"NOH, pok cik.Time kaseh." Kata Syukri kepada pemandu teksi tersebut.
Ema, Mun dan Syukri melangkah kaki mencari sebuah tempat untuk mereka tinggal sementara mereka berada di negeri itu.
"Haaa... ni la taman yang aku cakap tu! Ada resort kat sebelah sana." Kata Mun.
Sebuah taman tasik yang menjadi
tempat untuk anak-anak muda berkumpul juga tempat riadah pada petang hari. Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan dalam sebuah taman yang sederhana besar itu.Taman Tasik Sinar Alam Maya nama dia.
Mereka bertiga terus menuju ke ruang resepsi tempat penginapan di Resort Sri Sentosa. Mereka menempah dua buah chalet yang terdapat di situ.
Ema dan Mun menginap di chalet Kenanga manakala Syukri di chalet Cempaka iaitu di sebelah sahaja.
"Ngape bior semok... ngape?! Ngape bior semok... ngape?! Tanoh sekakang kere... Ngape bior semok?" Syukri menyanyi sambil membelek perakam videonya.
"Bisinglah kau ni!" kata Ema.
"Tau engka ni... Kala sore sedak takpe gok." Kata Mun pula. "Menggangu ketenteraman awam."
"Biarlah. Aku nok hepi-hepi sket pon tokleh." Kata Syukri.
"Happy lah sangat." Kata Ema. "Eh, kau tahu tak resort ni berantu. Lebih kurang macam kampung yang kita pergi tu la."
"Ehhh... ka senyak! Tak payah nak mengungkit cerita seram tu. Mulut kau celupo nok mampuih!" kata Syukri beria-ia. "Aku tidur sorang malam ni ek... molek sikit cakak tu."
"Uu... Syukri penakut!" ejek Ema.
"Betul dah apa yang Syukri cakap tu. Tempat ni keras. Aku dah review komen orang-orang yang dah bermalam kat resort ni." Mun menyampuk.
"Dahlah, tak payah cerita, aku tak mboh dengo..." Syukri menutup telinga. Lantas dia bangun lalu menghirup udara segar. "Eh, korang tak nak pergi berkayok ke?"
"Tak nak! Aku takut tengok air dalam-dalam tu, rasa nok terjun." Kata Ema.
"Tulah, kecik-kecik tak nok belajo berenang." Syukri berjalan menuju ke tasik.
"Weh, sabarlah! Kita lepak kat sana sekejap, aku tak upload apa-apa gambo lagi ni." Mun menunjuk ke arah sebuah patung burung ke angsa tak tahulah.
Kelihatan beberapa pengunjung sedang berjoging di atas trek batu bata merah yang mengeliling tasik tersebut.
Ramai juga pengunjung pada petang itu. Kemudian mereka bergambar di atas binaan patung burung angsa. Terdapat juga air pancuran di situ. "Here we are!"
Ema dan Mun duduk di atas tempat duduk batu yang berdekatan dengan binaan burung angsa tadi. Mereka tak habis-habis berselfie. Gambar-gambar sekitar taman turut diambil sebagai kenangan. Bukti yang mereka pernah berada di situ.
"Weh, aku pergi sana sekejap." Syukri berjalan menuju ke tasik. Terdapat pelbagai kemudahan alat senaman untuk pengunjung disediakan. Menara gading tujuh tingkat tegap berdiri mengadap tasik.
Seperti biasa, Syukri masih dengan perakam videonya. Dia menuju ke jeti tempat untuk berkanu. 'Rasa nak try pulok, rugilah dah datang sini tapi tak cube!'
Jaket keselamatan berwarna oren disarungkan ke tubuh. "Jangan pergi jauh sangat." Kata Pak cik pengawal yang menjaga jeti tersebut.
"Rugi korang tak cuba wehh..." kata Syukri yang sangat-sangat teruja. Sambil berkayak dia merakam dengan alat perakam.
Kelihatan beberapa pasangan sedang menaiki itik sedang berkayuh tidak jauh darinya.
Sedang berkayak, Syukri tertarik dengan sekawan burung yang sedang terbang dalam formasi yang sangat menarik. "Rugi kalau tak dapat record ni..." kerana terlalu asyik merakam, dia tidak sedar yang dia sudah sampai ke tengah tasik.
Jauh dari mereka yang lain.
Syukri mendongak melihat kawanan burung itu terbang di atasnya. Tiba-tiba sekawan burung tadi hilang sebaik sahaja ia melintas kawasan tersebut.
"Eh!" Syukri agak pelik. "Mana dorang dah hilang?" tergopoh-gapah dia mencari ke mana hilangnya kawanan burung-burung tadi.
Disebabkan ketidakseimbangan, Syukri terjatuh dari kanu tersebut.
Sementara itu, Ema dan Mun berjalan di dalam kawasan Taman Tasik yang luas itu. Pengunjung kanak-kanak teruja melihat pemain buih meniup belon di udara.
Ada yang berbasikal, bermain kasut roda tak kurang juga anak muda bermain dengan papan selaju di gelanggang yang disediakan. Ada juga beberapa buah keluarga berkelah di kawasan rumput berdekatan tasik.
Sedang leka menikmati suasana petang di taman itu, mereka tidak sedar akan kehilangan seorang dari rakan mereka.
"Kalau hari-hari dapat duduk macam ni kan best... lepak tak ingat dunia." Ema gelak. Mereka duduk di satu sudut trek joging melihat beberapa pengunjung melakukan riadah.
"Jom pergi sana." Mun menarik lengan Ema menuju ke tepi tasik. Mereka berjalan di trek joging yang membawa mereka ke tepi tasik tersebut.
Terdapat satu pelantar simen untuk pengunjung berdiri di situ sambil melihat keindahan tasik tersebut.
"Uihhh... seram la aku tengok air ni." Ema memaut penghadang besi dengan kuat. Dia merenung ke dalam air tasik di bawah kakinya.
Jarak antara pelantar itu amatlah dekat sehingga air tasik itu boleh disentuh dengan tangan sendiri.
"Mana Syuk? Tak nampak pun, kate nok berkayok." Mun perasan yang tak ada satu hidupan pun bermain di atas air tersebut.
Kosong saja... hanya permukaan tasik yang sedikit bergelora ditiup angin.
"Dia pergi tempat lain kot." Jawab Ema. "Ehh... jomlah, ketor kaki aku berdiri kat sini." Dia berjalan mendahului Mun yang masih melihat ke arah tasik.
Ketika Mun ingin bergerak pergi, dia terlihat sekawan burung terbang di atas tasik tersebut. Agak pelik!
Kemudian kelihatan kocakkan air di tengah tasik. Mende ape pulok tu? Mm... mungkin ikan tok pon hidupan air hok lain, macam Aquaman...
Lantok gi ah!
YOU ARE READING
Taman Tasik [C]
ParanormalMasih ingat Ema, Mun dan Syukri? Tiga sahabat insta famous - menjelajah tempat pelik anda! Kali ini, mereka singgah di sebuah resort untuk penginapan sepanjang mereka menjelajah kawasan berdekatan di daerah itu. Berdekatan pula dengan sebuah taman...