CH-1

6.8K 261 6
                                    

5 years later,

  " Mama." Anak kecil yang sedang menunggu di hadapan taska berlari anak apabila melihat wajah ibunya. Terus didakap erat tubuh ibunya tanda bahawa dia gembira dengan kehadiran ibunya disitu.

" Hey my little princess." Si ibu juga turut membalas dakapan anaknya. Dikucupnya dahi anaknya. Setelah itu dia memimpin tangan anaknya menuju kearah kereta yang dipakir berdekatan dengan taska.

" Mama can I ask you something?"

" Yes princess what do you want to ask me?" Qismiera memandang muka anaknya sekilas kelihatan wajah anaknya sedikit gusar untuk meluahkan apa yang terbuku dihati.

" Do I have a dad?" Pertanyaan yang keluar daripada bibir anaknya itu membuatkan Qismiera sedikit tersentak. Nasib baik dia tidak menekan brek kereta secara mengejut, jika tidak hospital bakal menjadi tempat mereka bermalam.

" Kenapa Emelda tanya mama soalan tu?"

" Tadi teacher suruh lukis muka mama dengan papa sebab minggu depan teacher nak kami buat recital depan semua orang sambil nyanyi lagu and we were supposed to hold that picture. Emelda boleh lukis gambar mama tapi Emelda tak boleh nak lukis gambar papa because I don't remember a single thing about him. Bila Emelda looks at the others work diorang semua lukis gambar papa. Sebab tu Emelda tanya mama if I have dad or not?" Qismiera hanya terdiam seribu bahasa. Dia tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan perkara yang begitu rumit terhadap kanak-kanak yang baru sahaja berusia lima tahun itu.

Sampai sahaja dipengkarangan rumah Qismiera terus menuju ke bilik tidurnya. Diselongkar bahagian laci meja untuk mencari sesuatu yang disimpan sejak dahulu lagi. Setelah menjumpai barang tersebut, dia turun kebawah untuk mencari anaknya. Kelihatan tubuh kecil itu berada di kolam madi sambil mencelupkan kaki kedalamnya.

" Princess mama kenapa tak tukar baju ni." Emelda hanya diam tanda dia merajuk dengan Qismiera yang tidak mahu menceritakan kepadanya mengenai ayah kandungnya. Keluhan kecil terbit dibibirnya. Barang yang disorokkan dibelakangnya disuakan kearah Emelda.

" This is your father." Gambar perkahwinan mereke beberapa tahun yang lepas dijadikan tempat buat Qismiera melepaskan rindunya buat Fatih. Emelda mengambil gambar tersebut dengan teruja. Dibeleknya muka Fatih sambil tersenyum keriangan.

" Wah handsome nya papa Mel. Tapikan mama kenapa papa tak duduk dengan kita macam papa kawan Mel?" Qismiera mengelus rambut Emelda. Gambar yang berada ditangan Emelda diambil kembali.

" Papa busy kerja dekat tempat lain sebab tu dia tak dapat jumpa Mel. But don't worry one day papa akan jumpa Mel okay." Mendengar jawapan Qismiera membuatkan Emelda menjerit keriangan. Dia tidak sabar untuk menunggu saat itu tiba. Namun bagi Qismiera, jauh disudut hati dia risau untuk memberitahu Fatih tentang perkara ini dan semestinya dia takut sekiranya Fatih menceraikannya dan merampas hak penjagaan Emelda. Tapia dia tidam sekejam mana untuk memburukkan nama Fatih kerana tidak mahu anak mereka membenci ayahnya sendiri.

" So princess kalau nak papa jumpa dengan princess, princess kena mandi okay. Ni mama bau busuk semacam je princess mama ni."

" Okaylah princess mandi dulu bye mama." Pipi Qismiera sempat dikucup oleh Emelda sebelum dia meninggalkan Qismiera bersendirian.

💔💔💔💔

   Kedai cafe halal yang dibuka setahun yang lepas di bandar Paris menjadi sumber pendapatan buat Qismiera sekeluarga. Nasibnya sangat baik apabila cafe ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat dan juga pelancong asing. Tidak dinafikan bahawa Qismiera merindui  untuk duduk didalam pejabat, menghadiri meeting, berjumpa client diseluruh negara namun itu pengorbanan yang dia harus lakukan. Syarikatnya masih dibawah pemantauannya namun segala penyeliaan sementara diambil oleh sepupu jauh ibunya.

