MUN berjalan di sekitar tasik. Fikirannya tak henti-henti memikirkan misteri apakah yang sedang berlaku sekarang ni
Huh! Dia mengeluh. "SYUKK!!" teriak Mun dengan tiba-tiba. Dia yakin ini semua tipu helah, takkan yang dalam kertas A4 tu betul-betul Syuk? 'Tapi pihak polis dah mengesahkannya, yang lelaki tu bernama Syukri Ibrahim. Aduh!! Serabuk ah!'
Dia tak sedar yang dia sudah berjalan jauh mengeliling tasik tersebut. Kemudian dia terpandang ke tengah tasik, kelihatan burung-burung terbang dalam formasi yang sama seperti semalam. Entah dari mana, tiba-tiba muncul.
Dia melihat jam di tangan kanannya untuk melihat waktu apakah sekarang. Tetapi jarum jam tersebut bergerak setempat.'Ah, bateri abeh doh ke?' Mun mengetuk-ngetuk cermin jam tersebut.
"Haihh... time-time ni lah kau nak mampus." Dia menggeleng kepala.
Tiba-tiba kedengaran bunyi riuh di tasik. Seperti orang ramai sedang bersuka ria bermain. Mun mengangkat kepala, kelihatan beberapa pengunjung sedang membuat aktiviti di atas tasik tersebut.
Ada yang berkayak, naik itik kayuh seperti tak ada apa-apa masalah yang berlaku. 'Aik? Mana datang semua orang nih? Tadi tak ada.'
Mun yang sedang berdiri di tengah-tengah trek joging, berpaling apabila mendengar suara lelaki sedang menghampiri. Kelihatan dua orang lelaki dengan pakaian sukan sedang berlari beriringan menuju ke arahnya.
Betul-betul menuju ke arahnya! Laju kemain.'Die tok nampok ke aku diri kat sini?' Mun cuak apabila lelaki yang berlari tadi merempuhnya.
Mun terasa rempuhan itu, lalu terjatuh terlentang tidak sedarkan diri.
"Mun! Woi, bangun ah!" Ema menampar muka Mun. "Wat mende tido kat sini?"
Mun mendengar suara Ema yang samar-samar.Perlahan-lahan dia membuka mata. Lantas dia duduk sambil memandang ke kiri dan kanan.
Ema mengerut dahi. Dia pelik dengan kelakukan cemas Mun itu.'Pahal pulok?'
Tak lama kemudian dua orang lelaki dengan pakaian sukan datang. "Eh, apehei?nAde ape-ape masaloh ke?" tegur salah seorangnya.
"Eh, tak ada apa kawan saya..." kata-kata Ema terbantut apabila Mun bersuara.
"Hah! Dorang yang langgor aku. Selambe badok die blah!" teriak Mun.
Kelihatan dua lelaki itu terpinga-pinga. Mereka baru saja sampai, takkanlah...
"Wehhh... apa yang kau cakap ni wehh? Dorang ni ha baru je sampai, ka ngiga ork?" kata Ema menampar-nampar muka Mun.
"Weh, betul aku tak tipu. Dorang langgar aku lepas tu buat-buat tak tahu." Mun sungguh-sungguh.
Dia melihat dua lelaki itu beredar dengan memandang pelik ke arahnya. "Sewel."
"Tolonglah percaya kat aku... aku cakap betul ni. Hah! Kau tau, tadi tasik ni penuh dengan orang tak macam kau tengok sekarang ni... aku siyes nih! Aku tak tipu, aku cakap betul ni!" Mun seperti kerasukan.
"Semua tu nampak betul, orang yang sama, tempat yang sama... macam vision dari dunia lain."
Di chalet, Ema kusyuk mendengar Mun membebel. Kedengaran macam pelik, tak masuk akal. Tapi dalam cerita ni memang tak masuk akal pun!
"Mende tok jadi kat ka, memang la ka kabo merepek." Kata Mun lagi.
"Wehh, sabar-sabar! Aku tak kabo mende-mende pun." Marah Ema. Dia memicit kepala yang terasa berat.
