19 years later,Emelda's POV
Pintu bilik yang dikuak sedikit aku intai. Kelihatan mama sedang duduk membelakangi aku sambil kepalanya menunduk melihat sesuatu. Perlahan-lahan aku menapak kearah mama. Aku intai bingkai gambar yang berada ditangan mama. Gambar perkahwinan mama dan papa menjadi tatapan mama setiap masa. Bukannya aku tak tahu yang mama selalu tengok gambar tu lepastu menangis.
" Mama." Aku cepat-cepat tegur mama apabila melihat air matanya mulai jatuh dipipi. Mama yang melihat aku terus menyembunyikan bingkai gambar tersebut dibawah bantal.
" Eh sayang mama ni kenapa tak tidur lagi. Esokkan flight kita balik Malaysia." Aku lantas duduk disebelah mama. Kepala aku lentokkan dibahu mama. Saja nak bermanja dengan mama.
" Mel tak boleh tidurlah mama. Excited sangat. Teringin juga nak tengok negara tempat kelahiran Mel."" Dah pergi tidur esok flight awal, karang terlepas flight tak balik kita ke Malaysia." Mama menolak-nolak tubuh ku agar aku meninggalkan biliknya. Aku mengeraskan tubuhku tanda tidak mahu.
" Alah mama nak tidur dengan mama hari ni boleh tak?" Lembut sahaja suara aku. Mama yang mengerti sikap aku terus memutarkan bola matanya.
" Aih dah besar panjang pun nak gedik-gedik dengan mama ke?" Aku mencebikkan bibir. Merajuk dengan mama.
" Yelah kita tidur sama-sama ye. Mama nak pergi toilet kejap. Mel tidurlah dulu." Aku hanya membuat tanda okay menggunakkan jari aku. Mata aku kembali terancap pada bingkai gambar yang mama sorokkan daripada aku sebentar tadi. Keluhan kecil terbit dibibir. Perasaan geram mula menguasai diri. Aku mula menamkan rasa benci terhadap papa. Tiap-tiap hari aku tunggu kehadiran dia namun tidak muncul-muncul juga. Aku ada juga bertanya pada mama soal papa namun mama hanya menyuruh aku sabar dan menasihati aku agar tidak membenci papa. Tak pun kadang-kadang mama tukar topik lain. Selama 19 tahun aku tunggu papa, lalu aku anggap sahaja yang aku tidak pernah mempunyai ayah. Lantaklah dia hidup lagi atau tidak bukan masalah aku. Asalkan aku bahagia dengan mama, itu sudah memadai.
💔💔💔💔
Flight dari Australia ke Malaysia mengambil masa berjam-jam lamanya. Aku harap kali ini kami berdua akan duduk di satu tempat sahaja. Sejak kecil lagi aku dah pergi ke merata tempat. Dari Arab Saudi sampailah ke Aussie. Hopefully Malaysia menjadi tempat terakhir aku. Beg roda ditarik dengan malas. Pansa lit-lit Malaysia ni" Mel okay." Mama disebelah menyoal apabila aku kelihatan sangat letih.
" Okay just panas je mama."
" Mel kena biasakanlah. Jangan merungut pula nanti. Nak balik Aussie." Ejek mama. Aku tahulah aku beria yang nak balik Malaysia. Takpe ini Emeldalah boleh punya.
Aku dan mama mencari kelibat orang yang sepatutnya mengambil aku dan mama daripada airport. Aku memanjangkan leher membantu mama mencari mereka.
" Qis, Mel." Suara seseorang menjerit membuatkan aku menoleh kesisi. Kelihatan Aunty Sara dan suaminya melambaikan tangan mereka kearah kami. Aku pantas berlari anak menuju kearah mereka.
" Aunty lama tak jumpa rinduuuunya." Tubuh aunty Sara aku dakap erat. Aunty Sara ni macam mak kedua aku.
" Aunty pun rindu." Badan mama pula menjadi sasaran pelukan Aunty Sara.
" Rindunya dekat kau beb."
" Aku pun." Setelah selesai berjejak kasih kami meninggalakan lapangan terbang dan menuju kearah kereta milik uncle Adam.
" Aunty Aima dengan Aira mana aunty rindu lah." Kelibat anak kembar aunty Sara tidak kelihatan. Rindu pulak dekat kembar kepochi dua orang tu. Perangai sama je dengan aunty.
" Diorang kan sekolah harini. Tadi pun diorang beria nak jumpa korang. Tapi aunty tak bagi. Ada karang miss pelajaran dahlag SPM tahun ni."
" Eh Sara kemasukan Emelda dekat University kau dah settlekan ke? Kalau belum aku boleh settlekan." Mama menyoal Aunty Sara. Baru aku teringat mengenai kemasukan aku kedalam university tempatan. Harap-harap dapatlah.
" Entah. Abang dah settle kan ke?"
" Dah nanti dalam beberapa minggu ni insyaAllah Mel dapatlah tahu jawapannya." Aku tersenyum lebar mendengar jawapan Uncle Adam. Wah tak sabarlah nak sambung belajar.
Kereta yang dipandu Uncle Adam sudah tiba dihadapan rumah kondo milik mama. Aku cepat-cepat mencapai beg dan berlari kearah lift. Tak sabar nak tengok rumah baru.
" Mel apa lari-lari macam budak-budak ni?" Teguran mama aku hiraukan. Terus aku tekan butang ke tingkat 7 apabila semua sudah masuk kedalam.
" Hish budak ni orang cakap buat tak dengar je eh." Mama menarik telinga aku.
" Aduh mama sakitlah." Nasib takde orang dekat lift ni. Kalau tak malu aku. Setelah beberapa saat telinga aku ditarik baru mama lepaskan. Aku melihat melalui skrin telefon aku. Dah merah menyala dah telinga aku.
Pintu rumah dikuak. Tersegam indah rumah yang dibeli mama bertahun-tahun dulu. Katanya sebelum aku lahir lagi mama dah beli rumah ni.
" Korang rehat-rehatlah dulu eh. Aku dengan Adam nak balik ni. Nak ambil Aira dengan Aima, lepastu nak ambil Safiq dari rumah babysitter. And Qis esok pagi kau ada meeting dengan board of director. Jangan lambat tau."
" Yelah kau ingatkan aku esok sekali lagi." Mama dan aku menghantar pemergian Aunty Sara dan Uncle Adam. Kemudian aku dan mama menuju kebilik masing-masing. Mahu merehatkan diri sebentar.

YOU ARE READING
FORBBIDEN LOVE
Storie d'amoreSila baca THE LAST CHANCE first untuk memahami keseluruhan cerita