yang handsome.
Aku diiringi untuk turun ketingkat bawah. Selangkah demi langkahku diperhati oleh setiap mata dari tingkat atas sehingga ke tingkat bawah. Jantungku berdebar dan hatiku bergelolak. Mataku melilar mencari bakal suamiku. Angin yang mendayu kusambut bahagia.
'Mana bakal suamiku' hatiku tertanya-tanya. Pada zahirnya aku berlagak tidak mengambil kisah tapi hatiku merayu untuk mengetahui gerangan itu.
Aku duduk ditempat yang disediakan. Cantik. Kusyen bulat empuk berwarna putih. Sungguh menenangkan. Dari jauh dapat kulihat bakal suamiku walaupun hanya belakangnya. Dapat kutafsirkan melalui ketinggian dan susuk tubuhnya dia memang seorang yang handsome . Mungkin.
Berwalikan ayah, bersaksikan seluruh alam ...
"Aku terima nikahnya......."
Sah?
Sah!
Sah!
Kini, aku sah bergelar seorang isteri. Dengan satu kata dalam satu lafaz dibawah satu nafas aku isteri kepada seorang insan tanpa kerelaanku. Tabahkanlah hatiku Ya Allah, menempuh semua cobaanmu. Meniti alam rumah tangga yang rapuh ini. Semoga aku dapat mempertahankannya. Aamin
Tanpa kusedari, air mataku mengalir sayu.
Tibalah masanya adat membatalkan air wudhu' dan...
Alamak!
Apa ni?
Tak mungkin!
Berderau darahku. Aku seolah-olah menolak kebenaran yang berlaku dihadapan mataku.
Harris Syazwan! Dia... suamiku?
Insan yang aku paling benci!
Apa yang aku patut buat? Impianku untuk hidup bahagia di alam perkahwinan mengheretku kedasar gelap. Aku masih cuba menegakkan benang yang basah. Cuba menidakkan kebenaran didepan mata.
Tidak pernah terlintas diakalku. Suamiku. Insan yang akan menjadi imamku. Mengiringi solatku. Membimbingku. Menjadi ayah kepada anakku. Yang bakal menjadi pendampingku, Insya Allah disyurga kelak. Dia? Insan yang aku sangat benci!
Tabahlah duhai hati.
YOU ARE READING
Jangan Benci Sangat
RomanceBerputiknya cinta, Berseminya kasih, Kalau dah benci Orang kata Jangan Benci Sangat nanti sayang kang susah. Maisara Farhana, dia terpaksa. Dijodohkan atas permintaan keluarga. Kahwin? Tak pernah terlintas dek akal "Kahwin kahwin ni aku tak kisah...