one

8.2K 109 0
                                    

"Aku dah jumpa partner aku."

Cukup aku cakap satu ayat tu je dah membolehkan dua ketul kawan baik aku ni menjerit tak ingat dunia.

Bukan Hani dengan Batrisyia je pandang termasuklah seketul Raz Tania dan Fardynayuni.

Raz Tania dan Fardynayuni ni kawan baik. Kalau dah Raz ratu membawang tak akan kawan dia terkecualikan?

"So who the unlucky boy that you pickup?"

Tudia ,

Si Tania tengah cuba speaking.

"Aku tak rasa nak bagitahu korang. Tapi aku nak mintak korang sediakan mission untuk aku. Listdown until 100 what a couples need to do."

"Weyh sampai hati tak nak bagitahu. Em tak apalah , yang aku tahu aku nak senaraikan sekarang juga misi kau tu."

Batrisyia menepuk-nepuk tangan gaya macam anak kecil je.

"Em kalau aku nak list kan juga boleh tak?"

Permintaan Tania membuatkan aku teragak-agak untuk bersetuju sebenarnya.

Sebab aku tengok senyuman dia sekarang ni a little bit scary me.

"Kau tak nak bagitahu aku ke siapa mamat tu?"

Soal Hani separuh berbisik.

Aku akui

Memang aku tersangatlah rapat dengan Hani berbanding Batrisyia.

Hampir semua rahsia aku dia tahu.

"Balik dorm aku cerita."

Hani pula yang menepuk-nepuk tangan dia gembira.

Buku nota milik Hani aku capai. Dapat saja buka bahagian tengah aku terus koyakkan.

'Dorm. 10 pm. Stor lama sebelah bilik air lelaki. Noted that?!'

Selesai tulis aku lipatkan kecil kemudian bangun bergerak ke meja Ishan.

Hani dan yang lain tidak sedar ketiadaan aku kerana leka senaraikan misi untukku.

Kertas kecil itu aku selitkan diantara buku milik Ishan

Meja Ishan aku ketuk beberapa kali. Setelah pasti Ishan sedar dari tidur aku menunjuk buku dimana selitan kertas berada dan berlalu ke tempatku kembali.

•••

Masa rehat aku habiskan dengan meneliti senarai-senarai misi yang akan aku lakukan.

Apa yang aku dapat lihat dari ketiga-tiga senarai ni misi pertama adalah

Berpegangan tangan.

Berpegangan tangan .

Berpegangan tangan.

Okay. Senang. Tak susah.

Tapi yang gila nya bila aku teringat apa yang si Tania ingatkan aku tadi

"Lepas kau dah sudah semua mission ni kau kena cakap dekat dia yang ni semua game semata-mata."

Memanglah game.

Apa pula kaitan aku kena bagitahu lepas dah buat misi ni?

Aku sambung membaca senarai yang ada.

Bermula dengan misi Hani dulu.

Berpegangan tangan.
Keluar dating.
Tengok wayang.
Berpelukkan dekat wayang.
Berpelukkan dekat mana-mana pon.
Cium pipi dia.
Bagi dia gelaran yang comel.
Kiss him if you love him.

Mission Of LoveWhere stories live. Discover now