Bab Dua Puluh Dua

1.8K 190 7
                                    

||BAB DUA PULUH DUA||

"Lepaskan akulah! Woi!" Hansung yang masih ditahan di lokap sebelum perbiacaraan pertamanya dijalankan itu menjerit dari dalam lokap.

Pegawai polis yang lain hanya mendiamkan diri dan melakukan kerja mereka sahaja. Mungkin dah terbiasa dengan situasi sebegitu.

"Ish! Woi! Pekak ke?! Lepaskan akulah! Aku-"

Jeritan Hansung terhenti apabila Taehyung tiba-tiba memunculkan diri di luar lokapnya bersama maknya yang sering dipanggil oleh Taehyung, Mak Cik Yejun. Hansung mengetap giginya geram.

"Anak mak." Sayu sahaja suara Mak Cik Yejun memanggil anaknya. Hansung hanya diam membatu. Tiada reaksi yang rasanya dia ingin berikan kepada maknya.

"Kenapa kamu buat semua tu, nak? Mak risaulah nak biar kamu tu duduk dekat dalam ni. Kenapa, nak?" Teresak-esak Mak Cik Yejun menangis meratapi nasib anak tunggalnya.

"Ish, mak ni. Kalau nak menangis, pergi balik rumah sana. Han rimaslah!" Tengking Hansung. Beginilah cara dia melayan maknya sendiri. Persis menghalau anjing.

Makin menjadi-jadi tangisan Mak Cik Yun apabila tengkingan Hansung bergema di seluruh balai polis itu. Taehyung mengetap gigi geram sebelum dia mendapaykan Mak Cik Yejun yang sudah jatuh terduduk di tepi pagar lokap itu.

"Ish, kau ni kan, Han! Dia mak kau kut! Perengai tak boleh setan lagi ke?!" Marah Taehyubg tetapi tangannya diggenggam oleh Mak Cik Yejun.

"Dahlah, Tae. Dia budak lagi. Jangan nak marah sangat." Ujar Mak Cik Yejun lembut sebelum dia bangun dibantu oleh Taehyung.

"Ha, mak cik menangkanlah Han ni. Sampai mati nanti dia tak ambil pengajaran. Tae bukan apa. Tae sayangkan Han dengan mak cik. Tae tak suka tengok kita jadi macam ni." Balas Taehyung ikhlas.

Mak Cik Yejun terdiam. Taehyung mengeluh nafas panjang sebelum dia mengarahkan Mak Cik Yejun untuk duduk di luar bagi menenangkan diri.

Usai Mak Cik Yejun melangkah keluar dari balai polis, Taehyung menghadap semula Hansung yang berada di dalam lokap.

"Esok perbicaraan kau. Jangan nak buat hal lagi. Sampai bila kau nak menyusahkan hidup orang lain? Tak puas lagi dulu pernah masuk penjara?" Soal Taehyung sarkastik.

Hansung tersenyum sinis sambil berdecit.

"Tak payah nak acah berkhutbah kat akulah. Aku tahulah apa aku nak buat dengan hidup aku. Dendam aku dah terbayar. Kau rasalah bekas aku nanti." Hansung tergelak kecil mengenangkan dara yang sudah dia ragut dari Hana semalam.

Taehyung menggenggam penumbuk, sambil mengetap bibirnya geram. Telinga berona merah, menahan api kemarahan yang marak menyala di lubuk hatinya.

"Make my words. Don't touch my girl." Taehyung memberi amaran. Kemudiannya, dia melepaskan keluhan sebelum dia menjeling Hansung lalu berjalan keluar dari balai polis itu.

Hansung menghantar Taehyung keluar dari balai polis dengan pandangan matanya. Dia menghentak pagar lokap itu bercampur geram.

---

Hana mencelikkan matanya dengan dahi yang berpeluh apabila dia terjaga dari mimpi ngeri. Mimpi yang sepertinya mengulang tayang kembali peristiwa hitamnya pada malam tempoh hari.

|√| Silent Love - KTHWhere stories live. Discover now