Bab Tiga

2.8K 295 65
                                    

||BAB TIGA||

"Weyh, Hana! Kau tahu tak, hari ni keputusan ujian semester satu keluar!" Jerit Nami menegur Hana yang sedang termenung ke arah Hansung yang duduk tidak jauh dari tempatnya.

"Woi." Tegur Nami lagi sambil memetikkan jarinya berkali-kali di hadapan muka Hana menyebabkan Hana tersentak.

"Ye, ye? Kenapa? Kau tanya apa tadi? Aku tak dengar." Gelabah Hana memikirkan kembali soalan yang diajukan oleh Nami kepadanya ketika dia sedang sibuk mengelamun.

"Ish, kau ni. Aku nak cakap je, hari ni keluar keputusan ujian semester satu." Balas Nami menyampah.

"Ouh, tu je k- What?! Hari ni keluar keputusan ujian tu?!" Hana yang pada mulanya ingin menongkat kepalanya pada tapak tangannya terus menghentakkan tangannya pada meja dengan kuat dehingga mengejutkan semua yang beada di dalam kelas mereka.

Nami menampar lengan Hana sebelum dia memalingkan mukanya ke seluruh kelas sambil menundukkan kepalanya berkali-kali tanda minta maaf.

Hansung yang tadinya sedang tidur di mejanya itu sudah memaki hamun Hana kerana membuatkan dia hampir terkena serangan jantung akibat hentakan kuat tadi.

"Ish, kau ni. Kalau ye pun terkejut, tak payahlah sampai nak terpekik. Buat malu je." Ujar Nami membuatkan Hana tersengih sambil menggaru keningnya yang tidak gatal.

Hana mula memikirkan akan kata-kata ayahnya.

"Ujian kali ni, kalau kamu masih dapat markah teruk yang memang layak dibakar dengan sampah ni, tunggulah apa yang papa akan buat ke kamu."

Hana menggelengkan kepalanya laju sebelum menampar-nampar pipinya berkali-kali.

"Woi, kau gila ke?" Soal Jisoo yang pelik dengan kelakuannya. Hana tersentak debelum wajah rakan-rakannya dipandang bersama senyuman pahit.

'Ayah gurau je tu. Dia kan sayang aku?'

Ujar Hana bagi menyedapkan hatinya. Dia teringat denda yang ayahnya berikan pada Hoseok sebulan yang lalu akibat markah untuk Hoseok berjaya menyambung ke master dalam pengurusan busines tinggal dua markah sahaja untuk lulus.

"Sebulan! No credit card and no hanging out! Stay in this house, study as much as you can!"

'Fuck. Aku tak nak kena sekat dalam rumah. Kena sekat keluar rukah pulak tu. Tak nak!'

"Okay, kelas! Bangun." Arah ketua kelas mereka sebelum semua pelajar mula bangun menyambut kedatangan guru kelas mwreka itu.

Hana sudah ketar lutut. Kepala lututnya kini bagai ingin tercabut.

"Duduk. Seperti yang semua sedia maklum, harini, cikgu akan mengumumkan keputusan ujian semester pertama kamu yang telah kamu duduki dua minggu lalu. Hansung?" Guru kelas mereka itu memanggil Hansung.

"Ya?" Hansung membalas sebelum menundukkan kepalanya sedikit lalu diangkat kembali memandang wajah cikgu itu.

"Ujian ulangan akan saya maklumkan ke kamu ye nanti?" Ujar cikgu itu lembut.

"Baik, cikgu!" Balas Hansung sebelum tersenyum manis.

"Jadi, sekarang cikgu akan panggil seorang demi seorang pelajar untuk mengambil buku rekod ujian masing-masing bermula dari Ahn Jisoo." Guru kelas mereka itu sudah mula mengedarkan buku rekod masing-masing.

|√| Silent Love - KTHWhere stories live. Discover now