Bab 12 Jangan Benci Sangat

12.6K 460 8
                                    

"Sara, bangun. Sara ... Bangunlah. Jom kita solat sama-sama sayang" satu suara garau membisik lembut di telingaku. Lembut... sangat lembut. 

'Eh? Sayang ? Haish, masih mamai aku ni. Entah entah dia sebut bangunlah setan tadi. Hahaha apa aku melalut ni' Maisara Farhana terhuyung-hayang menuju ke kamar mandi. Mulut nya terkumat kamit dengan bebelan kecil

Selesai sahaja urusan dikamar mandi. Maisara Farhana menapak keluar.

Terberhenti langkahnya bila melihat dua sejadah yang sudah terletak elok di lantai.

"Harris, kau tunggu aku erk?" soalan yang paling bangang rasanya

"Eh tak adalah. Aku tunggu cicak tu hah. Cicak.. jalanlah cepat sikit cak. Cepatlah sikit. Kita solat berjemaah sekali"

Maisara Farhana mengulum senyuman. Hatinya tersentuh. Dan pada waktu yang sama Harris Syazwan memerhatikan senyuman itu. Manis.

'Aku kini solat berimamkan suamiku. Lafaz takbir yang dilafazkannya syahdu hampir mengalirkan air mataku. Dia imamku, Dia pembimbingku, dunia akhirat.' hati Maisara Farhana bermonolog

Usai menunaikan solat, tangan Harris disalam sayu. Kepala Maisara Farhana diusapnya halus. Maisara Farhana pasang wajah selamba. Dihati Maisara masih ada kebencian menggunung terhadap lelaki itu. 

Usai solat subuh Maisara Farhana membuka applikasi Twitter di telefon bimbit miliknya. Memang itulah rutinnya tiap pagi. Bagi Maisara applikasi itu sudah seperti surat khabar, mudah untuk dia mendapat berita semasa disitu. 

"Sara, aku nak cakap sikit ni." tegur Harris Syazwan mematikan kejanggalan

"Cakap jelah"  

"Nanti depan umi dan yang lain kau jangan nak kerek sangat dengan aku" terangnya

"Kaulah kerek" potong Maisara. Apa sahaja yang dikatakan suaminya kedengaran jelik ditelinganya

"Kita jadi pasangan paling bahagia depan diorang. Umi tak boleh tahu pasal apa yang berlaku antara kita. Faham?"

"Sampai bila? Ingat senang ke nak berlakon? Ingat aku ni Tiz zaqiah ke nak berlakon bagai" tegah Maisara.

"Memang awak tu bukan Tiz Zaqiah. Jauh sangat bezanya tu. Kalau umi nampak hubungan kita okay, only then she will allow us to live on our own. Ke kau nak terus tinggal kat sini?" kata Harris Syazwan sengaja menyakitkan hati isterinya.

"No! Of course not."

"Saya ada rumah sendiri. I'll show you this evening. Tapi umi tak bagi pindah dulu. Tak nak apa-apa jadi dengan menantu kesayangan katanya" sambung Harris. Panjang lebar dia memberi penerangan. 

"Jadi apa? Awak ni kaki pukul ke? Macam tu saya pun takut" Takut punya pasal, sopan saya Maisara bahasakan diri dengan Harris. Hilang terus aku-kau

"Astaghfirullah. Mana ada. Entahlah, takut saya terkam bini kot." Harris Syazwan senyum menyakat. Maisara buat muka meluat.

"Eleh semalam cakap jangan risaulah tak ada hati nak sentuhlah" bisik Maisara tidak ingin Harris dengar bebelannya. 

"Perkahwinan kita ni pulak macam mana? Sampai bila? It's not like you want to be my husband until jannah, kan? Jadi lebih baik kita segera letak tarikh luput pada perkahwinan kita ni" 

Dari saat dia tahu Harris Syazwan adalah suaminya, dia sudah tahu, lambat atau cepat dia pasti akan dilepaskan. Kalaupun tidak, dia yang akan melepaskan dirinya sendiri. Menjadi isteri kepada lelaki yang sangat dia benci adalah mimpi buruk baginya. 

Jangan Benci SangatWhere stories live. Discover now