Special Chapter

2.5K 185 10
                                    

I'm really really really sorry for those yang tunggu special chapter yang dah berkurun tak terupdate. I'm lack of ideas and also got jo time to even write down my ideas. Huaaaa. So, hope you guys understand and still supporting me.

Enjoy reading special chpater yang tak seberapa ni!

•••

||SPECIAL CHAPTER||

Hana berpaling memandang ke arah Taehyung bersama senyuman. Terus Hana dan Taehyung keluar dari perut kereta. Seusai sahaja mereka tiba di hadapan sebuah rumah agam, Hana menekan loceng di pagar besar itu.

"Siapa ye?" Soal pembantu rumah yang berada di dalam rumah.

"Kawan Jirae. Jung Hana." Ujar Hana sebelum pintu pagar kecil sebelah pintu pagar yang besar itu secara automatik terbuka buat mereka berdua.

Taehyung menyulamkan tangannya dengan tangan Hana sebelum mereka berdua berjalan masuk.

"Ouh. Hai, Hana. Taehyung. Masuklah." Jirae menyambut mereka di muka pintu utama rumah agam itu.

Jirae menyuruh bibiknya menghidangkan air apa-apa untuk mereka memandang mereka datang sebagai tetamu di rumanya. Jirae pula melabuhkan punggungnya di hadapan pasangan itu.

"Macam mana dengan Jaemin? Ada tunjuk apa-apa pemulihan?" Soal Hana kepada Jirae. Jaemin kini dijaga dan dirawat oleh Jirae dan keluarganya memandangkan Jaemin merupakan anak yatim piatu.

Jirae hanya tersenyum kelat sebelum kepalanya tertunduk ke lantai.

"Macam tu jelah. Sama je." Balas Jirae perlahan. Hana mengesot ke hadapan lalu mengapai tangan Jirae.

"Kita doa je. Aku tahu dia akan pulih. Cuma cepat atau lambat je." Nasihat Hana kepada Jirae dan Jirae mengangkat wajahnya bersama senyuman nipis.

"Dijemput minum." Datanglah tiga gelas jus apple dihidangkan di hadapan mereka bertiga oleh bibik milik keluarga Jirae.

"Minumlah. Lepas ni aku bawa korang berdua tengok Jaemin dekat atas." Pelawa Jirae cuba untuk membuang persekitaran yang janggal.

Hana dan Taehyung hanya menuruti lalu gelas jus itu diangkat dan disisip airnya yang segar.

Seusai duduk di ruang tamu sambil minum jus apple, tiba masa Jirae ingin membawa Hana dan Taehyung melawat Jaemin di bilik rawatannya.

Tak lama kemudian, Hana dan Taehyung sudah mahu beredar. Sebelum mereka ingin beredar, dihulurkan sepucuk surat yang bersampulkan dengan sampul berwarna merah jambu.

"Jemputlah datang." Ujar Hana kepada Jirae dan Jirae tersenyum lebar lalu kepala dianggukkan laju.

"Aku akan datang! Dah lama aku ship korang berdua ni. Comel je. Hehe. Congrats!" Ujar Jirae gembira membuatkan Hana dan Taehyung tersipu malu. Memerah muka Hana mendengarkan kata-kata Jirae.

"Okaylah. Kami balik dulu ye?" Taehyung tiba-tiba bersuara memandang mereka agak lama berdiam. Jirae tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.

Terus Taehyung menarik Hana mengikuti langkahnya keluar dari kawasan rumah Jirae memandang mereka memarkir kereta di luar rumah Jirae.

|√| Silent Love - KTHWhere stories live. Discover now