Hari kedua di Pulau Pangkor.
Selesai bersarapan di hotel Ishan mengajak melakukan aktiviti di tengah laut.
Ishan menyewa bot selama 3 jam. Kami mula bersiar-siar di tengah laut. Pakcik yang mengendali bot menunjuk ke arah batu-batu yang kami lalu.
Banyak batu dengan pelbagai bentuk mereka sendiri. Ada yang menyerupai buaya. Setiap batu tersebut mempunyai kisah tersendiri.
Sampai disatu pulau kecil Ishan menyuruh pakcik itu berhenti. Kelihatan ramai yang sedang melakukan aktiviti snorkeling.
Rupanya Ishan mahu turut serta. Aku awal-awal sudah menolak ajakannya , kerana aku sememangnya tidak pandai berenang. Itu salah satu kelemahan yang ada dalam diri aku.
Disebabkan pulau kecil itu kelihatan ramai jadi aku sekadar duduk di atas bot. Mujurlah ada roof bot ni. Tak adalah aku berjemur.
"Nah roti."
Huluran Ishan. Aku sambut roti gardenia panjang itu.
Sempat lagi suruh aku makan.
"Tak laparlah."
"Bukan makan sayang. Bagi ikan."
Termalu sendiri pula.
Ishan masih menongkat dagu di tepi bot. Cair aku kalau macam ni.
Nak buang rasa berdebar aku campakkan sekali sekeping roti ke dalam laut.
Kemudian begitu banyak gerombolan ikan kecil yang datang.
"Wahhh ! Comelnya ikan ni !"
Aku mengeluarkan telefon dan mula menangkap beberapa keping gambar tak lepaskan peluang juga aku menangkap gambar Ishan.
Tepat !
Aku dapat tangkap gambar Ishan yang sedang memandang lensa kamera.
Pandang kamera ?!
Bila dia timbul ?
Bila dia pandang ?!
Kantoi Naura !
"Nak snap gambar aku tu cakap je la. "
Ishan merampas telefon di tangan aku. Kemudian dia berlalu ke tengau sedikit. Gambar aku turut di tangkap sama.
"Hey baby ! Tengok sini."
Kepala aku angkat dan senyum.
Kemudian Ishan menyerahkan kembali telefonku.
Aku sambung memberi ikan makan.
Ishan sudah jauh ke tengah.
You probably think that you're better now , better now.
Bunyi deringan telefon mematikan aktivitiku.
Satu nama tertera.
'Hani'
"Hello."
"Hai Naura sayang ! Kau kat mana tu ?"
"Aku bercuti dekat Pangkor ni. Kau buat apa je cuti ni ?"
"Best siot ! Kau dengan siapa ? Ishan ke ? Aku buat apa lagi tengah mengandungkan lemak lah !".
Aku tertawa.
Boleh pula mengandung lemak !
Macam tahu-tahu saja dengan siapa !
Ish Hani ni !
YOU ARE READING
Mission Of Love
RomanceHaina Naura seorang gadis yang tidak tahu apa itu cinta dan bagaimana rasanya bercinta. Akibat desakan dan pengaruh rakan-rakannya dia menjadi ingin tahu apa adanya dalam istilah 'cinta' itu. Tapi yang menjadi masalah bila dia tidak tahu bagaimana...