Hope u enjoy it
.
.
.
.
.
.
.
Selamat membaca
.
.
.
.
.
.
.
2 bulan kemudian...
Keadaan sudah kembali seperti biasa. Yoongi menjadi Yoongi yang dulu. Sekolah Hanlim juga tiada lagi kes pembulian sejak Jae dan rakan²nya dibuang. Bukan itu saja,ada perkara yang turut terjejas...* Flashback *
Beberapa orang korporat tengah berkumpul di bilik mesyuarat..
" Apa semua ni Seokjin-ssi? Bukan kah kita semua dah setuju untuk bekerjasama meneruskan projek #K.2 ni?" seorang lelaki berblazer kelabu dengan perasaan tidak puas hati.
"Sebelumnya,memang itu plan saya. Tapi..setelah difikirkan balik,pembatalan projek ni melibatkan orang lain juga." kata Seokjin.
"Jadi,kita tetap teruskan?" tanya lelaki berblazer kelabu itu.
"Ani,bukan kita. Tapi kami." jawab Seokjin
Semua orang dalam bilik mesyuarat itu menatap Seokjin. Seokjin pun berdiri..
"Mulai dari saat ini,anda itu tidak lagi berada dibawah naungan Epiphany Corp. Kami sudah sebulat suara untuk mengeluarkan anda atas beberapa sebab munasabah."
Kata² Seokjin membuat namja blazer kelabu itu sangat terkejut.
"Sebab apa Seokjin-ssi?? Syarikat itu berjalan dengan baik dibawah kuasa saya selama ni."
Seokjin memberi isyarat pada Namjoon yang tengah memegang beberapa fail.
Namjoon pun memberikan fail tersebut satu persatu kepada ahli² korporat itu.
"2 tahun lalu,syarikat anda membuat pernyataan untuk memohon hampir 500 000 won dari Epiphany atas alasan ingin melabur dengan syarikat luar. Tapi langsung tiada khabar berita. Bila disiasat,tak ada satu temujanji pun yang dibuat dengan mereka untuk membincangkan soal pembelian hartanah mereka."Namja blazer kelabu itu mulai berpeluh dan gementar.
"Tahun lepas,5 bulan berturut-turut syarikat itu mengalami kemerosotan. Kata pengurus kewangan,duit syarikat dikeluarkan setiap bulan dengan jumlah yang besar tapi tidak tahu apa tujuannya. Dan,pada awal tahun ni,beberapa orang pekerja terpaksa diberhentikan atas alasan tak cukup duit untuk membayar gaji. Tapi,duit gaji pekerja² itu tetap berjalan seperti biasa. Mana pergi duit gaji itu? Dan juga,dalam rekod kewangan,tidak banyak duit syarikat yang digunakan atas urusan pelaburan mahupun pembelian apa². Ianya ditulis 'atas urusan luar'."
Kemudian Seokjin memandang lekat namja blazer kelabu yang mulai gelabah itu. Rahsianya sudah terbongkar.
"Ini kah yang anda panggil syarikat di bawah pegangan anda ini dalam keadaan baik dan lancar?" soal Seokjin padanya.
Ahli² korporat yang lain turut memandang namja itu.
"Kalau begini. Ada baiknya kita cari pengurus syarikat yang baru saja. Ini bukan reputasi yang kita nak." kata salah seorang ahli korporat itu.
"Mr.Jung,anda adalah orang yang paling berpengalaman dari kami. Sepatutnya anda membantu menaikkan reputasi syarikat. Bukan menyeleweng untuk kepentingan diri sendiri. Apa anda berasa sangat senang dengan jawatan dan kekuasaan yang diberikan sampai lupa diri?" kata ahli lain pula.
Ya,namja berblazer kelabu yang dimaksudkan itu ialah Mr.Jung.
"Hm.. Nasib baik kami cepat menyedari hal ini dan melakukan siasatan. Kalau tak,boleh jadi seluruh Epiphany juga akan bankrupt gara² anda." ujar seorang lagi ahli.
"Maafkan saya. Sebenarnya saya tak ada niat untuk berbuat sedemikian. Tapi saya hanya mahu hidup yang mewah untuk keluarga saya. Jebal,berikan saya satu lagi peluang untuk memperbaiki semua ni." sesal Mr.Jung.

ANDA SEDANG MEMBACA
PROTECTIVE
Fiksi PenggemarAnnyeong yeorobun! For this fanfic..... Min Yoongi as MAKNAE ! 🙆 * Sebab tercetusnya idea ni adalah uri Yoongi kan kecik,pendek,comel,walaupun perangai savage tapi kadang over jugak 😂 Jadi apa salah kita tukar maknae ke hyung,hyung ke maknae dala...