Bibir Emelda calitkan sedikit dengan gincu berwarna nude jenama Mary Kay. Setelah berpuas hati dengan penampilannya dia keluar dari bilik dan menuju ke luar.
" Lambatnya anak mama ni bersiap? Penat mama tunggu." Qismiera yang sedang menunduk memandang telefon bimbit terus menyimpan telefonnya dalam beg tangan.
" Anak mama ni mestilah kena cantik-cantik, baru lah jadi anak dara vogue." Pintu dan grill ditutup dan dikunci. Hari ni Emelda tidak mempunyai kelas yang perlu dia hadiri, jadi dia membuat keputusan untuk menghabiskan masa bersama Qismiera.
TIMESZ.
Shopping complex Timesz menjadi pilihan Emelda dan Qismiera untuk menghabiskan masa mereka. Mereka berjalan berganding bahu menuju ke salah satu cafe Arabica. Tiba-tiba kedengaran bunyi ringtone telefon bimbit Emelda.
" Mama masuk dulu, kejap lagi Mel datang." Qismiera hanya menanggukkan kepalanya dan meninggalkan Emelda. Emelda melihat skrin telefon bimbitnya, dan terpapar nama Rayyan.
" Hello Rayyan."
" Hello Mel. Urmm ni Rayyan." Emelda tergelak kecil apabila Rayyan mengenalkan dirinya walaupun sudah diketahui oleh Emelda.
" Ye saya tahu tu awak Rayyan. Awak ada apa call saya ni." Emelda meneruskan pergerakannya kearah cafe Arabica.
" Ni saya nak bagitahu esok kita ada buat volunteer dekat jalan Chow Kit, so awak boleh join tak?"
" Oh boleh je saya free. Pukul berapa?" Rayyan terdiam seketika.
" Urmm dalam 8.00 malam macam tu. Saya ambil awak kay?" Belum sempat Emelda membalas kata-kata Rayyan dia terlanggar seseorang.
" Eh aunty sorry, saya tak sengaja." Seorang wanita yang kelihatannya berumur 50-an, jatuh terduduk dihadapannya. Cepat-cepat Emelda membantu wanita tersebut untuk bangun.
" Eh takpe-takpe, salah aunty juga tak nampak kamu." Emelda menangkat barang-barang wanita yang dibantunya.
" Sorry sekali lagi aunty. Mari saya tolong bawa barang aunty. "
" Eh tak susah kan kamu ke?" Melihat gelengan kepala daripada Emelda, wanita tersebut menunjukkan Emelda arah ke keretanya.
" Terima kasih ya."
" Sama-sama aunty. Betul ni aunty tak nak saya hantarkan aunty ke klinik?" Tanya Emelda ramah.
" Eh takpe sikit je ni. Lagi satu panggil aunty, aunty Aliyah. Anak ni namanya siapa?"
" Saya Emelda aunty, panggil je Mel."
" Sedap nama tu. Ni Mel terima kasihlah ye tolong aunty. Aunty belanja kamu makan nak tak sebagai terima kasih tolong aunty."
" Eh takpe-takpe aunty. Saya datang sini dengan mama saya, nanti mama saya tunggu lama pula. Saya minta diri dulu ye aunty. Minta maaf sekali lagi sebab terlanggar aunty." Tangan Aunty Aliyah dikucup mesra dan Emelda berlalu pergi. Emelda mencapai telefon bimbitnya dan menghantar pesanan ringkas kepada Rayyan mengenai program mereka esok.
SOMEONE POV
" Mama, mama pergi mana penat Fatih cari mama." Fatih berlari anak menuju kearah Puan Aliyah yang sedang elok berehat didalam kereta bersama pemandunya.
" Mama tunggu kamu lama sangat. Tu yang mama pergi dulu tu sampai mama terlanggar orang tahu tak" Fatih membulatkan matanya apabila terdengar perkataan langgar.
" Ya Allah mama okay tak? Orang yang mama langgar tu okay tak?" Fatih dengan risaunya bertanya.
" Mama dengan orang tu okay je? Tapi tulah muka dia macam mama pernah tengok sebelum ni. Macam ada iras-iras someone yang mama kenal?" Puan Aliyah cuba mengingati kembali raut wajah gadis yang bernama Emelda. Serius wajahnya seperti orang yang pernah dia kenal.
" Ada-ada je lah mama ni. Jom kita balik." Fatih masuk ke dalam tubuh kereta di sebelah mamanya.
" Private Investigation kamu tu ada cakap apa-apa tak pasal Qismiera?" Soalan Puan Aliyah membuatkan Fatih mengeluh lemah.
