Bab 2 : Hilang

43 7 2
                                    

"TADOK pon. Aku dah pergi kat bilik dia, tak ada orang." Ema masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu tersebut.

"Mane pulok dia merayak. Tak reti nak balik ke?" bebel Mun. 'Hari dah malam pun tak reti nak balik. Dari petang tadi lagi tak nampak-nampak kelibat Syukri. Benda apa yang dah sorok dia agoknye?' bebel Mun dalam hati.

"Pandai la dia tu. Selok sangat!" kata Ema pula. "Weh, aku laparlah! Jom makan."

Mereka berdua menuju ke ruang resepsi. Sebuah kafeteria yang sederhana besar dimasuki mereka. Setelah selesai makan, mereka menuju ke sebuah papan info tidak jauh dari situ.

Kelihatan beberapa keping kertas A4 bertampal menunjukkan beberapa gambar orang yang hilang. "Gila! Ramai jugak." Kata Ema.

"Tengok ni, nama Syukri pun ada." Kata Mun lalu menunjukkan kepingan gambar tersebut.

"Orang nama Syukri memang selalu hilang." Kata Ema selamba. Jika dilihat, gambar tersebut memang ada gaya muka Syukri tapi macam tak berapa jelas. Sebab gambar tu kabur, macam dah lama sangat bertampal di situ.

"Mereka semua hilang masa tengah berkayok kat tasik tu." Kedengaran suara seorang pak cik yang nak kata tua sangat tak adalahlah tua sangat, nak kata muda pun tak juga. "Pak cik Razok." Pak cik itu memperkenalkan dirinya.

Mereka duduk di kerusi luar. Malam itu angin agak sejuk menyapa tubuh. Kelihatan taman itu sangat cantik dengan lampu berwarna-warni. Macam raya pula rasa!

"Dah lama ke pak cik jadi pengawal kat jeti tu?" soal Ema.

"Dah lama, bertahun-tahun yang lepaih. Sekarang ni tasik tu dah ditutup, pengunjung dah tak dibenarkan berkayok kat tasik tu lagi." Cerita Pak cik Razok.

Ditutup?

"Ha? Betul-betullah Pak cik..." Mun tidak percaya. Begitu juga dengan Ema.

"Lepaih pengunjung ke 13 hilang, apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan tasik dah tak dijalankan. Sampai sekarang mereka yang hilang tu tak dijumpai... pihak berkuasa serta orang ramei pun bengong dengan kehilangan misteri tu." Kata Pak cik Razok.

Mereka kembali ke chalet setelah mendapat kesempatan berborak dengan Pak cik Razok, bekas pengawal jeti.

Sekarang pak cik tu dah jadi pengawal taman, lebih kurang macam pemantau/jaga la. Dia yang menjaga orang awam yang mengunjugi taman itu.

"Kau rasa betul ke apa yang Pak cik Razok tu cakak?" soal Mun.

"Entah la, betul la kot. Dia kata dia pengawal kat sini kan..." jawab Ema. "Eh, kau perasan tak gambar yang bertampei kat papan info tadi?" dia yang berbaring terus terduduk memandang Mun yang sedang membelek telefon di sebelah.

"Gambo mende?"

"Gambo yang nama Syukri tu... kalau kau tengok betul-betul sebijik  macam muka Syuk." Ema beria-ria.

"Kebetulan je tu... muka dia memang banyok orang pakei." Mun ketawa selamba.

"Aku betul-betul ni kau maen-maen pulok." Ema menolak lengan Mun.

"Yang kau risau sangat ni bakpe? Ada la tu dia gi mane-mane..." kata Mun. "Aku ngantuk ar." Dia mengiring membelakangi Ema yang masih duduk tercongok di sebelahnya.

Podah! Boleh pulak dia nak tidur dalam situasi cemas ni... haih la... Ema keluar dari bilik Kenanga, menuju ke bilik Cempaka.

