ica's pov
Aku menilik jam berjenama casio di tangan.jam menunjukkan sudah pukul 7:30 pagi.Sambil menilik jalan raya yang sememangnya familiar bagi aku sejak kecil, aku meraup muka beberapa kali.seseketika aku mengerling ke arah pantulan cermin sisi kereta sebelah kiri.Dia seperti biasan dengan rutin paginya:T.I.D.U.R..Apa yang berlaku 2 hari lepas semangnya bukan sesuatu yang aku jangka.Siapa sangka mamat yang menyerupai bepop ni rupa-rupanya seorang instafamous.Tapi aku kisah apa?tak de kena mengena ngan hidup aku pun.pergh.
Setibanya kereta di pagar sekolah,aku mencium tangan abah dan menunggu si galah di seberang jalan.Dia yang tadinya termenggu-menggu macam orang kena sampuk terus menuju kearah aku.
"Ehh..kau tunggu aku ke?"Dia mula bersuara.
"Tak ah..tengah tunggu pak cik guard tu ah.tak nampak ke.?"Aku berseloroh sarkastik seperti selalu.macamlah tak kenal.
"Lah ingatkan tengah tunggu prince charming yang hensem lagi macho ni.."
nak saje aku lempang muka dia jadi lempen abang mat.ingat dia tu sape?hensem aku punya ikmal lagi.Kalau tak kerana ayah yang tegur setiap pagi,memang taknye aku nak habiskan saki baki masa aku dengan mamat poyo macam ni..
"Muka jerawat seribu macam kau,sape nak?"bidas aku pedas.even aku tahu tak pedas mana pun memandangkan..
"kau pun tahu kan.."belum sempat dia membalas,aku menarik beg sekolah sambil berlari ke kelas Bitara.
*****
"ARGHHH!!"aku mengetuk meja beberapa kali sambil menekup muka dengan tudung.Terimbau kembali mesej-mesej beberapa hari lepas..
aku: kalau aku simpan rahsia kau,apa aku dapat?ferrero rocher?
unknown:aku akan simpan rahsia yang kau intai aku macam pervert hari tu..amacam?
japp,pehal nak stress?takde kaitan ngan hidup aku pun..ye..tak payah stress.
"pehal ngan kau ni?kena sampuk ke?"soal noyi yang sibuk membaiki tudungnya yang berkedut.Tak sempat iron penuh la tu.
"tak ah..takde pape pun.."aku menarik nafas panjang sebelum teringatkan sesuatu..ye.that one homework.Aku membuntangkan mata.Disebabkan dia..aku lupa nak buat homework tu.Aku mengangkat punggung sebelum menuju kearah meja si galah.Aku tengok dia, dia tengok aku.Aku tengok dia, dia senyum.Belum sempat aku bersuara, madame harimau sudah menjejakkan kaki ke kelas.Bagus.
"Good morning everyone.."sapanya dengan penuh mesra.ceh.jangan sedap hati sangat.mood dia bila-bila masa boleh berubah.
"Have you finished your homework?"Aku mula kecut sebelum mengerling sekeliling untuk mencari alasan.
"yess!"satu kelas menjawab.Dah masak dengan denda madame mei mungkin.Aku menghentakkan kaki perlahan beberapa kali sebelum mengangkat tangan.
"m..may i go to the toilet madame..?"Aku menjadi lebih kecut.Selalunya madame pesan untuk pergi ke tandas awal-awal sebelum kelas bermula.
"for what?" dia menunjukkan muka helangnya setelah mengesan muka cemberut aku.
"f..for..you know..."
"Haven't you finished your homework?"soalnya dengan suara yang semakin kuat.Habislah aku.
Aku diam sambil mengalihkan pandangan ke arah tempat duduk si galah.Dia kemudian berdiri membuatkan aku terkejut.
"Yes,we have finished it madame."Dia menjawab dengan penuh yakin.Madame Mei yang dari tadi berdiri di hadapan sekarang berjalan mendekati daniel si poyo.
"Great..let me have your group as the first check."Ujar madame sambil menghulurkan tangan ke arah daniel.Apa yang aku nampak , dia menghhulurkan tiga helai fullscap paper yang penuh diisi kepada madame mei.
"Hmmm..your writing is kinda good...since i need to check the work of all of you,i'll give your mark on wednesday,got it?"ujarnya dengan suara yang kembali lembut.Aku mula melabuhkan punggung ke kerusi setelah memastikan 'line clear'.
