Emelda menguap buat kali ketiga. Penat setelah beberapa hari dia tidur lewat untuk menyiapkan assignment yang diberikan oleh lecture. Emelda meletakkan kepalanya diatas meja. Dia tidak kisah kalau Prof Fahmi yang sedang mengajar dihadapannya marah. Baru sahaja Emelda yang baru sahaja hendak melelapkan mata kedengaran ucapan terima kasih daripada para pelajar. Rasa macam nak buat sujud syukur lah pulak. Cepat-cepat Emelda mengemaskan barang-barangnya. Nak balik tidur .
" Mel." Baru sahaja Emelda hendak membuka pintu keretanya kedengaran seseorang memanggilnya. Emelda menoleh kearah suara tersebut, kelihatan Rayyan sedang berlari anak menuju kearahnya.
" Kenapa Ad?" Rayyan meminta Emelda tunggu sebentar. Dia hendak menstabilkan penafasannya terlebih dahulu sebelum bersuara.
" Urmmm... Mel haritu awak jadi tak nak join group kami volunteer." Emelda mengerutkan dahinya sebentar. Cuba meningati peristiwa tersebut.
" Oh jadi. Kenapa Ad tanya?"
" Macam ni saya ditugaskan untuk beli barang-barang untuk diberi kepada rumah anak-anak yatim yang kita akan pergi minggu depan, so kalau Mel tak keberatan boleh tak temankan saya pergi Tesco hujung minggu ni."
" Time tu saya tak busy, so saya bolehlah join awak." Jawapan daripada Emelda membuatkan Rayyan tersenyum lebar. Lega rasanya.
" Okaylah kalau macam tu jumpa awak hari Sabtu ni tau dekat Tesco. Awak tahukan Tesco yang mana . Jangan lupa tau. Bye." Emelda memandang susuk tubuh Rayyan hingga dia hilang dibalik bangunan.
Emelda masuk kedalam perut kereta dan cepat-cepat dia memandu kereta keluar daripada kawasan university.
💔💔💔💔
Qismiera meletakkan hand bagnya diatas meja kopi. Punggung dilabuhkan diatas sofa. Jari naik memicit kepalanya yang berdenyut sejak tadi. Kesunyiaan yang melanda membuatkan Qismiera hairan. Selalunya Emelda sudah terpacak dihadapannya bersama secawan kopi. Namun hari ini senyap sahaja anak daranya." Mel." Pintu bilik milik Emelda diketuk berkali-kali. Namun ianya tidak bersahut. Qismiera cuba memulas tombol pintu. Tidak berkunci.
" Mel." Masuk sahaja Qismiera didalam bilik Emelda, dia lihat Emelda sedang nenyak tidur diatas katil dengan kertas dan alat tulis bersepah.
" Kesian anak mama ni. Penat sangatlah tu." Qismiera mengemas barang-barang Emelda dan diletaknya disisi katil. Tangan Qismiera perlahan-lahan mengusap kepala Emelda.
" Perangai sama je macam your dad." Qismiera menilik muka Emelda. Sebijik macam Fatih cuma hidung sahaja macam dia. Melihat muka Emelda sama sahaja dengan menatap wajah Fatih.
Qismiera betulkan selimut yang membaluti tubuh Emelda dan dia biarkan Emelda berehat sebentar. Nak dekat maghrib baru dia kejut.
💔💔💔💔
Emelda menunggu dihadapan pintu masuk Tesco. Hari ini dia memakai pakaian santai sahaja,T-shirt hitam kosong berserta dengan seluar jeans ketat. Sesekali dia melihat jam tangan yang dipakai." Lambatnya." Dia menoleh kekiri dan kekanan. Kot-kot ternampak tubuh Rayyan dimana-mana.
" Mel." Suara seseorang memanggil namanya membuatkan Emelda menoleh kekiri. Kelihatan Rayyan berjalan bersama seorang perempuan dan seorang lelaki. Emelda tertanya-tanya didalam hatinya siapa mereka.
" Mel sorry lambat. Si Q ni buat hal pulak." Emelda hanya menggelengkan kepalanya tanda dia tidak berapa kisah dengan kelewatan mereka .
" Eh aku pulak yang lambat. Kau tulah last minit baru bagi tahu aku. Tergopoh gapah lah aku bersiap. So, kau jangan nak salahkan aku eh." Perempuan yang digelar Q memarahi Rayyan, namun Rayyan hanya membalas dengan menjelirkan lidahnya.

YOU ARE READING
FORBBIDEN LOVE
RomanceSila baca THE LAST CHANCE first untuk memahami keseluruhan cerita