Bab Empat Belas

1.9K 191 13
                                    

||BAB EMPAT BELAS||

"Kau tahu kerja kau, kan? Aku nak tahu keberadaan dia by next week. Ni duit pendahuluan. Kau selesaikan kes kau dengan bukti depan mata aku, baru aku langsaikan gaji kau. Faham?" Ujar Hoseok sebelum menghulurkan sehelai sampul berisi beberapa puluh not won kepada penyiasat peribadinya.

"Baik, bos." Terus penyiasatnya itu bangun lalu mengatur langkah keluar dari cafe tempat perjumpaan mereka berdua itu. Hoseok menyisip sedikit kopi yang baru dipesannya itu sebelum dia melihat ke arah sehelai sampul surat di atas meja itu.

Keningnya terangkat sambil dia membuka sampul surat tersebut.

'Have some great days. Time will slowly kill you, baby.'

Hoseok merenyukkan surat itu geram.

'Tak habis lagi ke jantan ni nak kacau hidup adik aku? Tak serik lagi ke?'

---

Hana melihat pantulan mukanya pada permukaan cermin di meja soleknya. Dia merenung lama wajah yang berada di permukaan cermin itu.

'Kau hancurkan rancangan aku! Aku takkan lepaskan kau! Argh!'

"Argh!" Hana menjerit sebelum dia menekup kedua-dua telinganya kejap. Air matanya mula lebat jatuh dari tubir matanya. Badannya menggigil teruk.

"Cik Hana!" Pintu dirempuh oleh Taehyung dari luar bilik Hana apabila terdengar jeritan Hana yang kuat.

Taehyung membulatkan matanya apabila melihat Hana yang sedang menangis di tepi kerusi meja soleknya. Taehyung terus menerpa ke arah Hana sebelum kedua-dua bahu dipegangnya.

"Cik Hana. Kenapa ni?" Soal Taehyung risau melihatkan keadaan Hana yang jelas kelihatan tidak terurus. Hana mengangkat wajahnya yang basah dengan air mata itu memandang ke eajah Taehyung sebelum dia memeluk Taehyung erat.

"Encik Kim..." Hana menangis memanggil Taehyung perlahan.

"Saya takut..." Ujar Hana lagi, perlahan sebelum dia menangis semula. Taehyung mengusap belakang Hana perlahan.

"Shuhh. Jangan takut. Saya ada dengan Cik Hana kat sini. Shuhh." Pujuk Taehyung perlahan.

Hoseok yang baru sahaja tiba di dalam bilikHana memandang ke arah mereka. Hatinya sebak melihat keadaan adiknya. Dia fikir, selepas sahaja dia memasukkan lelaki tak guna itu ke dalam penjara, lelaki itu akan berhenti mengganggu hidup adiknya. Tetapi, nampaknya sangkaannya meleset.

Hoseok menutup pintu bilik adiknya semula sebelum dia bergerak ke biliknya.

---

Jisoo berdiri di hadapan pagar rumah Hana. Tangannya dari tadi teragak-agak ingin menekan loceng rumah Hana itu. Dia mengeluh kasar apabila dia masih tiada keberanian untuk berhadapan dengan Hana selepas apa yang telah dia lakukan.

'Aku boleh! Hwaiting!'

Jisoo mula menekan loceng rumah Hana dua kali sebelum satu suara menerpa ke dalam ruang pendengarannya dari interkom keselamatan yang ada pada pagar rumah Hana itu.

"Ye, siapa di sana dan nak jumpa siapa?"

"Saya Jisoo. Kawan Hana. Saya nak jumpa Hana." Seusai Jisoo mengutarkan balasannya, suara di sana yidak kedengaran lagi. Manakala, pagar juga tidak dibuka lagi.

Dia mengerutkan dahinya pelik. Kenapa pula? Hana banned dia dari masuk ke?

"Erm. Cik Hana tak berapa sihat. Jadi, dia tak boleh jumpa sesiapa." Ujar suara di dalam rumah Hana itu.

'Ni mesti Encik Kim yang Hana tergila-gilakan tu.'

"Bolehlah. Saya nak jjmpa dengan Hana sekejap je. Tolonglah. Saya nak jumpa dia." Pujuk Jisoo. Dia rasa seperti dialah penyebab Hana tidak sihat itu.

"Jap eh." Suara itu mula hilang dan Jisoo hanya menunggu di hadapan pagar itu.

"Erm. Masuklah." Pintu pagar automatik itu mula terbuka kecil sebelum Jisoo menarik nafas panjang sebelum dihembusnya perlahan.

