ica's POV
aku yang berpakaian uniform sekolah lengkap berjalan ke hulu-ke hilir dalam bilik.macam orang tengah susah hati pun ada.aissyy,camne laa aku nak hadap muka mamat ni nanti.dah la aku tak tahu dia sama umur ngan aku.mula-mula jumpa lagi dah marah dia .
"ICAA!!cepat sikit.kamu buat apa lagi dalam bilik tu??Daniel dah tunggu ni..."aku dengar ayah bersuara kat luar.APA??!! dia dah ada kat luar?
"yaa..ica datang niii.."aku cepat-cepat memikul beg galas berwarna hijau neon kepunyaan aku dan terus ke tingkat bawah.
"kamu ni..sepatutnya kena siap awal-awal.anak dara apa lah macam ni..potpepotpet..blablablabla.." mak memulakan bebelan di pagi hari.setiap hari kalau aku tak kena bebel ngan mak memang tak sah. -_-
aku terkejut melihat daniel yang lengkap berpakaian uniform sekolah seperti aku sedang berdiri seperti anak patung di sebelah ayah.walaupun dia membelakangi aku,aku dapat rasakan dia tengah ketawa macam hantu sekarang ni..aku rasa nak tumbuk je muka jerawat dia masa tu.mujurlah mak dan ayah ada kat situ.kalau tak..sah-sah melayang badan dia aku kerjakan..(cakap je lebih nii)
usai nak masuk kereta..tiba-tiba aku teringat sesuatu..
"Ehh,kejap yahh..ica rasa ica ada tertinggal sesuatu.."
"apa lagi laa..budak ni.selalu je tertinggal barang time nak pergi sekolah..lain kali,bawak ngan katil-katil sekali ye."bebel ayah lagak mak cik esah,jiran aku yang selalu membebel kat anaknya.aku hanya memberikan senyuman menyerupai kerang busuk lalu bergegas ke bilik.
[dalam kereta]
Daniel's POV
aku memang benci gila 'awkward moment'..tapi tu lah yang aku rasa sekarang ni..urgghh.rania ni memang nak kena ngan aku..kenape dia tak cakap awal-awal?.tanpa membuang masa,aku mengeluarkan iphone 6 dari poket seluar dan memakai earphone untuk mendengar lagu.
~flashbak
setelah budak perempuan tadi sudah menghilang dari pandangan,aku mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik sebab aku sedikit mengantuk.pintu bilik aku ngan pintu bilik akak rania menghadap antara satu sama lain.so,aku nak singgah bilik dia kejap untuk tengok kalau-kalau dia ni masih tidur ke tak.sebab dia kata dia nak tidur kejap je.kejap sangat.dah dua jam dia mengeluarkan dengkur mengalahkan orang utan tuu.
baru je aku nak buka pintu bilik..aku nampak rania sedang menaip sesuatu dekat laptop apple nya.
"Buat apa tu cik akak oii??"aku mengejutkan rania dengan soalan loyar buruk sebelum menanggalkan headphone yang melekat dekat kepala.
"masak nasi lah..tak nampak ke ni?"zapp.padan muka.kan dah kena bidas.
"orang tanya elok-elok nii.."belum sempat aku menghabiiskan ayat,aku ternampak nama aku sudah tertaip di skrin laptop.bukan setakat nama,profile diri sekali.nampak macam sesi pendaftaran sekolah jee.
"what's this??"aku bertanya tak lupa untuk membulatkan mata aku yang memang dah bulat ni.
"yeah..since you're here doesn't mean that u're not going to school.tomorrow wil be ur first day.be prepare lah yee"rania menerangkan panjang lebar.aku membuat muka seposen.namun hampa,rania tak berdegih.
"tak acii..kenape akak tak daftar nama akak kat mana-mana universiti?"aku membalas tak mahu mengalah.
"akak kan still tunggu result SPM.result u pun tak keluar lagi.ni baru awal tahun sayang.."dia memberitahu dengan lagak mata berkelip-kelip.hang ingat mata hang cantik sangat ka?
YOU ARE READING
instafamous nextdoor (ongoing)
Romance"kak yong!!meh sini kejapp."suara garau ayah menyentapkan aku yang sedang menonton drama kat tv.ayah ni...masa part sweet2 ni lah dia nk panggil aku..adehh. "yeee..ayah..kejap2.."tanpa banyak soal,aku yang tadinya ralit menonton drama red velvet men...