Ishan yang berada di tengah padang aku pandang lama. Pandang dia buatkan aku teringat hal malam semalam.
Kecewa tu memang ada. Tapi kali ini aku akan berusaha lebih lagi. Aku akan pastikan Ishan jatuu cinta dengan aku dan rahsia si Hanafisya tu terbongkar. Patutnya malam semalam dah terbongkar kalau Ishan korek lebih dalam dan terus menerus mendesak Hanafisya dengan soalan-soalan berkaitan hal sebelum dia hilang ingatan.
Ye aku memang jahat. Tapi Hanafisya lagi jahat.
"Macam mana ? Ishan nak tak ikut ?"
Hani yang baru pulang dari membeli air di vending machine mengambil tempat disebelahku.
Batrisyia sudah berlari ke bahagian tepi padang menyertai pelajar yang bermain bola jaring.
Untung sahaja sekolah aku tidak macam sekolah lain. Sekolah lain waktu pjk mereka hanya satu jam kawan-kawan aku cakap. Tapi pjk kami dari jam 7:45 pagi hingga ke 12 tengah hari. Tapi seminggu sehari sajalah.
"Macam itulah. Dia nak. Tapi semalam , Ishan tolak aku lagi sekali and semalam aku kena penampar si Hanafisya."
Mata Hani sudah membesar.
"Dia tampar kau ? Macam mana dia boleh sesat ada dalam bilik Ishan ? "
Aku hanya diam. Malas mahu membuka cerita. Buat sakit hati sahaja.
Air mineral yang Hani hulur aku sambut belum sempat air lalu ditekak , botol dari tanganku di rampas
"Hey Syairi ! Air aku lah !"
Aku menjerit dan merenung Khusyairi tapi tidak pulak aku merampas kembali air tersebut.
Biarlah dia minum mesti penat lepas main bola sepak.
"Nah kau nak air kan tadi."
Aku lihat air mineral yang sudah tinggal setengah Ishan pula teguk sehingga habis. Kemudian botol itu dipulas dan diberi kepadaku kembali.
Aku mencampak botol itu ketepi. Dah habis bagi aku.
"Weyh , aku tak nampak Hanafisya pun hari ni "
Hani melilau memandang sekeliling.
"Hani Zias , dia bukannya satu kelas dengan kita pun. Sakitlah telinga aku kau cakap fasal dia."
"Memanglah bukan satu kelas. Tapi biasakannya waktu pjk dia akan jalan satu padang sebab nak tengok si Ishan."
Dalam diam aku mengangguk. Haah , betul juga cakap si Hani ni. Aku tak nampak Hanafisya langsung hari ini.
Ishan dan Khusyairi duduk di bangku hadapan aku dan Hani.
"Ishan mana Hanafisya?"
Ish , Hani ni memang tak boleh kawal mulutlah ada je yang nak ditanya.
Ishan pula sekadar mengangkat bahu
"Kau nak pergi Langkawi Hazry tahu tak ni ?"
Ishan membuka topik memulakan bicara dengan aku.
Jarang sungguh ni.
Selalunya aku yang beria.
Aku menggeleng.
"Aku takut Anise tak bagi je. Kau tahulah akak aku tu macam mana."
Aku menongkat dagu dengan satu tangan.
"Kau comel buat macam tu Naura."
Khusyairi tiba-tiba memuji aku. Hani sudah terbatuk-batuk kecil. Ishan pula diam sahaja.
YOU ARE READING
Mission Of Love
RomanceHaina Naura seorang gadis yang tidak tahu apa itu cinta dan bagaimana rasanya bercinta. Akibat desakan dan pengaruh rakan-rakannya dia menjadi ingin tahu apa adanya dalam istilah 'cinta' itu. Tapi yang menjadi masalah bila dia tidak tahu bagaimana...