CH-3

5.3K 203 11
                                    


Emelda POV

Akhirnya hari yang aku tunggu telah pun tiba. Pendaftaran aku ke University of Lacosa iaitu university yang terkenal di Malaysia. ( Btw nama u ni author main taram je tau). Disebabkan aku terlepas hati orentasi haritu aku, terpaksalah aku meneroka setiap sudut university ni. Keluar sahaja daripada pejabat aku tertarik untuk melihat sudut bulletin yang aku agak memang jarang orang berhenti and baca. Terpampang disitu flyer mengenai kelab yang diadakan di uni.

" Kelab theatre, kelab muzik, kelab sukan, woah banyak gila kelab yang ada dekat sini."  Tiba-tiba suara berdehem mengejutkan aku. Aku toleh kesisi dan lihat seorang lelaki yang segak memakai t-shirt hitam dan dipadankan dengan seluar jeans sedang memandang kearah aku dan ditangannya terdapat file putih.

" Awak nak apa ye?"

" Boleh ketepi sikit saya ada iklan nak tampal." Aku jarakkan sedikit kedudukan aku. Aku hanya memerhati dia yang sibuk melekatkan flyer. Aku membaca didalam hati isi kandungan flyer tersebut.

' MARI BUAT AMAL KEBAJIKAN.' Flyer untuk mencari volunteer untuk buat amal. Aku menangguk-anggukkan kepalaku beberapa kali.

" Student baru ke?" Suara si jejaka tersebut membuatkan aku terkejut sedikit. Yelah tetiba dia memecahkan kesunyian yang melanda kami dengan soalan.

" Aah. Baru je daftar tadi."

" First time saya tengok someone khusyuk baca info dekat bulletin ni. Selalunya orang pass-by je." Aku tersengih. Aku memang pelik sikit. Dekat high school dulu aku suka gila baca info dekat bulletin sebab cikgu dekat sana selalu buat quiz based on info dekat situ so lama-lama dia jadi habit pula.

  " Awak nak join tak jadi volunteer?" Dia menyoal aku kembali.

" Eh nak. Dulu dekat sekolah saya selalu join jadi volunteer."

" Kalau awak berminat baguslah. Yelah sekarang ni jarang nak jumpa orang yang sanggup jadi volunteer tolang orang susah. By the way nama awak siapa?"

" Emelda. Just call me Mel."

" Rayyan Addin. Call me Yan boleh Ad pun boleh." Satu benda yang aku suka pasal dia. Selalunya lelaki kalau perkenalkan diri mesti hulur tangan nak salam. But dia nope he didn't do that.

" Urmmm... Ad awak sibuk tak?" Rayyan memerhati jam tangan yang terlilit di tangannya.

" Nope but pukul 2 saya ada kelas." Aku tersenyum suka. Ada orang boleh teman aku pusing-pusing satu bangunan uni ni.

" Kalau awak tak keberatan boleh tak saya nak mintak tolong awak tunjukkan kawasan dekat sini. But kalau awak tak boleh takpe. "

" Boleh je jom saya bawa awak." Aku mengekorinya.

Hampir setengah jam juga kami menghabiskan masa dengan meninjau kawasan uni.

" Oh lupa pula nak tanya Mel course apa eh?" Rayyan memecah kesunyian yang melanda apabila dia sanggup mahu  untuk menemani aku di bus stop.

" Oh saya ambil course business. Awak pula?"

" Medic." Belum sempat aku ingin menanyakan soalan dengan lebih lanjut mama sudah pun sampai. Aku mengucapkan terima kasih kepada Rayyan dan berlari menuju kearah kereta.

💔💔💔💔

NOBODY POV

" Nah Qis air untuk kau." Cawan yang berisi air kopi tersebut diletakkan berdekatan dengan Qismiera.

FORBBIDEN LOVEWhere stories live. Discover now