Bab Dua Puluh Tiga

1.8K 172 11
                                    

||BAB DUA PULUH TIGA||

Hari ini, hari pertama bagi Hana untuk ke sekolah selepas kejadian hitam itu menimpa Hana. Hana hanya tersenyum hambar apabila ternampak kawan-kawannya sedang berlari ke arahnya. Jisoo juga ada.

"Erm. Saya pergi dulu, Encik Kim." Ujar Hana tidak bersemangat.

Taehyung pula hanya membalas senyuman hambar Hana dengan senyuman petaknya. Dia berjalan ke arah Hana lalu dicium sekilas dahi gadis itu.

"Belajar elok-elok. Kalau ada apa-apa, call saya ataupun abang Cik Hana." Nasihat Taehyung kepada Hana dan Hana hanya mengangguk.

"Bye, Encik Kim."

---

"Wah, wah, wah. GRO terkenal seluruh Korea dah datang, guys! Seronok bercuti lama, huh? Pergi mana lama sangat? Jual badan?" Jirae dan Kaila sedang berdiri di hadapan meja Hana dan Jisoo.

Hana hanya diam. Dia semakin lama semakin 'introvert'. Impak dari kejadian-kejadian ngeri yang dia lalui sepanjang dikatakan dia bercuti dari sekolah.

"Kau palau aku, huh perempuan?" Jirae menghentak meja Hana sehingga membuatkan bahu Hana terhinjut, terkejut.

"Weyh. Apahal ni hentak-hentak meja? Ingat ni meja mak bapak kau?" Soal Jisoo geram. Yelah, dihentak meja Hana, bergegar sampai mejanya.

"Kau sibuk apahal? Cis. Dasar geng GRO."

Ppang!

Sedas sekali tamparan padu dihadiahkan daripada Hana pada pipi kiri Jirae. Menggeletar tangan Hana menahan geram bersama ketapan giginya. Matanya berair akibat terlalu marah.

"Kau. Mulut kau jaga sikit eh?! Kau selidik pun tak! Lepastu main sebar fitnah pasal aku! Kau fikir bagus?! Huh? Kau nak apa dari aku Jirae? Jaemin? Eh, aku tak goda dialah bangang! Kau sedar diri sikit!

Perangai kau yang jenis suka pijak lepala orang ni takkan bawa kau ke syurga, Jirae! Tunggulah masa orang terdekat kau sendiri yang pijak kepala kau! Baru kau rasa macam mana peritnya perasaan kau masa tu! Cau!"

Panjang lebar Hana melepaskan geramnya di hadapan muka Jirae sebelum dia berlalu keluar dari kelasnya. Sempat doa melanggar bahu Jirae sehingga Jirae hampir tersungkur.

Jirae mengetap giginya geram sambil menghantar bayang Hana keluar dari kelas dengan pandangan matanya. Matanya bergetar menahan amarah yang terpendam. Lagi-lagi apabila nama Jaemin disebut oleh Hana.

Kaila pula sudah mengusap belakang Jirae berkali-kali agar kawannya itu tidak mengamuk di situ.

---

Hana memanjat pagar belakang sekolah sebelum dia berjalan tanpa hala tuju. Dia menepis air mata yang masih lebat mengalir di pipinya.

Sedar-sedar, dia sudah berada di senuah restoran kecil di pinggir jalan. Dia mendongak sedikit kepala, membaca papan nama restoran kecil itu sebelum dia menunduk kembali lalu diatur langkah masuk ke dalam restoran itu.

Dia duduk di salah satu meja yang kosong di penjuru restoran itu sebelum seorang pemuda datang ke arahnya untuk mengambil pesanan.

"Cik nak- Cik Hana?" Terus terangkat kepala Hana memandang gerangan yang memanggil namanya itu.

"E-encik Kim..." Hana terdiam apabila nama Taehyung berjaya meniti bibirnya.

|√| Silent Love - KTHWhere stories live. Discover now