Bab 3 : Konspirasi Teori

49 7 0
                                    

SEORANG pegawai polis membawa fail laporan yang sudah lusuh ke kaunter. Tertulis di situ 'Laporan Kes Kehilangan Di Taman Tasik'. Helaian dibuka satu per satu.

"Tengok ni. Laporan mengenai kehilangan ni doh dilaporkan sepuluh tahun hok lepaih. Hari ni genap sepuluh tahun. Syukri Ibrahim, salah seorang dari mangsa kehilangan yang ke-tiga belas kat taman tasik yang aokmer cari tu. Yang lain tu pun masih tak dijumpai." Kata Pegawai polis itu.

"Mustahil la Encik, kawan saya tu hilang baru semalam. Buktinya... kejap." Ema mengeluarkan telefon untuk menunjukkan gambar yang diambil oleh mereka bertarikh semalam.

"Bakpe?" soal Mun setelah melihat wajah Ema yang cemas.

"Gambo yang kita ambil tu dah tak ada." Jawab Ema. Ah sudoh!

"Koi ase aokmer ngiga nih." Kata pegawai polis itu sambil menggelengkan kepala. 'Doh kene prank ke ape ni? Budok-budok nih bukan bleh caye...'

Tak lama kemudian datang seorang pegawai polis yang lain membawa kotak berwarna coklat. "Ni barang-barang yang kami jumpa sepanjang kejadian tu. Tak ada seorang pun yang tuntut sampai la hari ni."

Ema dan Mun melihat ke dalam kotak tersebut. Banyak juga barang-barang yang ada kat dalam tu. 'Eh, alat perakam Syuk!'

"Alat perakam tu doh tok molek. Ada orang jumpa kat tepi tasik." Kata pegawai polis itu setelah melihat Mun mengambilnya.

"Boleh tak kitorang ambil alat perakam ni?" tanya Mun pula. Setelah mendapat kebenaran dari pegawai polis itu, mereka kembali ke Resort Sri Sentosa.

Ema membelek-belek alat perakam Syukri, ia memang tak berfungsi. Kemudian dia sengaja menyambungkan pengecas ke alat perakam itu.

Kelihatan simbol kilat di skrin alat perakam itu. "Boh, molek je ni haa!" teriak Ema. Mun datang menempel. Mereka menyelongkar apa yang ada di dalam alat perakam tersebut.

"Video ni tarikh semalam." Mereka berdua melihat kembali rakaman yang dibuat Syukri sebelum kehilangannya.

"Jadi betullah dia hilang kat tasik... tapi dia hilang kat mana?" soal Ema.

"Dia hilang kat tasik, ka doh kabo tadi kan..." kata Mun.

"Eh, ek? 13 orang hilang kat tempat yang sama. Hmm... macam konspirasi hilang kat laut segi tiga Bermuda tu, pernoh dengo?" Ema membuat andaian.

"Pernah. Tapi tu cuma misteri buatan manusia yang selok sangat dengan makhluk asing." Jawab Mun cepat-cepat. "Jap." Lantas dia mengeluarkan telefonnya untuk menggoogle sesuatu. "Misteri kehilangan..." sambil dia menaip.

"Cuba buka yang tu." Kata Ema. "Meh sini ar!" dia mengambil telefon di tangan Mun setelah Mun tidak mengendahkannya. Satu per satu artikel dibuka

"Haa... tengok ni." Ema bersuara setelah agak lama meneliti bahan-bahan di dalam internet itu.

'Sebelum  saya  hilang,  saya  ada  nampak  sekawan  burung  sedang  terbang  dalam  fomasi  yang  sangat  menarik.  Melihat  kejadian  itu  membuatkan  saya  tertarik  dan  terleka.  Burung-burung  itu  muncul  entah  dari  mana  kemudian  ia  hilang.  Kemudian  satu  cahaya  kelihatan  di  atas  membuatkan  kepala  saya  terasa  pening  dan  pandangan  saya  mula  berpinar  menyebabkan  saya  terjatuh  ke  dalam  tasik  tersebut.  Apabila  saya  sedar  yang  saya  berada  di  bawah  air,  saya  cuba  naik  ke  atas  dengan  sedaya  upaya  saya.  Sebaik  sahaja  saya  berjaya  menimbulkan  diri,  saya  masih  berada  di  tempat  yang  sama  dalam  keadaan  yang  berbeza.  Saya  terperangkap..

Taman Tasik [C]Where stories live. Discover now