'Syuk hilang! Mun nampak bayangan! Aku? Aku rase Syuk tak ke mana-mana dia ada kat sini kat dalam taman ni. Dia tak pergi mana-mana pun, sebab aku dapat rasa kehadirannya.'
'Minyok wangi muroh yang Syuk sokmo pakai, aku ada terbau setiap kali aku lalu kat depan chalet Cempaka.'
'Seram douhh!'
Mun membawa Ema ke tempat di mana dia mendapat bayangan tadi. Betul-betul di tengah-tengah trek joging tersebut. Dia menceritakan apa yang dia nampak dan dengar.
Mun menunjukkan jam di tangan. "Tadi jam ni mati. Jarum dia duk gedik-gedik kat situ je." Dia bergerak lagi di kawasan berdekatan seperti mencari-cari punca jam tangannya terhenti tadi. Mungkin ada medan magnet yang kuat kat sini
Ema juga turut memandang sekeliling dari tempat dia berdiri. Tak ada apa-apa yang pelik, cuma kedengaran seperti bunyi nyaring di telinga.
Jika difocuskan, macam suara halus dalam frekuensi yang tinggi. Bunyi itu kedengaran seperti bergerak di dalam sebuah pusingan. Bunyi itu bergerak di sekeliling seolah-olah ia berada di situ. *kalau nak tahu bunyi tu bergerak macam mana, sila cari kat utube '8 dimention music' pastikan korang pakai earphones*
Ema memandang sekeliling, mencari petunjuk. "Kuncinya ada kat taman ni, tapi aku tak tahu apa dia."
Mun mendekati Ema. "Aku rasa tasik tu." Dia menunjuk ke tengah tasik. "Aku sokmo nampak ada burung terbang kat situ. Tapi tak tahu dari mana muncul."
"Biasa kau nampak time bila?" Ema melihat ke tengah tasik.
"Time jarum jam aku berhenti. Dalam 6 suku, area tu la." Jawab Mun. "Lepas tu aku nampak bayangan pasal taman ni, macam yang aku cerita tu la."
Mereka duduk di atas bangku simen berdekatan dengan patung binaan burung angsa. Ema memandang patung binaan yang mengadap ke arah tasik itu, ada sesuatu yang pelik.
'Kenapa binaan ni menghala ke tasik? Oh, ni kan angsa. Angsakan main air, suka main atas air, podah! Teori takleh pakei.'
Ema memanjat patung angsa itu sehingga dapat menyentuh kepala angsa tersebut. Dia mula melihat pemandangan dari atas angsa itu. Dari atas kelihatan lantai taman yang petak-petak merah bercorak timbul bunga mawar.
Terdapat satu garis lurus yang samar-samar menghala ke tasik terhasil dari kepala burung angsa tersebut. Ianya cahaya dari matahari! Mahkota yang terdapat di atas kepala angsa itu yang membuatkan satu garis cahaya melalui satu lubang permata di tengah mahkota.
Dia melihat jam sudah menunjukkan sudah hampir ke pukul 6.40 lebih kurang. Matahari sudah mulai turun di kaki langit. Mungkin apabila matahari sejajar dengan lubang permata ini maka akan terhasillah cahaya yang terang menghala ke tengah tasik.
Dia teringatkan artikel dari lelaki misteri mengenai satu cahaya terang, cahaya terang tu matahari!
Dia memandang sekeliling taman. Baru dia perasan mengenai seni binaan yang mungkin orang tak ambil kisah, tujuan dan kenapa ia dibina. 'Arkitek mana yang membina taman ni? Mesti dia seorang yang menyeramkan.'
"Ehh... ape aok buat kat ateh tu?" tegur Pak cik Razok yang sedang meronda kawasan taman.
Ema tersentak, dia berdiam seketika. Tergesa-gesa dia turun. "Pak cik, saya dah tahu punca mereka hilang!"
YOU ARE READING
Taman Tasik [C]
ParanormalMasih ingat Ema, Mun dan Syukri? Tiga sahabat insta famous - menjelajah tempat pelik anda! Kali ini, mereka singgah di sebuah resort untuk penginapan sepanjang mereka menjelajah kawasan berdekatan di daerah itu. Berdekatan pula dengan sebuah taman...