"And you..who asked you to sit down?"Dia menyoalku pedas melihat keadaanku yang mula lega.Aku menarik muncung panjang lalu kembali berdiri tegak.
"Nextime, i am reminding all of you that going to the toilet is FORBIDDEN during class.."ujarnya sambil menekankan perkataan 'forbidden' sedalam-dalamnya.huh.kalah Ning Baizura.Aku memberikan senyuman palsu namun menjeling di dalam hati.
********
"Nah keropok.."aku menyerahkan keropok lekor kepada noyi yang duduk diatas kerusi sambil menyilangkan kaki.
"Mana bakinya??"dia menyoal aku sambil membulatkan mata.erk.
"tadi kau kata 'keep the change' en?eii..nyanyuk la makcik ni.."aku tergelak kecil sambil membalas.
"oh ye..by the way,pehal ko pergi angkat tangan tadi?bukan madame selalu pesan ke yang tu?"
"a..aku..ye lah kau tahu kan..erk...aku tengah serabut sehari dua ni...so..aku lupe nak buat homework tu.."
"serabut apa pulak?cer citer...orang datang meminang ke?"ujarnya spontan.ingat lawak?.Aku mencebik sambil mengunyah kuih tepung bungkus yang emak buat pagi tadi.
"serabut dengan manusia jelmaan toyol dekat rumah aku.."aku menjawab perlahan sambil menunjukkan riak menyampah.
"hah..?mengarut lah kau ni..mujurlah ada jejaka budiman bin ajaib yang sanggup tolong kau siapkan homework.banyak kut.tiga page penuh.Bukan ke haritu kau pandang rendah kat dia ke?"Noyi mengangkat-angkat keningnya lagak spongebob dalam tv.eii..pehal la dia puji lelaki tu.jatuh cinta ke hape?
seketika aku mengerling ke sudut kantin yang familiar..mana ikmal?dia tak makan ke hari ni?
"Weh..aku rasa kan..hubby aku jarang lah update story IG sekarang ni?dia tak sihat ke?hummphh.."Noyi bersuara menyebabkan aku mengalihkan pandangan ke arah mukanya yang sedikit chubby.
"ntah..pehal kau tanya aku?ingat aku bini dia ke?"Aku menjawab sambil berlagak tak tahu.Kadang-kadang aku terasa sedikit bersalah kerana minyimpan 'rahsia' ini daripada noyi.Sejak kecil, kami berjanji akan selalu meluahkan segala rahsia yang terbuku di hati.jadi, aku macam dah 'mengkhianati' dia.
"what?pleaseee la weii..kau tak kan pernah dapatkan dia.no way.dia aku punya.."ujar noyi sambil menepuk dadanya.Macam kingkong pun ada lagaknya.Aku menyambung menghabiskan sisa makanan yang sedikit lagi sebelum beredar masuk ke kelas.
********
"tak nak ucap terima kasih ke?"dia menegur aku dari sudut depan bas.mujurlah kami sampai awal.dapat duduk kat depan.Kami?wekk.
"Kenapa pulak?"aku menjawab sambil menikmati permandangan jalan raya yang aku selalu tengok setiap hari.=.=
"homework tu en,ke kau nak aku mention berapa paragraph aku buat dah la kau tak tolong sikit pun.."
"yela...apa-apa je lah..terima kasih toyol jelmaan.."aku menjawab sambil memberikan senyuman palsu.
"what?toyol?ooo...kau nak aku cakap kat madame yang kau tak tolong ape2 ke?"
"kau nak apa sebenarnya?"aku menunjukkan riak menyampah sebelum membuka laman twitter di telefon.
"Belanja aku makan.Muktamad."Dia menjawab dengan nada sarkastik.Aku membuang pandangan dari telefon dan memandang ke arah muka dia yang berjerawat seribu.
"Whatttt!!?"
#tobecontinued
YOU ARE READING
instafamous nextdoor (ongoing)
Romance"kak yong!!meh sini kejapp."suara garau ayah menyentapkan aku yang sedang menonton drama kat tv.ayah ni...masa part sweet2 ni lah dia nk panggil aku..adehh. "yeee..ayah..kejap2.."tanpa banyak soal,aku yang tadinya ralit menonton drama red velvet men...