Bab 11

549 13 0
                                    

"Selamat pagi, Encik Hanif!" Afifa Fitiya menegur Nazhirul Hanif yang baru tiba di pejabat.

"Selamat pagi." Hanif menjawab tenang sebelum terus melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya.

Afifa sempat melihat tangan kanan Hanif yang dirawatnya semalam. Dia tersenyum apabila melihat tangan Hanif berbalut kemas. Mujur lelaki itu mendengar cakapnya.

"Assalamualaikum."

Suara memberi salam yang menampar telinganya mematikan senyuman di bibir. Dia mengangkat wajah untuk melihat gerangan yang memberi salam.

"Waalaikumussalam." Afifa menjawab salam sambil tersenyum ke arah seorang lelaki yang kelihatan sedikit berumur. Uban putih memenuhi hampir 70 peratus kepalanya.

"Encik cari siapa?" soal Afifa sopan.

"Saya nak jumpa dengan Encik Nazhirul Hanif. Dia ada?"

"Encik ada buat appointment?" soal Afifa lagi.

"Tak ada," jawab lelaki itu pantas.

"Encik tunggu sekejap. Saya tanya Encik Hanif dulu." Afifa sudah ingin mengetuk pintu bilik Hanif apabila tiba-tiba lelaki itu memanggilnya.

"Beritahu kat Encik Hanif yang saya Pak Din," ujar lelaki itu. Afifa menganggukkan kepala sebelum mengetuk pintu bilik Hanif.

Tok-tok! Tok-tok!

"Masuk!"

Afifa terus menguak daun pintu apabila Hanif memberi arahan dari dalam bilik pejabatnya.

"Encik Hanif, ada seorang lelaki nak jumpa dengan Encik Hanif." Afifa memberitahu terus. Dia tahu Hanif tidak suka membuang masa.

"Siapa?" soal Hanif tenang.

"Dia beritahu yang dia Pak Din," jawab Afifa.

Tangan Hanif yang sedang sibuk membelek design di atas meja terhenti saat nama Pak Din disebut. Dia memandang Afifa tanpa riak.

"Encik Hanif?" Afifa memanggil nama itu apabila Hanif terus diam.

"Panggil dia masuk," arah Hanif.

"Baik, Encik Hanif." Afifa terus berlalu keluar dan menghadiahkan senyuman kepada lelaki tua itu.

"Encik boleh masuk."

"Terima kasih." Lelaki itu mengucapkan terima kasih sebelum meloloskan diri ke dalam bilik Hanif.

"Kenapa Pak Din datang sini?" soal Hanif selepas menjemput Pak Din duduk di atas sofa. Dia turut melabuhkan duduk di sebelah Pak Din.

"Pak Din risaukan Encik Hanif. Lepas Encik Hanif pergi dari banglo tu semalam dengan tangan berdarah, Pak Din asyik teringatkan Encik Hanif. Pak Din risau encik tak rawat luka kat tangan encik ni. Lega hati Pak Din tengok tangan encik berbalut elok. Encik Hanif pergi klinik semalam?" soal Pak Din sambil memegang lembut tangan kanan Hanif yang berbalut.

"Saya tak pergi klinik pun. Ada orang yang tolong rawat. Lagipun sikit aje luka ni, Pak Din," ujar Hanif meredakan kerisauan dalam hati Pak Din. Dia tahu lelaki itu prihatin dengannya sejak dulu lagi.

"Bagus la kalau macam tu. Lega sikit hati Pak Din." Pak Din melepaskan nafas lega.

"Encik Hanif jangan berdendam dengan Dato, ya? Dato tu sayangkan Encik Hanif, cuma dia tak tahu macam mana nak tunjuk," pujuk Pak Din lembut.

Pak Din kenal dengan Dato Nizam. Dia bekerja dengan Dato Nizam sejak sebelum lelaki itu berkahwin dengan Datin Suraya lagi. Dia tahu lelaki itu tidak pandai menunjukkan kasih sayangnya sama seperti Hanif.

PEMBURU BAHAGIAWhere stories live. Discover now