" Dia kata, last nampak dekat Aussie. Lepas tu dia hilang jejak Qismiera."
" Haih manalah Qismiera pergi?" Fatih yang mendengar soalan Puan Aliyab dia turut juga tertanya-tanya dimana keberadaan isterinya itu.
Jari dibawa naik ke dahi. Dipicitnya perlahan-lahan.' manalah awak Qis. Saya tak henti-henti cari awak dari awak hilang sampai sekarang."
💔💔💔
Loceng rumah ditekan beberapa kali. Setelah mendengar laungan suara dari arah dalam, dia menghentikan perbuatannya.
" Eh Rayyan rupanya. Sekejap eh aunty panggil Emelda." Pintu rumah dibuka seluasnya. Qismiera menjerit memanggil anak daranya yang sedang bersiap didalam bilik.
" Mel, keluar cepat, Rayyan dah tunggu ni."
" Sorrylah ye Rayyan tunggu lama. Anak aunty memang macam tu lambat sangat bersiap." Qismiera sempat menyindir anaknya dihadapan Rayyan.
" Takpe aunty. Saya tak kisah pun."
" Dah siap jom Rayyan. Bye mama. Pergi dulu." Emelda mencium kedua-dua belah pipi mamanya.
" Saya pergi dulu aunty. Pukul 10 lebih nantu saya hantar Mel balik." Qimsiera menanggukan kepalanya. Tanda dia percaya dengan Rayyan yang akan membawa pulang anak gadisnya itu dengan selamat.
Perjalanan yang mengambil masa 20 minit itu penuh dengan gelak tawa Emelda dan Rayyan. Setelah sampai ke destinasi yang dituju, mereka berdua berjalan menuju kearah sebuah van putih yang dipakir dihadapan mereka.
" Yo Mel. Aku tanya apa khabar? Aku tanya apa khabar semua." Nyanyian Qistina membuatkan Emelda ketawa sebentar.
" Tak payahlah nyanyi sumbang siot. Nanti hujan turun." Qistina yang tidak berpuas hati dengan kritikan Rayyan dengan pantas menarik rambutnya dengan kuat.
" Eh awak apa ni, tak baiklah. " Iqbal yang disebelah Qistina pantas menarik Qistina menjauhi Rayyan
" Sakit bodoh." Rayyan membetulkan semula rambutnya yang kusut akibat daripada perbuatan Qistina. Sakit doh permpuan ni tarik.
" Dahlah Iq jom pergi tolong senior Umar. Sakit pulak mata aku tengok monyet ni." Baju Iqbal ditarik lembut oleh Qistina dan meninggalkan Rayyan dan Emelda.
" Sekarang awak faham tak kenapa saya cakap dia tu macam jantan." Bisik Rayyan ke telinga Emelda.
" Faham. Awam ni pun satu tak baiklah kacau dia. Kesian dia saya tengok tau." Rayyan menggulingkan matanya tanda tidak puas hati apabila Emelda menyebelahi Qisntina.
" Dahlah jom pergi sana tolong diorang agihkan makanan."
💔💔💔
Emelda duduk dikoridor jalan sambil menghirup air mineral botol yang berada ditangan. Selesai sahaja membantu mengagihkan makanan kepada kanak-kanak, pengemis, penganggur yang memerlukan, dia duduk berehat. Dia memandang sekelilingnya. Kelihatan beberapa kanak-kanak berjalan dengan wajah gembira membuatkan dia berpuas hati dapat membantu golongan ini.
" Hey tengok apa tu?" Rayyan duduk disebelah Emelda sambil menghirup kopi panas yanb dibeli di kedai 7eleven.
" Tu tengok budak-budak tu. Rasa kesian pula dengan diorang. Yelah tak de tempat tinggal, hidup merempat ditepi jalan."
" Kan tulah saya pun kesian juga. Tapi ini je bantuan yang kita mampu hulurkan. Kalau saya jutawan kaya raya dah lama dah saya bagi diorang duit. Tapi tulah malangnya saya bukan, so ini jelah saya mampu tolong diorang." Emelda bersetuju dengan kata-kata Rayyan. Dia akan cuba untuk mendapatkan bantuan mamanya Qismiera untuk membantu mereka-mereka ni.
" Dahlah, dah lewat ni jom kita balik karang mama awak marah pula kita balik lewat." Emelda dan Rayyan sama-sama menuju kearah kereta milik Rayyan dan kereta itu memecut laju membelah jalan
YOU ARE READING
FORBBIDEN LOVE
RomanceSila baca THE LAST CHANCE first untuk memahami keseluruhan cerita