FATIH POV
" Tak sekarang ni aku bayar kau bukan sikit tau, tak kan kerja senang pun tak boleh nak buat." Herdik Fatih kepada seseorang yang berada di talian.
" Aku nak kau cari dia balik sampai jumpa. Bayarannya bila kau jumpa dia. Faham tak?" Lantas dia terus mematikan talian tersebut. Telefon bimbit dibaling kearah katil.
" Argh" rambut yang baru sahaja disikat kemas kusut kembali akibat daripada stressnya.
" Abang?" Pintu bilik dibuka Arissa. Melihat suaminya yang berada dalam keadaan kusut membuatkan dia merapati Fatih perlahan-lahan.
" Macam mana jumpa tak?" Fatih melihat Arissa sekilas lantas menggelengkan kepalanya.
" Abang insyaAllah kita akan jumpa Qis." Bahu Fatih dipeluk oleh Arissa. Seolah-olah menyalurkan kekuatan kepada Fatih untuk tidak berputus asa.
" This is all my fault. Kalau abang tak layan Qis teruk mesti dia ada dengan kita."
" Yeah Arissa tak nafikan yang sebetulnya memang salah abang pun. But right now abang pun rasa bersalahkan dekat Qis and you want to meet her and ask for forgiveness kan. So try to find her okay. Don't give up okay." Fatih memeluk tubuh Arissa dari tepi. Dalam hati dia berdoa agar dia dapat bertemu kembali dengan Qismiera.
💔💔💔💔
QISMIERA POV
Bingkai gambar perkahwinannya dengan Fatih ditatap dengan penuh sayu. Rasa cinta terhadap Fatih masih tetap kukuh didalam hati. Bingkai gambar itu dibawa ke dadanya. Tanpa Qismiera sedar air matanya mulai jatuh satu persatu.
" Qis yuhooo. Sara in the house yall." Pintu bilik Qismiera dibuka kasar. Sara masuk kedalam bilik Qismiera sambil membawa beberapa jenis makanan ringan yang dijumpainya dirumah Qismiera.
Qismiera cepat-cepat mengesat air matanya daripada dilihat oleh Sara.
" Eh Qis, kenapa nangis ni? Kau okay tak?" Sara melepaskan makanan ringan tersebut ke lantai dan dia cepat-cepat duduk dibirai katil bersebelahan Qismiera.
" Taklah mata masuk habuk je ni." Qismiera memaniskan wajahnya agar Sara tidak bertanya mengenai sebab dia menangis.
" Kau ni boleh tak jangan bagi ayat cliche. Cuba lah cakap benda baru. Ni tak mata masuk habuk. Kau ingat aku ni tak tahu ke perbezaan antara mata masuk habuk dengan menangis."
" Takde papelah. Aku just rindu Australia je. Macam manalah dengan cafe aku tu. Rasa rindu pulak dekat staff." Sara melihat bingkai gambar yang diletakkan oleh Qismiera di night stand. Bingkai tersebut ditelangkupkan agar sesiapa tidak boleh melihat gambar yang terdapat di bingaki tersebut. Dengan kelajuan sepantas angin Sara mencapai bingkai tersebut dan melihat gambar tersebut.
" Uish gempaknya lahai staff kau ni. Siap pakai baju pengantin lagi. Pergh ni staff ni mana sapa eh. Muka dia macam pernah nampak je." Perli Sara apabila dia melihat gambar yang membuatkan Qismiera menangis.
" Qis. Kalau rindu pergilah rumah dia. Jenguk dia. Kalau kau lupa jalan nak pergi rumah mama Aliyah. Ni hah Adam boleh tolong hantarkan." Qismiera menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju.
" Habis tu kau menangis bagai ni mestilah maksudnya kau rindukan dia kan. Lagipun 20tahun Qis kau tinggalkan dia. Kau nak jadi isteri nyusuz ke hah. Dengan tak minta izin suami keluar. Aku bukan apa, kalau kau still nak teruskan perkahwinan ni pergi balik dekat dia. Settlekan problem korang ni. Kalau tak nak pergi jumpa lawyer and then tuntutlah cerai. Aku bukan apa, kau tu masih lagi bertitle seorang isteri bukan bujang." Qismiera hanya mendiamkan dirinya sahaja. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia lakukan.
YOU ARE READING
FORBBIDEN LOVE
RomantizmSila baca THE LAST CHANCE first untuk memahami keseluruhan cerita