Bab Tiga Belas

2K 203 41
                                    

A/N: Bukalah lagu kat atas. Part ni baru nak mula timbul konflik paling besar dalam cerita ni. Hehe.

Song of the chapter: Henry - It's You

◇◇◇

||BAB TIGA BELAS||

"Cik Hana!"

Taehyung menerpa ke arah Hana sebelum tubuh Hana ditarik masuk ke dalam pelukan. Hana yang menangis teresak-esak itu cuba untuk menolak tubuh Taehyung kuat tetapi dia terlalu lemah.

Darah di tangannya sudah diserap oleh baju kemeja yang dipakai Taehyung itu. Taehyung memeluk Hana erat sanagat sebelum mencium ubun-ubunnya.

"Tepilah, Encik Kim." Dia cuba lagi untuk menolak tubuh itu daripada terus memeluknya. Dia mahu pergi ke pangkuan ibunya. Dia tidak mahu hidup di dunia lagi. Dia mahukan ketenangan.

"Semua orang tak suka saya." Satu pukulan mendarat pada dada Taehyung sambil air mata masih setia merembes keluar dari tubir matanya.

"Tapi, saya suka Cik Hana." Balas Taehyung selamba. Dia tahu yang kini pemikiran Hana sedang bercelaru, jadi dia layankan saja.

"Saya menyusahkan semua orang." Ujar Hana lagi.

"Tapi, saya tak rasa susah pun?" Taehyung membalas lagi acuh tak acuh.

"Semua orang tak tenang bila ada saya di dunia ni." Hana berjata lagi walaupun hatinya geram rasa ingin mengoyak muka kacak Taehyung itu.

"Tapi, saya tenang je bila Cik Hana ada dengan saya?" Balas Taehyung lagi membuatkan Hana menghentakkan kaki kirinya geram.

"Eee! Diamlah!" Dada Taehyung ditampar berkali-kali geram. Taehyung tergelak kecil sebelum dia menolak tubuh Hana keluar dari pelukannya sebelum dia mengesat air mata Hana perlahan.

Matanya bengkak akibat terlalu banyak menangis. Mukanya pula sudah memerah, sembab. Tangan Hana digapai Taehyung lembut.

"Kenapa ni? Hmm?" Soal Taehyung perlahan sambil menilik tangan yang ditoreh oleh Hana tadi. Hana tertunduk. Air mata masih tidak dapat berhenti daripada mengalir.

"Jomlah balik. Kenapa main hujan? Nanti demam macam mana, hmm?" Soal Taehyung lagi. Hana masih diam.

Taehyung terus membawa Hana ke belakang tubuhnya lalu tubuhnya dibongkokkan. Dia menepuk-nepuk bahunya dengan tangan kirinya.

"Naiklah. Saya tahu Cik Hana penat." Ujar Taehyung membuatkan Hana tersenyum nipis sebelum dia naik ke atas tubuh sasa Taehyung.

Taehyung mula membetulkan posisi Hana di atas tubuhnya sebelum dia berlari anak ke arah pintu bumbung.

Tiba sahaja mereka di kereta, Taehyung membuka pintu bahagian penumpang di sebelah pemandu sebelum tubuh Hana dimasukkan ke dalam perut kereta.

Seusai menutup pintu bahagian penumpang itu, Taehyung berlari anak ke arah tempat pemandu lalu dia memasuki ke dalam perut kereta.

Kereta mula bergerak keluar dari kawasan sekolah. Taehyung menggapai tangan Hana lalu menggenggamnya erat.

Hana terkedu sebelum memandang ke arah Taehyung. Taehyung yang sedang fokus ke arah jalan raya itu hanya diam, buat seperti tiada apa-apa yang berlaku.

|√| Silent Love - KTHWhere stories live. Discover now