fourteen

5K 90 14
                                    

Dalam tak sedar hari ini aku akan pulang ke dorm.

Dalam tempoh seminggu lebih aku berjaya lupakan semua yang berlaku.

Betul ke ni ?

Aku sendiri pun tak pasti.

Tapi aku bahagia dengan segala kenangan yang dah aku cipta bersama dia dan juga keluarga aku.

Anise dan Hazry melayan aku umpama menatang minyak yang penuh. Semua kemahuan aku dituruti sepanjang cuti sekolahku.

Pergi karaoke , jalan-jalan di Melaka dan makan makanan mahal.

Best sangat !

Dan ada Hani di samping aku yang sentiasa menyokong aku. Sentiasa mendengar luahan hati aku. Aku sudah pun menganggap dia seperti saudara kandung sendiri.

"Ra , beg-beg kau dah masuk dalam kereta ?"

Anise menepuk bahu aku perlahan.

Aku mengangguk.

Hazry dan Anise sudah masuk ke dalam kereta. Aku pantas berlari kecil dan menghilang di dalam perut kereta.

"Nak singgah mall tak ? Beli barang-barang kau ?"

Aku mengangguk lagi.

Inilah kehidupan aku. Anise sentiasa memberi aku apa sahaja yang aku hajati.

Ibu dan bapa aku pula ?

Huh , malas nak buka topik fasal mereka sebenarnya.

Nama bapaku , Ahmad Shardan

Nama ibuku , Haslina Naima Q'rose.

Itulah sebabnya nama Anise dan aku ada terselit Q'rose.

Ceit , aku benci sebenarnya.

Nama panjang Anise pula , Anise Naiza Q'rose.

Ayah aku orang biasa sahaja.

Cuma ibuku orang yang berpangkat tinggi dan di sebabkan oleh pangkat itulah anak-anak terabai.

Aku benci !

Ibuku lebih memilih kerjayanya berbanding anak-anak.

Aku mempunyai enam orang adik beradik.

Ramai kan ?

Anise Naiza Q'rose

Haina Naura Q'rose

Aezan Naiman Q'syed

Haidid Naiquib Q'syed

Aikha Nurine Q'rose

Haizul Nasyriq Q'syed

Q'syed merupakan bama hujung yang datuk kami haruskan untuk semua adik lelakiku.

Manakala Q'rose pula dari ibuku.

Apa motif semua itu?

Untuk menunjukkan pangkat yang kami adalah tapi aku tak pernah minta pun semua tu.

Ibuku terlampau sibuk berkerja sehingga tiada masa untuk anaknya sendiri.

Bila aku minta perbelanjaan duit ibu hanya bank-in kan sahaja ke dalam akaun.

Bukan duit sahaja yang aku perlukan , aku perlukan kasih sayang juga.

"Ra jomlah."

Aku angguk.

Aku melangkah masuk ke dalam mall.

Hazry tiada di sebelah Anise

"Hazry jumpa kawan dia. Jom beli barang."

Mission Of LoveWhere stories live. Discover now