Bab 14

658 13 0
                                    

"I tak sangka Afifa sanggup buat macam tu. Nampak aje alim." Aisya Farhana meneguk air kosong gelojoh. Dia ingin menghilangkan rasa tekaknya yang loya dan perit.

"Don't judge a book by it's cover. Baik kat luar belum tentu kat dalam pun baik. Macam adik I. Ibu dia dulu kahwin dengan ayah I sebab nakkan harta ayah I aje. Perangai dia pun sama juga macam ibu dia." Naim melepaskan geram yang terbuku di dalam dada.

"Jahatnya dia. You percayakan I, kan? I bukan materialistik macam perempuan-perempuan lain tu." Farhana membelai tangan Naim lembut.

"Of course I trust you." Naim menyelitkan rambut Farhana ke belakang telinga. Dia menghadiahkan senyuman menggoda pada gadis itu.

"Macam mana I balik rumah tadi? Apa jadi kat I? Kenapa I tak ingat apa-apa?" soal Farhana pelik. Seingatnya, dia berada di apartmen kawan Naim dan sedang seronok menari bersama kawan-kawannya tadi. Tetapi ketika dia sedar, dia sudah berada di rumahnya sendiri.

"Tiba-tiba you pengsan tadi. I bawa la you balik," jawab Naim bersahaja.

Andai gadis itu tahu yang dia memasukkan sedikit wine ke dalam air anggurnya, pasti gadis itu akan memarahinya. Dan dia tidak mahu Farhana tahu. Dia masih belum merasa tubuh gadis itu lagi.

"Tapi kenapa I tak ingat pun?" Farhana mengurut kepalanya yang berdenyut.

Naim mengangkat bahu.

"Mungkin you letih sangat kut sampai pengsan," jawab Naim lagi.

"I balik dulu. I cuma nak hantar you aje. Kalau tak disebabkan kawan you tu, I dah lama balik," sambung Naim mengubah topik perbualan.

"You jangan sebut pasal perempuan tu boleh tak? Sakit hati I." Farhana menarik muncung panjang.

"Okey, okey. I balik dulu. Bye, sayang."

Naim mula melangkah ke pintu utama. Farhana menghantar Naim hingga ke pintu sebelum kembali menutup pintu rapat. Dia ingin melelapkan mata seketika untuk menghilangkan denyutan di kepala yang tidak menunjukkan tanda untuk surut. Sekejap lagi dia perlu pergi ke tempat kerja pula.

Naim menghidupkan enjin dan memandu laju meninggalkan pekarangan rumah Farhana.

"Bodohnya kau, Farhana." Naim melepaskan tawa kuat. Geli hatinya melihat kepercayaan yang diletakkan gadis itu padanya seratus peratus hingga sanggup menghalau keluar kawannya sendiri.

"Bila ada duit, semua orang sanggup jadi hamba aku." Naim bersiul kegembiraan. Dia mula membayangkan tubuh gadis tadi yang jauh lebih 'menyelerakan' daripada tubuh Farhana. Kalau Farhana tidak sedarkan diri tadi, pasti dia sudah dapat merasa tubuh itu.

Naim menggelengkan kepala. Setakat hilang seorang perempuan langsung tidak merugikan dia. Masih ramai lagi perempuan lain yang dengan rela hati mahu memberikan tubuh mereka kepadanya. Semuanya dengan kuasa duit. Naim tertawa kuat.

Langkah kakinya diatur menelusuri tepi jalan raya tanpa hala tuju. Dia tidak pernah menyangka yang dia akan dihalau keluar dari rumah oleh sahabat baiknya sendiri hanya kerana seorang lelaki.

Perbuatan lelaki itu tadi kembali terlayar dalam mindanya. Air mata yang sudah pun kering kembali gugur ke pipi. Dia meneruskan langkah kaki.

Afifa memeluk tubuhnya apabila angin kuat yang bertiup menampar tubuhnya. Sweater yang tersarung dibetulkan supaya menutupi seluruh tubuhnya yang menggigil sejak tadi.

Langkahnya terhenti di hadapan bangunan tiga tingkat yang amat dikenalinya itu. Dia langsung tidak menyedari yang dia berjalan sejauh itu. Dan entah kenapa kakinya membawanya ke sini.

PEMBURU BAHAGIAWhere stories live. Discover now