" Mel lepas main dengan color ni kemas tau." Emelda yang sedang menconteng kertas itu hanya menanggukan kepalanya tanda faham dengan kata-kata ibunya itu. Tiba-tiba loceng kedainya dibunyikan tanda terdapat pelanggan masuk.

" Bienvenue." ( Selamat datang ) Qimiera yang sedang duduk bersama anaknya itu menoleh kearah pelanggan tersebut sambil menyapa pelanggan yang hadir ke kedainya, namun senyumannya padam apabila dia amat mengenali pelangganya itu.

💔💔💔💔


Qismiera POV


  " Seriously aku tak sangka boleh jumpa kau dekat sini?"
Sara memeluk tubuhku dengan erat sekali. Kerinduaan menerpa dihati aku.

" Aku pun tak sangka kau ada dekat sini. Kau buat apa dekat Paris?"

" Biasalah Adam, outstation. Biasanya aku tinggal dekat rumah je tapi dia ajak aku ikut sekali katanya risau aku duduk sorang-sorang."

" Oh, eh kau nak order apa-apa tak? Aku belanja." Sara yang dihadapan melihat kearah menu yang berada dihadapan.

" Aku nak makan red velvet lah. Kecur pula mulut aku bila tengok gambar didekat situ." Aku hanya menangguk memahami kehendak Sara.

" Sayang tolong mama kejap. Pergi dapur and minta aunty Stella buat fresh bake red velvet eh?" Kepala Emelda aku usap sebelum dia berlari menuju kearah dapur.

" Eh wait, itu anak angkat or..." Aku pantas memintas pertanyaan Sara.

" My baby with Fatih."

" Seriously but bukan ke kau gugur time tu. Ke kau tipu." Aku mengiakan sahaja kata-kata Sara. Mata Sara membulat tanda dia terkejut dengan perkara ini. Lantas bahu Qismiera dipukul.

" Aduh yang kau pukul aku ni pasal pa." aku mengaduh kesakitan sambil mengosok perlahan bahu aku.

" Tu sebab kau tipu aku. Kau ni kalau nak komplot benda macam ni bagitahulah aku boleh aku join sekaki."

" Bukan taknak ajak kau tapi kau tu mulut kepoh. Karang tak jadi rahsia dah." Sara hanya menjuihkan bibirnya. Geram dengan Qismiera rasa nak cekik-cekik je minah ni.

" So kau cerita tak dekat anak kau tu pasal Fatih." Aku menangguk sambil mengeluh berat.


" Aku risau dia tanya pasal Fatih sebab aku tak tahu nak jelaskan dekat dia. Dia pun kecik lagi."

" Tulah kau yang pergi lari daripada laki kau tu buat apa. Cubalah selesaikan masalah tu face to face." Nasihat Sara aku abaikan. Malas nak membicarakan soal hubungan aku dengan Fatih. Aku tahu tiap-tiap bulan Fatih bagi nafkah dekat aku. Cuma bukan sekarang nak bersua muka dengan dia. Jadi bila? Biarlah takdir menentukan ia.

" Mama aunty cakap lagi setengah jam siap." Emelda berlari ke mejanya semula sambil menitipkan pesanan penaja aunty Stela.

" Nama siapa?" Sara mula beramah mesra dengan anak aku.

" Emelda. Aunty ni siapa?"

" Auntu ni kawan mama. Boleh panggil aunty, aunty Sara okay." Emelda tersenyum suka. Aku memandang raut wajah Emelda. Seiras wajah Fatih. Aku tidak pasti bagaimana hidup aku tanpa Emelda. Kalau dia tiada dalam hidup aku mungkin aku dah ambil langkah mudah. Allah hilangkan Fatih daripada hidup aku namun Dia gantikan Fatih dengan Emelda yang mampu menceriakan hidup aku. Emelda mama janji yang mama akan jaga Emelda sampai akhir hayat mama. Kepala Emelda aku usap dengan penuh kasih sayang.



 

FORBBIDEN LOVEWhere stories live. Discover now