Dia melangkah masuk ke dalam rumah Hana lalu menutup pagar rumah agam itu. Dia mendaki tangga batu yang menuju ke arah pintu utama sebelum dia memasuki rumah agam itu.

Matanya meliar mancari kelibat pengawal peribadi abang Hana yang baru sahaja bercakap dengannya tadi.

"Mari saya bawa cik pergi ke bilik Cik Hana." Ujar seseorang yang datang dari belakang Jisoo sebelum Jisoo berpaling lalu menganggukkan kepalanya.

Dia mula membuntuti langkah Taehyung sebelum pintu dibuka perlahan oleh Taehyung. Jisoo menelan liurnya melihat sepah di dalam bilik Hana dengan bantal dan selimut berterabur. Buku-buku dari rak juga bergelempangan di atas lantai. Teruk sangat.

"Kalau Cik Hana hilang kawalan, panggil saya ya? Saya minta diri dulu." Ujar Taehyung sebelum dia menutup pintu kembali lalu bergerak ke tingkat bawah.

Jisoo menggigit bibir bawahnya melihat Hana yang sedang duduk memeluk lutut di satu penjuru biliknya. Kelihatan badannya menggigil teruk dengan muka yang sembab.

"Hana." Panggil Jisoo perlahan membuatkan Hana berhenti menggigit kukunya lalu dia mengangkat wajahnya.

Jisoo melutut di hadpan Hana sebelum rambut Hana yang serabut dibetulkan dan diselitkan di belakang telinganya.

"Kenapa boleh jadi macam ni, Hana? Aku minta maaf. Mesti kau jadi macam ni sebab aku kan?" Soal Jisoo sebak. Hana menggelengkan kepalanya sambil menangis. Dia terus memeluk tubuh Jisoo erat.

"Kau tak salah, Jisoo. Dia...dia datang balik, Jisoo. Aku takut..." Ujar Hana perlahan sebelum pelukan dieratkan manakala Jisoo sudah membalas pelukan Hana. Dia mengerutkan dahinya memikirkan siapakah yang cuba Hana sampaikan itu.

"Siapa Hana?" Soal Jisoo perlahan. Hana menangis dengan lebih kuat.

"Marq..cho." Ujar Hana tergagap membuatkan Jisoo tersentak. Dia menolak tubuh Hana laju sebelum bahu Hana dipegang kejap. Dia memandang ke wajah Hana dalam.

"Kau biar betul? Bukan abang kau dah hantar dia masuk penjara ke? Penjara sepanjang hayat kut." Ujar Jisoo tidak percaya dengan apa yang baru disampaikan oleh Hana.

"Betul...abang aku tengah cari dia sekarang. Dia hantar wain ungu dengan...ikatan reben sebelah macam dulu kat aku...semalam. Aku takut, Jisoo." Ujar Hana sebelum menangis lagi.

Jisoo memeluk tubuh Hana semula sebelum dia mengusap perlahan bahu Hana dengan pemikiran yang mula melayang ke arah peristiwa dulu di mana kali pertama dia diserang oleh Marqcho.

---

"Aku dah tak ada hutang dengan kaulah! Kau boleh tak jangan kacau aku!" Jerit Jisoo kuat memandang ke arah seorang jejaka tampan di belakangnya.

"Keluarga kau dah jual kau kat aku. Jadi, kau hak aku. Come to me, sayang. Let's cuddle." Jejaka itu berkata sebelum dia menarik tangan Jisoo mendekatinya. Jisoo meronta-ronta ingin dilepaskan oleh jejaka itu tetapi tidak berjaya.

"Lepaslah, Marqcho! Aku tak nak! Aku dah bayar cukup dah dengan apa yang kau minta! Argh! Tolong! To- ehmm." Mulut Jisoo ditekup kejap sebelum dia diheret memasuki sebuah bangunan terbiar.

Ppak!

Satu pukulan tepat terkena pada belakang kepala Marqcho sebelum dia rebah ke lantai. Hana terlepas kayu yang dipegangnya sebelum dia berlari ke arah Jisoo.

"Jisoo. Jisoo. Kau okay tak?!" Soal Hana risau sebelum dia mengangkat kepala Jisoo lalu diletakkan di atad eibanya. Pipi Jisoo ditepuk berkali-kali sebelum Jisoo menahan dan mengangguk menandakan yang dia okay.

"Dah. Jom, jom. Sebelum dia bangun terkam kita berdua, baik kita blah." Ujar Hana lalu dia membantu Jisoo bangun dan mereka berdua keluar dari bangunan terbiar itu.

|√| Silent Love - KTHWhere stories live. Discover now