BUNYI dengung di telinga memaksa Syukri bangun dari pembaringannya. Seperti sebelumnya, setiap kali terjaga dia pasti akan berada di dalam bilik tersebut.
Denyutan di kepala kian mencengkam. Pandangannya pula seperti sedang berpusing-pusing. Dia memandang sekeliling bilik, cahaya lampu malap menerangi bilik kecil itu.
Kenapa mesti dia terjaga di dalam bilik ini? Kenapa mesti bilik ini? Ada apa di bilik ini? Apakah semuanya berpunca dari dalam bilik ini? Bertubi-tubi pula soalan diajukan kepada entah siapa-siapa.
Belakang leher digosok. Ada sesuatu yang pelik dapat dirasa di situ, tetapi dia tidak tahu apakah ia? Sekali lagi jari-jarinya merayap di kawasan itu. Sesuatu yang keras, seperti petak segi empat sama. Namun dia tidak dapat menjangkakan apakah yang berada di belakang lehernya itu.
Dia tidak mahu memikirkannya kerana kepalanya tidak berhenti berdenyut. Tiba-tiba dia mendapat bayangan di dalam kepalanya. Serta-merta matanya terbuka luas.
Lantas dia bangun lalu keluar dari bilik itu. Pintu bilik Ema dan Mun diketuk bagai nak roboh. "Woi, apehal?" marah Ema.
"Aku ingat kau dah mati." Selamba Mun mencelah apabila melihat Syukri di depan pintu.
"Keluar sekejap." Arah Syukri. Mereka duduk di luar bilik. Seperti biasa, masa pada waktu itu sudah malam.
Ema dan Mun memandang Syukri. Menunggu lelaki itu memulakan bicara. "Cakak ar cepat, aku ngantok ni." Mun menggaru kepalanya.
"Kalau aku cakap ni kau jangan terkejut tau." Syukri melihat Ema dan Mun masih seperti tadi. Kemudian dia meneruskan percakapannya.
"Dunia ni tak wujud. Ada sesuatu yang padam memori kita. Aku teringat balik, kita tak pernah pun sampai kat sini lagi. Kita cuma rancang je, tapi kita tak pergi pun lagi. Semua benda ni palsu. Apa yang kita rasa semuanya tak betul." Kata Syuri.
"Aaa... aku tak paham." Ema menggelengkan kepala. Mun turut sama.
Syukri menghela nafas malas. "Macam ni, apa yang kita nampak sekarang ni cuma visual yang dah di programkan. Langit, awan, bintang... semua ni telah direka oleh teknologi."
"Kau nak kata yang semua ni hologram yang dipancarkan oleh teknologi dron. Ada programmer yang dah reka benda ni. Ada sorang mastermind di sebalik semua ni." Kata Ema.
"Apesal macam pernoh dengo je cite ni?" sampuk Mun. Dahinya berkerut memikirkan cerita apakah itu.
Syukri mengecilkan matanya. "Umm... mungkin jauh sikit. Tapi lebih kurang sama la konsep dia."
"Merepek ar Syuk!" bentak Ema tiba-tiba.
"Weh, sungguh ni. Cuba kau tolong tengok kat belakang leher aku ni, ada benda mencurigakan." Syukri memusingkan badannya membelakangi mereka.
Ema dan Mun terjenguk-jenguk mahu melihat. "Itu kudis la, bongok!" teriak Ema.
Ergh! Kudis ek? Syukri menghela nafas. Wajahnya diraup berulang kali.
"Aku tau kau nak keluar dari sini tapi kita dah tak boleh nak buat apa-apa dah." Kata Mun tiba-tiba.
"Boleh tak kalau kita terima je dan hidup macam biasa. Macam semua ni tak pernah berlaku." Kata Ema pula.
Syukri memandang mereka berdua dengan rasa curiga. Dia berdiri. "Jadi, kau orang nak give up?"
Ema mengangguk. Dia berdiri. Mun turut sama berdiri. "Ya, kita biarkan mereka menang. Itu yang mereka nak."
YOU ARE READING
Taman Tasik [C]
ParanormalMasih ingat Ema, Mun dan Syukri? Tiga sahabat insta famous - menjelajah tempat pelik anda! Kali ini, mereka singgah di sebuah resort untuk penginapan sepanjang mereka menjelajah kawasan berdekatan di daerah itu. Berdekatan pula dengan sebuah taman...