||BAB SATU||
"Woi! Termenung apa?" Terhinjut sedikit bahu Hana apabila mendengar jerkahan abangnya.
Terus dia memukul kepala abangnya lalu dijegilkan matanya memandang ke arah wajah abangnya yang sedang meringis kesakitan.
"Sakitlah, setan!" Jerit Hoseok apabila kepalanya masih terasa sisa pedih diketuk oleh adiknya itu.
"Sakit lagi hati adik bila abang terkejutkan adik tadi. Kacau je adik nak usha Encik K-, eh. Buah hati adik." Ujar Hana dengan pakej jelingan dihadiahkan kepada abangnya.
"Ew. Sejak bila kau ada buah hati, dik? Lelaki mana nak kat kau ni, dik? Perangai tak ubah macam budak darjah satu." Perli Hoseok.
Dah memang fakta. Hana ni yang sudah mencecah 18 tahun itu masih berperangai kebudak-budakkan. Lagi-lagi, apabila ayah mereka terlalu manjakan anak bongsu keluarga mereka itu.
"Biarlah! Orang pun ada hati tau. Bukan macam abang. Perempuan pun dijelingnya. Nasib je abang tak jeling adik. Kalau tak, dah lama adik korek biji mata abang." Hana membuat gaya ingin mengorek mata Hoseok dengan menghalakan garfu di hadapan muka Hosek.
Terus Hoseok menekup mukanya lalu membelakangkan sedikit tubuhnya bersandar pada kerusi di restoran itu.
Gaduh mereka hanya sementara sehinggalah pengawal peribadi Hoseok ataupun rakan baik Hoseok itu datang membawa makanan untuk mereka semua.
"Dah makan." Ujar Hoseok sebelum dia merampas garfu di tangan adiknya lalu diletakkan kuat ke atas meja itu bersebelahan dengan mangkuk mi kacang hitam adiknya.
"Ish. Yelah adik nak makan- Eh, Encik Kim? Nak pergi mana? Duduklah makan sekali." Ramah sahaja Hana menegur Taehyung yang baru berura ingin meninggalkan mereka.
"Takpa. Saya tak lapar." Mendatar sahaja suaranya dibalas kepada ajakan Hana.
"Laa, Taehyung. Tak payahlah nak bagi alasan kau tak lapar. Sini makan sekali. Adumak kau ni. Macam tak biasa makan sekali dengan kami." Ajak Hoseok menguatkan rasa gembira di hati Hana.
Taehyung dengan teragak-agak duduk di sebelah Hoseok sebelum dia memesan air untuk mereka semua.
Tak lama kemudian, pelayan mula menghidangkan mereka air yang dipesan.
"Eh, minum air je? Tak lapar ke? Makanlah sikit. Baru ada tenaga nak sambung kerja lepas ni." Kata Hana membuatkan Taehyung dengan wajah tanpa riak menggeleng perlahan.
"Tak apalah. Saya okay." Ujar Taehyung perlahan. Hana mencebik sebelum dia sambung menjamu selera.
---
Hana membetulkan skirt sekolah sebaik sahaja dia keluar dari perut kereta. Dia memandang ke dalam kereta sebelum dia tersenyum lalu melambaikan tangannya laju ke arah si pemandu yang merupakan Encik Kim.
"Bye, Encik Kim!" Hana menjerit kecil. Tetapi, seperti biasa, Taehyung tidak memandangkan ke belakang untuk melihat ke Hana dan hanya terus memandu pergi meninggalkan Hana yang mencebik.
"Ish, sombong betul." Ujar Hana perlahan sebelum dia memalingkan tubuhnya ke arah sekolahnya lalu mula berjalan.
"Hana!" Jeritan itu membuatkan dia berpaling ke belakang semula lalu terlihat kawan-kawannya mula berlari ke arahnya. Dia melambaikan tanganmya laju ke arah kawan-kawannya.
"Weyh! Harini ada suvjek Fizik! Aku tak siap kerja rumah lagi!" Ujar Nami bersama keluhan. Yang lain hanya ketawa melihatnya.
"Rileks ah. Aku pun sama. Alah kau ni. Macam tak biasa dengan Cikgu Baekhyun tu. Dia pun aku rasa dah muak tengok muka kita je dalam kelas tahanan tu."
Tawa mereka berempat kembali pecah mendengar kata-kata Hana yang sememangnya fakta bagi mereka berempat. Mereka berempat memang dah cukup terkenal dengan sikap pemalas dan suka bermain mereka itu. Tetapi, rasa prihatin mereka terhadap cikgu-cikgu tidak pernah gagal menambat hati para cikgu.
