Bab-10

6.2K 236 45
                                    

  

Perlahan-lahan kelopak mata dibuka. Silau yang terhasil daripada cahaya putih membuatkan dia terpaksa mengelipkan matanya beberapa kali sebelum dia dapat melihat sepenuhnya.

" Okay pa. Apa-apa call Rayyan. Ye soal Mel papa jangan risau, Rayyan ada untuk jaga Mel. Hmm yelah. Okay bye." Panggilan daripada Fatih Rayyan matikan. Dia juga turut sama cuba untuk memahami situasi yang berlaku sekarang. Pelipisnya diurut dengan kedua jarinya.

  Emelda lihat tangannya dicucuk dengan jarum. Dia cuba untuk mengingati sebab dia berada sini.  Dia toleh kearah kanannya dan lihat Rayyan sedang duduk diatas sofa sambil memejamkan matanya. Melihat sahaja Rayyan terus dia teringatkan perihal mama. Cepat-cepat dia bangun dari katilnya. Namun pergerakannya terbatas kerana jarum IV tersebut masih berada ditangannya. Dengan gelojoh dia cuba mencabut jarum tersebut dari tangannya.

" What are doing?" Rayyan yang tadinya mula terlelap tergannggu lenanya apabila kedengaran bunyi katil. Apabila dia dapat lihat apa yang cuba Emelda lakukan cepat-cepat dia menahan kedua-dua belah tangan Emelda.

" Lepas Rayyan. Aku nak jumpa mama. Mama sakit she needs me. Lepaslah." Rontaan Emelda tidak berhasil kerana Rayyan lebih kuat daripadanya.

" No kau tak sihat. You need some rest okay." Kata-kata Rayyan diendahkan Emelda. Dalam kepalanya hanya mahu jumpa dengan mama.

" Let me go Rayyan. Aku nak jumpa mama. Mama tak sihat. Please Rayyan i need to see my mom.... Tolonglah Rayyan." Akhirnya air mata Emelda mula tumpah.

" Yes aku akan bawak kau jumpa mama. But please you also need rest okay. Esok aku janji akan bawak kau jumpa mama."

" Rayyan mama.. mama sakit sebab I. Saya tuduh dia macam-macam. Now she's sick." Rayyan duduk dibirai katil. Tubuh Emelda dibawa rapat ke dadanya. Kepala Emelda diusap perlahan-lahan menyalurkan kekuatan kepada dia yang sedang rapuh ketika itu.

" It's not your fault. Stop salahkan diri kau. Semua ni terjadi ad sebab. Takdir dah tertulis yang kita perlu hadapi semua ni. Ada sebab Allah bagi kita ujian yang berat. Sebab Dia yakin yang kita boleh hadapi ujian ni." Nasihat Rayyan. Jatuh kasihan kepada Emelda kerana menjadi mangsa kepada masalah yang berlaku. Tiba-tiba kedengaran dengkuran halus dari Emelda. Rayyan perlahan-lahan membaringkan tubuh tersebut dan menyelimutkan tubuh kecil tersebut. Bajunya yang basah dengan air mata tidak dihiraukan, dia hanya memandang wajah Emelda yang masih lagi sembap akibat menangis.

❤❤❤


Qismiera yang baru sahaja sedar di pandang sayu oleh Fatih dan Arissa. Qismiera melihat pasangan yang berada dihadapannya sambil tersenyum manis.

" Kenapa muka semua macam sedih je?" Soal Qismiera. Walaupun dia tahu apa sebabnya mereka berwajah muram, namun sengaja dia mahu menceriakan sedikit suasana.

" Since when?" Soal Fatih. Senyuman Qismiera terus mati. Dia tidak mahu menjawab soalan itu.

" Please jawab Qis. I need to know."

" Dua tahun lepas. I thought at first it was a normal dizziness, but eventually it started getting worst and worst. I buat check up and that the results. Alah you guys tak payah risaulah. Lagipun ni bukan rare case. Dah ramai dah yang kena macam I. " Jawapan Qismiera membuatkan hati Arissa makin sayu. Bertapa tabahnya Qismiera menghadapi cabaran hidup. Arissa yang tidak dapat membendung rasa sedihnya cepat-cepat keluar daripada bilik tersebut.

Suasana bilik tersebut makin suram. Hanya dua mata tersebut bertentangan antara satu sama lain.

" Why you tak buat treatment? Kenapa you diamkan and biarkan benda tu tumbuh?"

" You know a day before I pergi klinik buat check up. I mimpi you. I rasa mimpi tu adalah petunjuk daripada Allah kepada I. Betapa dosanya I lari daripada you, lari daripada tanggungjawab I sebagai seorang isteri. Bila I dapat tahu result keputusan penyakit I, I immediately rasa yang ini balasan I. So I redha dengan apa yang I dapat." Tenang sahaja Qismiera berbicara. Fatih dihimpit dengan penuh rasa bersalah.

" Can you grant me two wish Fatih?" Soalan Qismiera membuatkan Fatih mengerutkan dahinya, namun dia tetap menanggukan kepalanya.

  " Boleh awak bawak saya bercuti dua tiga hari dekat Hawaii. Just both of us no body else. Can you."  Melihat anggukan Fatih membuatkan Qismiera tersenyum senang.

" Wish kedua?"

" My second wish, lepas je kita bercuti. I nak you lepaskan I." Sebaris ayat yang meniti keluar daripada bibir Qismiera yang merekah membuatkan Fatih bangun dari duduknya..

" Bbbut why?" Soal Fatih.

" We can't fix this marriage Fatih. Perkahwinan ni dah lama dah runtuh. Datang silapnya daripada dua-dua pihak. You and me both of us yang mess up in this marriage. And i don't think we can fix this again. Lagipun masa I dah tak lama buat apa you simpan I sebagai isteri you." Fatih hanya mendiamkan dirinya. Masih lagi cuba mencerna kata-kata Qismera

" Please Fatih, I'm begging you lepaskan I lepas percutian terakhir kita." Fatih terdiam sejenak, namun akhirnya dia menanggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan permintaan terakhir Qismiera.

Selamat berpuasa and selamat hari raya guys✌

 

FORBBIDEN LOVEWhere stories live. Discover now