Bab 5 : Sama Tapi Tak Serupa

37 7 4
                                    

EMA memandang Pak cik Razok agar rancangannya tidak dihalang pengawal tua itu.

Pak cik Razok berkira-kira. Dia sebenarnya tidak percaya dengan apa yang dikatakan mereka itu. 'Pintu masuk ke dimensi lain? Banyok layan sci-fi bebudok nih...'

Akhirnya mereka dapat menarik nafas lega kerana mendapat persetujuan dari lelaki itu. Perasaan berdebar-debar pula mengelubungi. Pergi ke dunia lain? Benda apakah...

Seperti yang dirancang, tepat jam 6 petang Ema dan Mun bersedia di atas jeti. Jaket keselamatan sudah melekap di tubuh masing-masing.

Ema merenung air tasik. Uuu... inilah perkara yang paling menakutkannya, melihat kedalaman air itu membuatkan dia rasa gayat.

Mereka sudah pun berada di dalam kanu. "Pak cik tak bertanggungjawab dalam hal ni." Kata Pak cik Razok sambil tersenyum.

Ema dan Mun mula berkayak. "kau betul-betul ke ni?" tanya Mun yang duduk di bahagian belakang.

"Arghh! Aku takut air ni. Apa ada kat dalam ni, aku tak tahu..." Ema merengek.

"Pernah dengo Lagenda Tasik Chini? Ada naga kat dalam tasik tu." Mun berkata perlahan. Nadanya seperti sengaja mahu menakutkan sahabatnya itu.

"Diam ar, bongok!" marah Ema yang sudah pucat lesi wajahnya. Terketar-ketar nak mendayung.

"Tengok!" Mun menunjukkan sekawan burung yang tiba-tiba muncul. Terbang dalam formasi yang sangat menarik jika dilihat betul-betul dari bawah ini. Betul-betul di tengah tasik.

Ema melihat jam di tangan, sudah menunjukkan hampir 6.15 petang. Dan... jarum jam berhenti bergerak.

Tak lama kemudian terasa seperti tarikan graviti yang sangat kuat menyebabkan ketidakseimbangan. Bunyi dengung membuatkan kepala jadi pening.

Ema dan Mun terjatuh ke dalam air. Apa yang mereka nampak pada waktu itu hanya cahaya yang cerah di saat mereka tenggelam.

****

Syukri tersentak. Dia sudah terjaga dari lena yang panjang. Atau dia yang tak sedarkan diri? Perlahan-lahan dia membuka mata, kelihatan gelap di sekeliling hanya samar-samar cahaya dari tingkap kayu yang tidak bertutup.

Angin yang menderu masuk terasa sejuk. Cepat-cepat dia menutup tingkap tersebut, suis lampu dipetik. Dia duduk di atas katil memandang ke satu sudut. Kepalanya masih terasa berat.

"Aduh! Mesti dah lama sangat aku tetido ni..." dia menyangka dia sudah tertidur sehingga malam di dalam chalet itu.

'Ema dengan Mun tak kejut aku ke? Kuang ajo!' Entah kenapa dia rasa pelik lalu cuba mengingat apa yang berlaku.

'Petang tu lepak kat taman ngan Ema ngan Mun, pastu aku gi berkayok kat tasik tu. Pastu apa jadi ek?'

'Oh! Aku tetibe terjatuh dalam tasik.'

"Anak tak apa-apa ke?" suara seorang lelaki menerjah telinga di saat pandangannya kabur.

Perlahan Syukri membuka kelopak matanya. 'Oh, pak cik pengawal jeti tu rupanya' Dia perasan orang di sekeliling sedang memandangnya yang terbaring di tepi tasik.

Taman Tasik [C]Where stories live. Discover now