Pintu diketuk berulang kali tetapi tiada respon dari dalam. Dah malam ni, Syuk wehh... buat hal sangat

Berkali juga Ema cuba membuat panggilan ke telefon Syuk, setiap kali itu juga kedengaran suara akak operator yang bercakap.

Ema menuju ke ruang resepsi lalu menuju ke kaunter. "Akakada kunci pendua tak untuk bilik Cempaka? Kawan saya yang duduk kat bilik tu dia tak balik-balik lagi."

"Sekejap, ye." Kata Akak kaunter itu. Buku pendaftaran dibelek-belek. "Chalet tu tak ada orang duduk. Tak ada pendaftaran untuk chalet Cempaka tu."

"Haaa... Akak! Biar betik akak... kitorang daftar bilik tu hari ni, baru petang tadi." Ema berasa pelik.

"Maaf, dik. Tak ada catatan kat buku rekod ni." Kata Akak kaunter itu. Kemudian dia melihat kunci-kunci bilik yang bergantungan di dalam almari kaca. Hanya ada satu kunci untuk chalet nombor 13 iaitu chalet Cempaka. Hmm... pelik

Ema melihat lagi akak kaunter itu. Macam ada yang tak kena je... entah kenapa dia menuju ke kafeteria.

Kertas-kertas A4 yang bertampal di situ diambil. Kemudian dia kembali ke chalet Kenanga. Ketika hendak masuk ke dalam, dia terlihat lampu di chalet Cempaka menyala.

Kerutan jelas di dahi. Ema yang agak berani itu, mendekati bilik tersebut. Pintu bilik itu terbuka luas.

"Syuk?" tegurnya. "Mana kau? Jangan main-main wehh... dah malam ni..." tapi tiada respon. Ema menutup lampu bilik itu.

Ketika hendak keluar, lampu di bilik itu menyala kemudian terpadam. Kejadian itu berlaku berulang kali. 'Ah sudoh... hantu!!'

Ema tergesa-gesa berlari ke muka pintu. Semasa berpaling, dia terasa bahunya seperti berlanggar dengan sesuatu. Lagilah dia rasa cuak!

Cepat-cepat Ema masuk ke dalam chalet Kenanga lalu menutup pintu itu rapat-rapat dan dikunci. Kertas A4 tadi dibuka dan disusun bersebelahan.

Lama Ema merenung gambar yang bernama Syukri itu. Gaya posing dan gambar yang dipamerkan mengingatkannya kepada gambar yang diambil mereka petang tadi.

Sebijik weh! Gambar yang dekat burung angsa tu.

Takkanlah Syuk kot? Gambar ni dah bertampal bertahun-tahun, doh burok doh! Syuk baru je hilang petang tadi. Aduh, apa ni? Pening ah! Ema serabut kepala memikirkan kejadian itu.

TUK! TUK!

Tiba-tiba kedengaran bunyi ketukan di tingkap kayu yang mengadap tasik. Ema tersentak. Tidak lama kemudian, kedengaran pula tombol pintu bilik dipulas berkali-kali.

'Fuh! Seb baek ar aku kunci.' Ema menghela nafas lega.

Bunyi pula ketukan di pintu, agak kuat jugalah. Bunyi itu seperti seseorang sedang dalam kesusahan seperti terdesak sangat nak suruh orang kat dalam bilik itu membukanya.

Ema cuak gila. Memang betul chalet ni berantu! Sebijik macam review yang pernah dia baca mengenai aktiviti paranormal di situ.

Dia melihat Mun yang sudah tidur mati, langsung tak sedarkan diri. Ema berselubung di dalam selimut dengan keadaan yang menggeletar ketakutan.

Bukan selalu dia rasa jantung seperti nak terkeluar macam tu, biasanya ia berlaku ketika di zaman persekolahan apabila cikgu suruh buat pembentangan kat depan kelas.

Dan juga ditegur crush! 😆

Taman Tasik [C]Where stories live. Discover now