Bab 6 : Jalan Keluar

40 7 4
                                    

SYUKRI ke hulu ke hilir di luar chalet. Dia bingung dengan keadaan di sini, yang tiba-tiba berubah secara drastik.

Hari sudah pagi tapi jam di tangan kekal menunjukkan jam 6.15 dengan jarum jam yang sedikit bergerak-gerak tetapi tidak pernah melepasi nombor 12. Entah bila jam itu mati dia pun tak sedar.

Dia berjalan mengelilingi tasik melalui trek batu bata merah tempat orang berjoging. Diamatinya suasana tersebut, weird! Itu sahaja yang bisa digambarkan.

Kelihatan orang yang sama yang sering berkunjung di situ setiap hari. Dia ingat lagi wajah-wajah yang ada di sekitar sebelum dia sedar di bilik yang gelap sambil tertanya-tanya apa yang berlaku?

Tidak jauh dari situ, kelihatan seorang perempuan seperti pernah dilihat. Keratan surat khabar yang di simpan di dalam poket seluarnya dikeluarkan. Sebijik!

"Amira Halim?" Syuri menegur perempuan berkenaan yang sedang berdiri di pelantar melihat ke arah tasik.

"Ya, why? Kenal ke?" balasnya.

"Syukri. Kita tak kenal tapi... ah, abaikan! Awak memang asal sini ke?" soal Syukri.

"Ha'ah." Jawab Amira. "Saya datang sini dengan kawan sayasaja nak bercuti. Tapi saya tak ingat berapa hari saya ada kat sini. Dorang pulak tak tahu ke mana."

"Oh, ada mende pelik jadi kat awak ke?"

"Entah, saya tak ingat. Pak cik tu cakap ada orang selamatkan saya kat tengoh tasik masa saya berkayok."

"Sama." Syukri menunjukkan artikel dari keratan akhbar. "Awak dah mati, sama macam saya."

Amira memandang sipi. "Mungkin kat sini kita dah mati."

"Kenapa awak cakap macam tu?"

"Saya rasa saya terperangkap kat dalam ni. Takleh gi mane-mane. Saya dah cuba keluar dari taman ni. Saya cari rumah saya, kawasan rumah yang saya duduk tu ada tapi alamat rumah saya tak ada. Dorang kata alamat tu tak wujud. Puas saya cari, tak jumpa. Saya cari kawan-kawan saya, ada. Tapi dorang tak kenal pun saya. Jadi saya balik semula kat taman ni.

Saya nampak orang yang sama tiap-tiap hari sepanjang saya duduk kat sini. Tapi tak ada sorang pun yang tegur saya macam awak tegur saya. Kita dah terperangkap. Awak tengok semua benda akan berulang bila awak bangun esoknya. Matahari timbul, terbenam seolah-olah tak ada makna. Awak stuck dalam ruang masa yang sama. Jam awak pun tak bergerak, kan?"

"Saya baru perasan tadi." Dia menunjukkan jam di tangan kirinya.

"Why, ek? Saya tukar bateri tapi still macam tu jugok."

"Mungkin petunjuk." Syukri menggaru kepala yang tak gatal. "Kita hilang masa yang sama mungkin hari yang berbeza. Awak rasa berapa lama dah awak ada kat sini?"

"Dalam seminggu kot. Arghh... saya harap ada orang yang perasan dan boleh keluarkan saya dari sini. Saya boleh je tinggal kat sini dan mulakan hidup baru, tapi saya nak hidup saya yang dulu. Saya tak ada siapa-siapa kat sini." Dia seolah-olah mahu menangis.

"Weh, lek ar! Awak ada saya." Syukri tersengih.

Amira memandang Syukri dengan muka tanpa reaksi.

"Buat masa ni awak jangan risau la. Saya yakin kawan-kawan saya akan cari kita." Kata Syukri. Dia yakin Ema dan Mun sekarang ni tengah bertungkus-lumus mencari pentunjuk.

"Awak ada jumpa lagi 11 yang hilang?" soal Syuk lalu menatap keratan surat khabar tersebut.

"Entoh la. Saya ada nampak dia ni tapi dia macam tak ingat apa-apa pun." Amira menunjukkan gambar lelaki bernama Shamsul.

"Awak jumpa kat mana?"

"Dalam tv."

Petang menjelang untuk hari yang ke berapa pun tak tahulah. Syukri berdiri di pelantar di tepi tasik. Setiap hari dia l akan melihat ke tengah tasik. Kelihatan burung-burung sering berterbangan di kawasan tengah tasik itu pada waktu-waktu tertentu.

"SYUKKK!"

Kedengaran teriakan dari belakang. Matanya terbeliak melihat Ema dan Mun berlari ke arahnya.

Syukri tidak percaya dengan apa yang dilihat. Adakah dia bermimpi? "Mana korang pergi?"

Mun dan Ema juga tidak tahu bagaimana mahu memulakan cerita. Sedar-sedar je mereka sudah berada di dalam bilik yang gelap. Situasi yang sama ketika Syukri tersedar di dalam bilik yang gelap.

"Jadi dah semalaman la korang ada kat dalam bilik tu?" tanya Syukri.

"Mungkin." Jawab Mun.

"Kita kena keluar dari sini. Ini semua perangkap." Kata Ema pula.

"Macam mana??"


Taman Tasik [C]Where stories live. Discover now