Bab Dua Puluh Tujuh

1.7K 161 10
                                    

||BAB DUA PULUH TUJUH||

Hana dan Taehyung menjejakkan kaki ke dalam rumah. Taehyung terlebih dahulu sudah memberi pesanan mesej kepada Hoseok yang dia sudah berjaya memujuk Hana.

"Adik. Balik pun. Janganlah marah abang dengan-"

"Stop. Biar adik cakap dulu. Adik sayangkan Encik Kim sangat-sangat dan Encik Kim pun sama. Jadi, adik nak abang dengan aya restui hubungan kami berdua."

"Amboi paksa nampak."

Hana hanya menjeling abangnya lalu memeluk tubuhnya. Masih tidak puas hati dengan abangnya.

"Yelah. Abang dengan ayah dah lamalah restui hubungan korang berdua. Abang dan ayah percaya Taehyung boleh jaga adik sebagaimana kami jaga adik dari kecil." Ujar Hoseok kepada Hana.

Hana mencebik kerana merasakan abangnya sedang menyendukan situasi. Saja nak banjirkan rumah dengan air matanya.

"Abang..." Terus dia memeluk abangnya erat. Hoseok pula hanya emmbalas pelukan adiknya lalu diusap perlahan belakang tubuh adiknya.

"Amboi, peluk-peluk tak ajak papa pun." Tiba-tiba Tuan Jung menegur. Hana dan Hosek tergelak kecil.

"Come to me, papa." Hana mendepakan tangannya ke arah papanya lalu meteka bertiga berpeluk.

"Dah, dah. Tak boleh lama-lama. Nanti ada yang cemburu buta." Ujar Hoseok membuatkan pelukan terlerai bersama ketawa yang mulai bergema di dalam rumah merwka itu.

Taehyung tertunduk malu apabila ayat Hosoek itu ditujukan ke arahnya. Telinganya memerah kerana menahan rasa malu yang menggunung.

Tiba-tiba, terasa satu sentuhan pada bahu membuatkan Taehyung mengangkat wajahnya memabdang gerangan yang berada di hadapannya itu.

"Jaga anak uncle elok-elok."

Taehyung mengangguk perlahan sebelum tersenyum senang memandang ke arah Hana.

---

"Jom! Encik Kim! Cepatlah! Kita dah lambat untuk hadiri perbicaraan ni!" Jerit Hana dari dalam bilik sehinggalah kakinya menapak menuruni tangga rumahnya.

"Cik Hana! Jangan lari! Jatuh kang siapa susah. Saya juga." Ujar Taehyung dengan hati gelisah melihat buah hatinya berlari anak di tangga macam tak cukup tanah.

Hana tersengih umbing memandang ke arah Taehyung. Taehyung hanya menggelengkan kepalanya sebelum dia menghulurkan tangannya kepada Hana. Hana menyambut huluran lalu mereka berjalan keluar dari rumah keluarga Jung sambil berpegangan tanagn.

Benda dah dapat restu, buat apa nak berselindung?

Sampai sahaja mereka di mahkamah, Hana dan Taehyung mengambil tempat di hadapan sekali bagi menyaksikan perbicaraan terakhir Marqcho.

Hana meliarkan matanya ke sekeliling sudut dalam mahkamah itu. Tiba-tiba, matanya berhenti pada satu susuk tubuh yang duduk di barisan kerusi yang sama. Hanya dipisahkan dengan lorong tengah bilik perbicaraan itu sahaja.

'Kaila? Apa dia buat di sini?'

Hana hanya menghiraukan persoalan yang berada di mindanya lalu dia pandang pintu yang tiba-tiba terbuka dan memaparkan Marqcho yang digari itu.

|√| Silent Love - KTHWhere stories live. Discover now