"Ajak Ishan."
Cadagan Hani memang tak boleh pakai !
"Alah , sebagai kawan. Dia tak kisahlah."
Hani memprovok aku. Haruskah aku ajak Ishan ?
Sudahlah kami baru berbaik. Tiba-tiba ajak ikut serta percutian 2 hari satu malam. Sebagai pasangan aku pula.
Nak ke Ishan ?
"Dah-dah jom kita tanya dia."
Serentak itu Hani menarik tangan aku menuju ke bilik Ishan.
Kemudian Hani mengetuk kuat pintu bilik Ishan. Serius memang kuat.
Bila tombol pintu di pulas dan dibuka Hani menolak aku masuk ke dalam dan dia berlari ke ruang tamu.
Haish ! Hani kau memang nak kena !
Ishan memandang aku. Kemudian kening diangkat. Aku hanya tersengeh dan berdiri di hadapannya.
Aduh waktu macam ni pula lah lidah ni mengkhianati aku.
"Kenapa?" Ishan bergerak duduk di katilnya aku pula menarik kerusi belajar dia dan menjatuhkan punggung disitu.
"Aku sebenarnya. Aku sebenarnya."
"Kau apa Naura ?"
"Em aku , sebenarnya macam ni la. Ak-akuu."
"You !"
Pintu yang dibuka dan dihempas kuat kembali oleh seseorang aku toleh
Hanafisya !
Sudah !
Mati aku !
Aku tak nak rambut aku yang cantik ni ditarik oleh dia lagi.
Pantas Hanafisya menghampiri aku.
Tangan diangkat dan dilayangkan aku penampar.
Bisa !
Sebelum sempat satu lagi penampar hinggap di mukaku. Tangan Hanafisya di halang oleh Ishan.
Ouh Ishan !
Kau lah penyelamat aku !
"Dahlah Fisya. Yang you datang nak marah-marah kenapa ?"
"You tanya I kenapa ? You tanya diri you tu dulu. You duduk berdua dalam bilik dengan perempuan ni. You tu tunang I tahu tak ?"
Aku hanya memerhati Hanafisya dan Ishan yang saling membalas pandangan.
Pipi yang di tampar aku usap
"You boleh tanya I elok-elokkan , bukan terus datang tampar anak dara orang. Bukan terus menuduh. Nampak sangat you tak percayakan I. You tak macam ni dulu."
Aku lihat Hanafisya sudah terdiam. Soalan Ishan tu pasti buat dia terkejut dan panik untuk jawab.
Padan muka kau !
"You boleh keluar."
Hanafisya tak sempat berkata apa-apa bila Ishan menarik tangannya dan menolak keluar dari bilik.
Ishan kemudian mengunci pintu
Huhu , berdua dengan Ishan dalam bilik.
"Sakit tak ?"
Tangan Ishan naik mengusap pipiku yang berbekas merah.
Aku angguk.
Ishan kemudian pandang tepat ke dalam mataku.
Dia berdehem kecil.
"Kau nak cakap apa tadi ?"
Aku rasa baik aku cakap terus aku tak nak adegan seperti tadi berulang.
Manalah tahu , Hanafisya tiba-tiba pecahkan pintu bilik ni guna tukul ke , gergaji ke. Naya aku.
"Aku nak ajak kau jadi partner aku."
Aku tunduk , aku pasti sekarang Ishan sedang merenung aku.
"Untuk apa pula kali ni Naura ? Boleh tak--"
"Tak ! Hujung minggu ni aku dan Hani nak pergi bercuti 2 hari 1malam. Dan aku tak ada partner. Sebab tu aku ajak kau. Mungkin sebab sebelum ni kita pernah jadi partner ? Tapi kalau kau tak nak takpe. Aku boleh ajak Khusyairi ke "
Sesak nafas aku. Panjang lebar penerangan yang aku beri.
"Pergi mana ?"
Terus aku angkat kepala. Ishan baru bersetuju nak jadi partner aku ke ?
"Langkawi"
Balas aku sepatah.
"Aku pergi."
Aku terus melonjak dan memeluk Ishan. Akibatnya aku dan Ishan dua-dua jatuh di atas katil.
Awwkward.
Muka aku elok di hidangkan dengan leher Ishan yang seksi.
Tak tahu apa yang merasuk pantas aku mencium leher Ishan.
Aku perasan dada Ishan berombak.
Kenapa dengan aku ni ?
Sebab aku rindu dia ke ?
Tapi sumpah , aku suka dengan keadaan kami sekarang ni.
Ishan pun tak menolak.
Tangan Ishan memegang tepi pinggangku. Kemudian dia dudukkan aku.
"Aku tak tahu apa yang dah jadi dengan aku. Tapi aku rasa aku suka bila dekat dengan kau. Macam aku dengan Hanafisya dulu."
Serentak Ishan membenamkan bibir dia dibibirku.
Perlahan Ishan menggerakkan bibirnya aku membuka sedikit mulut menjemput lidah Ishan masukk.
Ishan cakap dia suka dekat dengan aku ?
Macam dia dengan Hanafisya dulu ?
Dia cintakan aku ke ?
Dia keliru ?
Dan aku boleh dengar jantung Ishan mengepam laju.
Tangan aku naik melingkar di sekeliling leher Ishan. Ishan menarik aku semakin rapat. Tangan Ishan bermain di kancing bra aku dari luar.
Jauh Ishan memainkan peranan.
Dan aku tak rasa nak hentikan perlakuan Ishan terhadap aku.
Sebab aku suka !
Aku rindu !
"Ishan ".
Mungkin aku patut jujur sahaja yang aku masih cintakan dia.
Ishan masih tidak memberhentikan perlakuannya.
"Aku cintakan kau. Dari mula misi bodoh aku sampai sekarang. Aku tak boleh lupakan kau. "
Ishan yang sedang bermain di leher aku terus terhenti.
Aku sedar , aku salah langkah
Dan aku menyesal.
"Naura , ak-aku pun tak tahu kenapa dengan aku. Tapi aku suka dekat dengan kau. Aku tahu yang aku buat ni salah. Tapi ak-aku. Aku minta maaf. Im sorry."
Ishan melepaskan aku dan berlalu keluar dari biliknya meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga dan tidak dapat menangkap sebutir pun bicaranya.
Adakah Ishan baru menolak aku ?
Buat kali kedua ?
Dan tadi sebab nafsu semata-mata bukan cinta ?
Aku patut sedar dari awal.
Bodohnya kau Naura.
Hiiiii ! Sorry lama tak update. And sorry sebab bab kalini pendek. Esok lusa saya kasi yang panjang ! Terima kasih yang masih stay baca cerita saya ! I love you.
Thanks untuk #6romance #9romance #12romance. Hargai sangat ! Terharu !❤.
YOU ARE READING
Mission Of Love
RomanceHaina Naura seorang gadis yang tidak tahu apa itu cinta dan bagaimana rasanya bercinta. Akibat desakan dan pengaruh rakan-rakannya dia menjadi ingin tahu apa adanya dalam istilah 'cinta' itu. Tapi yang menjadi masalah bila dia tidak tahu bagaimana...