CH-7

4.7K 242 20
                                        

  " Kalau saya yang masuk meminang?"

Pipi Emelda masih lagi berbahang akibat daripada soalan yang diajukan oleh Rayyan.

" Argh boleh jadi gila aku ni agaknya." Bantal peluk yang berada disisi diambil dan dipeluk erat. Berpusing dia kekiri dan kekanan kerana masih lagi malu dengan soalan Rayyan. Tanpa dia sedari dia tergolek jatuh dari katil.

" Aduh." Punggung yang agak sengal digosok perlahan-lahan. Tiba-tiba kedengara suara seseorang meledakkan ketawanya. Emelda berpaling kearah pintu dah lihat Qismiera yang sedang ketawa terbahak-bahak dipintunya.

" Ma..mama buat apa dekat situ terkejut Mel." Emelda cepat-cepat bangun daripada posisi jatuhnya tadi. Dia berdoa dalam hati agar mamanya tidak nampak perlakuannya tadi.

" Mama dari tadi panggil Mel, Mel tak dengar. So, mama datanglah sini nak jenguk Mel. Tak sangka pulak mama anak dara mama ni tengah berangan." Berbahang terus wajah Emelda apabila mendengar mamanya sudah melihat perlakuannya yang tadi.

" Kenapa anak mama jadi macam ni eh? Ada apa-apa ke?" Qismiera terus merapati Emelda yang sedang berpura-pura mengemas katilnya.

" Mana ada Mel buat apa-apa. Mel terjatuh je tadi." Qismiera tersenyum sinis apabila mendengar jawapan anaknya itu.

" Mel mama ni nak hidup lagi lamalah dari Mel, daripada expression muka Mel ni mama dah tahu dah. Mel suka someone kan?" Pinggang Emelda dicucuk Qismiera menggunakkan jarinya yang runcing.

" Ma...mana ada lah mama. Mel saja je nak golek-golek atas katil nak test katil ni kukuh ke tak."  Gurau Emelda.

" Eleh ni mesti pasal Rayyan kan."

" Hish mama ni. Mana ada dahlah Mel nak buat assignment."

" Apa kata kita ajak Rayyan dengan family dia makan-makan dekat rumah kita. Lagipun mama teringin nak jumpa family Rayyan."

" Perlu ke ma. Takyah lah sampai ajak family Rayyan. Ajak Rayyan jelah." Bantah Emelda. Bukan apa dia masih lagi malu soal tadi.

" Alah biarlah. Kalau kamu tak nak bagitahu dia. Biar mama cakap dengan dia. So, hari Sabtu ikut mama pergi pasar. Mama nak masak special untuk bakal menantu mama." Qismiera meninggalkan Emelda sambil tersenyum lebar.

💔💔💔


" Mama nak masak apa esok?" Tangannya membelek sayur kailan yang berada dihadapannya.

" Mama nak masak tomyam campur dengan sayur kailan goreng."

" Okay semua dah dapat jom kita balik."  Qismiera dan Emelda berjalan keluar daripada kawasan pasar tani tersebut.

" Mama tunggu sini. Mel pergi ambil kereta kejap." Barang-barang yang dibawa Emelda diserahkan kepada Qismiera.

  Sedang Qismiera menunggu Emelda, tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitnya. Qismiera cepat-cepat mencari telefon bimbitnya. Namun, belum sempat dia menjawab panggilan tersebut bahunya berlanggar dengan tubuh badan seseorang. Hampir terjatuh telefon bimbitnya.

" Eh cik sorry, saya tak sengaja. Sorry sangat-sangat." Lelaki tersebut berpaling kebelakang semula apabila dia terasa bahunya berlanggar dengan seseorang.

" Eh takpe. Salah saya jugak encik." Qismiera mengangkat wajahnya untuk melihat lelaki yang terlanggar bahunya itu.

" Fa..fatih." Membulat terus mata Qismiera aoabila mengenali seraut wajah yang berlanggar dengannya.

" Qismiera."  Fatih pula kelihatan teruja apabila bertemu dengan isterinya yang sudah lama hilang .

  Cepat-cepat Qismiera melarikan diri daripada Fatih. Namun, lengannya sempat dicapai Fatih.

" Tunggu Qis. Sampai bila awak nak lari dari saya. Saya cari awak merata tempat, tapi tak jumpa tak sangka jumpa awak dekat sini." Qismiera hanya menghiraukan kata-kata Fatih. Yang buat dia takut adalah Emelda melihat ayahnya. Dia memalingkan wajahnya kekiri dan kekanan untuk melihat kelibat keretanya.

" Qis, janganlah diam je. Jom kita balik rumah. Mama rindu dekat awak. Saya pun rindu dekat awak. Saya nak minta maaf atas silap saya." Qismiera menarik lengannya daripada terus dipeggang Fatih.

" Kan saya dah cakap, kalau saya nak jumpa awak. Saya akan jumpa awak. Buat masa ni saya nak minta izin jangan cari saya. Nanti satu hari nanti saya akan cari awak balik." Cepat-cepat Qismiera lari daripada Fatih. Setelah bayangan Fatih hilang dari pandangan dia terus menghentikan lariannya.

  Bus stop yang berada beberapa langkah sahaja dari tempatnya dituju. Mahu merehatkan dirinya setelah penat melarikan diri.

" Mama. Mama pergi mana penatlah Mel tunggu mama tadi." Jerit Emelda dari dalam kereta.

" Ah tadi mama penat berdiri, nampak bus stop mama pergilah sini." Cepat-cepat Qismiera masuk kedalam badan kereta. Sempat juga matanya meliar melihat kelibat Fatih.

" Jauhnya mama jalan. Patutnya mama tunggu takdelah penat sangat. Dengan bawa barang lagi."

" Hish budak ni membebel mengalahkan orang tua."

" Dapat dari mama juga perangai bebel ni." Cubitan dihadiahkan kepada Emelda. Menjerit kecil Emelda.

" Cakap macam tu lagi, mama cubit lagi teruk tahu ." Emelda memuncungkan bibirnya tanda merajuk dengan mama.

💔💔💔

FORBBIDEN LOVETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang