Bab 7 : Pengakhiran Sebuah Persoalan

34 6 6
                                    

Ema, Mun dan Syukri berkumpul di luar bilik. Malam tiada bintang. Kalaulah kau orang dapat rasa bagaimana perasaan yang pelik dan ganjil berada tempat asing, dalam dunia lain. Menakutkan, berdebar cemas atau mungkin teruja ingin tahu.

"Pelik ar weh, tempat ni ada kembar. Kembar kat dimensi lain." Kata Mun.

"Kau yakin ke tempat ni wujud, atau ada benda yang buat kita nampak tempat ni?" soal Syukri pula.

Mereka berpeluk tubuh memandang sesama sendiri.

"Seram pulak rasa." Mun memandang sekeliling. Tempat yang sama. Kelihatan sangat nyata. Pandangan beralih ke arah kafeteria, kelihatan beberapa orang keluar masuk.

"Jadi kau percaya tak dengan konspirasi teori tu?" soal Ema. Mun mengangkat bahu sambil mencebik mulut.

"Pak cik Rashed ke yang selamatkan korang?" soal Syukri. Dia masih tertanya-tanya bagaimana mereka boleh berada di situ.

"Siapa Pak cik Rashed?" tanya Mun pula.

"Pak cik pengawal jeti."

"Oh, Pak cik Razok la. Dia dah tak jadi pengawal jeti dah, dia jadi jaga kat sini." Jawab Ema. Mun menganguk.

Syukri menggaru sisi kepalanya. Pak cik Razok ke Pak cik Rashed? "Ah, lantok ar! Eh, cuma Pak cik tu je tau yang tegur aku. Dia cakap aku dah mati."

"Ya. Kau hilang sepuluh tahun lepas, ada dalam rekod polis." Syukri teringatkan sesuatu, lalu dia mengeluarkan sekeping lipatan surat khabar dari poket seluarnya. Lipatan itu dibuka. Dia kelihatan cemas.

Ema merampas kertas tersebut. Terbuntang matanya apabila terdapat gambar mereka berdua terpampang di atas kertas itu. "Hah, kitorang pun dah mati."

"Ini tak boleh jadi ni. Kita keluar dari sini esok, ingat Mun kita buat macam mana kita masuk kat tempat ni." Kata Ema memandang Mun. Mun pula mengangguk kepala tanda setuju.

Pada hari esoknya, mereka menunggu di tepi tasik. Menunggu masa yang tepat untuk mereka ke tengah tasik itu. Setelah masa yang ditunggu itu tiba, mereka bertiga segera masuk ke dalam kanu lalu bergerak ke tengah tasik.

Semasa sedang mendayung, Syukri terpandang kelibat Amira. "Weh, pusing balik!" arah Syukri lalu cuba menukar haluan.

"Syuk! Apa kau buat ni?" marah Ema.

"Aku nampak Amira. Mesti dia pun nak keluar dari sini." Beria-ia Syukri mendayung ke arah lain.

"Weh, kita dah tak ada masa la nak pusing balik!" Ema mendayung melawan arah. Membalas kembali dayungan Syukri tadi. Begitu juga dengan Mun.

Sedang mereka bertelagah di atas air itu, kanu tersebut hilang keseimbangan. Lalu mereka terjatuh ke dalam air tersebut. Pandangan langsung menjadi kabur di saat mereka tenggelam.

Mata yang terpejam rapat, terbuka luas. Nafas dalam disedut. Walaupun matanya sudah luas terbuka, namun apa yang dilihat cuma kegelapan.

Syukri meraba-raba sekeliling. Keadaan seperti dia berada di dalam bilik. Lantas dia mencari suis lampu. Huh! Nafas lega dihembus. Pandangan yang berbalam tadi terlihat jelas, dia masih berada di dalam bilik yang sama.

Taman Tasik [C]Where stories live. Discover now