twentytwo

5.7K 115 14
                                    





Walaupon aku dan Ishan tidak bertegur gara-gara luahan tidak masuk akal dia dua hari lepas namun hari ini kami tetap akan pergi bercuti bersama.

Sejujurnya selepas luahan Ishan tu aku tak kisah pun dia mahu pergi ataupun tak sebab aku jadi tak bersemangat dan kecewa.

Terkejut aku bila semalam Anise dan Hazry menelefon dan memberikan aku keizinan bercuti ke Langkawi.

"Kau okay tak ?"

Aku tak boleh memahami seorang Ishan Faryen.

Baru dua hari lepas kami dingin antara satu sama lain tapi hari ini dia tegur aku seperti tiada apa yang berlaku antara kami.

Ataupun mungkin dia tidak mahu menghancurkan mood bercuti kami.

Aku mengangguk membalas pertanyaan Ishan.

Dia risaukan aku ?

Sejujurnya aku takut juga naik feri ni. Sebelum ni kalau pergi ke Langkawi aku sekeluarga akan menaiki kapal terbang sahaja. Inilah kali pertama aku menaiki feri.

Takot , pelik , tak selesa dan keadaan sedikit berhimpit aku agak rimas dan risau.

"Weyh Naura ! Jom naik kat dok atas. Kita bergambar."

Tak sempat aku nak menolak ajakan Hani tangan aku sudah dia tarik menaiki tangga menuju ke atas.

Sampai sahaja di atas perkara pertama yang aku perasan adalah Khusyairi yang sedang sibuk berjalan ke sana sini sambil kamera dia tidak berhenti berbunyi.

"Naura pandang sini !"

Serentak aku memandang kamera Khusyairi dan tersenyum lebar.

Aku kena pastikan gambar aku yang di tangkap tadi kelihatan cantik.

"Meh aku nak tengok." Aku berjalan menghampiri Khusyairi namun dia makin menjauh.

"Eh tak payahlah tengok. Nanti-nantilah. Aku nak snap sekeliling ni banyak-banyak."

Khusyairi macam takut-takut je nak bagi aku tengok hasil tangkapan dia.

Aku memincingkan mata memandang dia serentak aku berlari kecil ke arah Khusyairi.

"Bak sini !"

Akibat aku menarik kameranya itu Khusyairi dan aku berada dalam keadaan yang rapat.

Bila aku mengslidekan hasil tangkapan gambar Khusyairi aku tak jumpa pun gambar aku.

Jumpa tapi separuh badan aku sahaja. Khusyairi melebihkan ke arah belah kiriku dimana kedudukan Hani berada.

"Kau suka--"

"Ehem."

Deheman Ishan menghentikan pertanyaan aku. Keadaan aku dan Khusyairi yang rapat tadi terus dijarakkan.

Aku memandang Khusyairi dan Ishan kemudian aku pergi semula kepada Hani.

"Kenapa?"

Hani menoleh kebelakang melihat Khusyairi dan Ishan yang sedang bergurau kecil.

"Kau suka Khusyairi ?"

Hani menekup mulutku dan membesarkan matanya.

Dari reaksi Hani sebegini aku dah boleh agak yang dia pun turut sukakan Khusyairi.

Saling sukalah mereka ni.

Tak macam aku.

Asyik ditolak.

Dua kali.

Oleh orang yang sama.

Ishan Faryen.

Huh.

"Kenapa pandang aku lama macam tu?"

Ishan yang elok berdiri dan menyilang tangan disebelah menegur.

Aku pandang dia ke tadi ?

"Kau berangan apa fasal aku ?"

Aku menggeleng.

"Kau ni comellah."

Aku dapat tangkap ketawa kecil dihujung ayat Ishan.

Sudah aku cakap yang aku tak boleh nak faham seorang Ishan Faryen ni.

"Kenapa ?"

"Kenapa apa ?"

"Kau tolak aku , bukan sekali tapi dua kali. Tapi cara kau seakan memberi aku harapan. Kenapa ?"

Ishan sudah terdiam. Dia menghela nafas berat. Aku masih memandang dia meminta jawapan.

"Aku jaga kau. Hazry cakap kalau balik ni dia tengok kat kau ada luka sikit pun aku yang kena. Faham ?"

Rambut aku Ishan kusutkan berkali-kali matanya menikam mataku.

Aku terdiam.

"Ishan !"

Aku menjerit namanya bila dia semakin leka mengusap rambutku atau lebih tepat mengusutkan.

Dia tergelak dan terus berlalu pergi.

Tak faham.

Apa kaitan jaga aku dan layan aku baik ?

Kalau betul Hazry suruh jaga aku boleh je dia perhatikan aku dari jauh tak perlu dekat-dekat dengan aku dan melayan aku baik. Tanya aku itu dan ini. Memuji aku semua itu.

Atau aku yang terlalu over ?

Fikir layanan dia semua tu atas sebab dia sukakan aku.

Argh !

Aku memerhati saja gelagat Ishan dan Khusyairi yang sedang bergurau bila Ishan perasan aku merenung dia lama dia mengenyitkan matanya.

See ?!

Dia yang berkelakuan pelik bukan aku.


••••

Sebaik sahaja sampai di Langkawi kami terus bergerak untuk mengcheck in hotel.

Hotel bertaraf empat bintang menjadi pilihan kami semua.

Mula-mula semua mahu bilik untuk masing-masing tak disebabkan Hani dan Khusyairi yang merengek mahu berkongsi jadi terpaksa aku dan Ishan bersetuju.

Aku dan Hani.

Ishan dan Khusyairi.

"Kita makan dulu."

Ishan mencapai tanganku dan mengenggam kemas. Pandangan aku jatuh ke tautan tangan kami.

Serentak memori aku memainkan ualng tayang sewaktu kami bercuti ke Pulau Pangkor.

Aku melepaskan tautan itu dan berjalan dengan laju ke hadapan.

Hani !

Tahulah sukakan Khusyairi tapi aku macam tak wujud tau ! Sibuk berjalan dengan Khusyairi.

Aku berhenti seketika bila Hani leka sangat bersembang dengan Khusyairi , badan aku dilanggar.

"Eh Naura , janganlah duduk tengah jalan. Aku nak jalan ni."

"Kau ajak aku holiday tapi sibuk berkepit dengan Khusyairi. Baik tak payah ajak aku."

Aku pusing dan berjalan masuk ke bilik hotel kembali. Aku tak ada selera nak makan. Benci !

Benci Ishan !

Silap ,

Benci semua.

Mission Of LoveWhere stories live. Discover now