"Jomlah! Nanti ada perhimpunan! Ada khabar angin kata sekolah kita ada budak baru masuk. Dan, memang kacak gila beb. Aku dah tengok instagram dia!" Jerit Jisoo teruja membuatkan mereka yang lain hanya menggelengkan kepala.
"Maaf. Tak berminat. Aku dah ada encik bodyguard yang kacak lagi menawan hati yang dahagakan cintanya ini." Ujar Hana sambil memegang dadanya. Dia memejamkan matanya dengan senyuman angau sebelum dibuka semula dan melihat kawan-kawannya sudah lari meninggalkannya.
"Weyh! Kurang ajar! Tunggu akulah, bongok!" Jerit Hana sambil mengejar mereka bertiga yang sudah memasuki kawasan blok akademik.
---
"Jadi, harini, kita menerima seorang budak baru daripada batch tahun akhir kita. Jadi, dipersilakan Kim Hansung tampil untuk memperkenalkan diri." Ujar ketua pelajar Wonhae Highschool sebelum seorang jejaka mula mendaki tangga menaiki pentas di perhimpunan pagi tersebut.
Terdapat beberapa suara bisikan di setiap sudut dewan itu menyuarakan tentang kehadiran budak baru itu. Hana mengecilkan matanya memerhatikan setiap inci muka lelaki itu sebelum mukanya terbayang akan wajah si buah hati.
'Mukanya saling tak tumpah kacaknya macam Encik Kim. Tapi, Encik Kim tetap di hati ini!'
"Hai. Erm. Nama saya Kim Hansung. You guys can call me Hansung. Saya dari Daegu, baru je pindah sini dalam minggu lepas. Sila beri kerjasama" Ujar Hansung sambil melirikkan matanya ke setiap sudut dewan itu. Dia membonggokkan tubuhnya sebelum dia berdiri tegak lalu berjalan turun dari pentas.
'Pergh. Saling tak tumpah perangai macam Encik Kim. Sombong.'
"Weyh, Hana. Kau setia lagi tak dengan encik bodyguard kacak kau tu? Tak terpikat ke?" Usik Jisoo membuatkan Hana menepis tangan Jisoo dari terus memegang bahunya sebelum mulutnya diherotkan.
"Ew. Encik boodyguard lagi kacaklah dari budak sombong tu. Tak ada hati aku nak kat dia." Ujar Hana selamba membuatkan mereka bertiga yang lain ketawa.
"Yelah. Kami tahu kau jenis yang setia pada yang satu." Mendengarkan ayat Jessica membuatkan mereka berempat tergelak kecil.
Tak lama kemudian, perhimpunan pun tamat dan kelas terus bermula seperti biasa.
Tiba waktu rehat, mereka berempat mula keluar dari kelas mereka sebelum langkah diorak ke arah kantin sekolah mereka.
"Weyh! Tak sangka budak baru tu masuk kelas kita! Weyh! Aku tak bolehlah! Dia kacak sangat!" Ujar Jisoo, masih tergedikkan budak baru tersebut.
"Ish, kau ni. Perangai tak ubah langsung. Clash banyak kali pun masih tak sedar diri erk kau?" Soal Nami sarkastik membuatkan semua yang lain kecuali Jisoo menahan tawa mereka.
"Ish. Jahatlah! Aku dapat rasakan yang Hansung tu bukanlah seorang yang mudah bosan dengan seseorang." Ujar Jisoo, cuba membela nasib si jejaka baru itu.
"Ikut kaulah. Kau clash lagi, jangan cari kami." Ujar Hana sebelum dia bergerak ke arah gerai yang menjual air jus kegemarannya.
Kawan-kawannya yang lain sudah duduk di tempat mereka. Seperti biasa, tugas Hana untuk membeli mereka air yang dipesan seperti perjanjian mereka seminggu lalu. Akibat permainan bosoh itulah, Hana kalah dan didenda untuk membelanja mereka bertiga makanan dan minuman mereka semua.
Tapi, belum sempat dia menghabiskan lanhkah ke arah meja rakan-rakannya...
SPLASH!
'Fuck'
•••
Haluu, guys! Wassup! Sorrylah. Fanfic baru lagi guys! Fanfic lama tu biarlah buat pekasam dalam draft tu. Haha.
So, doakanlah fanfic ni takkan end up unpublish macam fanfic yang lain nah?
Yuhu! Jumpa lagi guys!
YOU ARE READING
|√| Silent Love - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst fanfiction] Completed (2019) Kim Taehyung X Jung Hana Old Title: Hey, It's Me -payahnya kalau hati dah terlajak sayang pada pengawal peribadi abang sendiri!