🌿Bab 2🌿

1.8K 102 25
                                    

JENAZAH Rafie Imran selamat dikebumikan, satu persatu orang meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya aku seorang sahaja yang masih berada menatap pusara Rafie yang masih lagi kemerahan tanahnya. Aku meratapi pilu pusara Rafie. Mengapa dia yang engkau seksa? Sedangkan bukan aku?

Air mataku tidak henti mengalir sejak mula dapat tahu bahawa Rafie dibelasah oleh bekas suamiku.

"Saya minta maaf Sara." Tangan Sara dicapaiku, aku benar-benar mahu meminta maaf padanya. Ya Allah... semua ini salah aku.

'Saya benar-benar berdosa pada awak Rafie.'

"Lepaskan aku la!" Tubuhku ditolak kasar olehnya sehingga jatuh ke tanah.

"Kau ingat kau minta maaf banyak kali dekat aku ni, kau boleh hidupkan abang aku balik ke? Kau ingat sampai mati ni hah, aku dan family aku takkan sesekali beri kemaafan pada kau dan terutamanya suami kau! Aku pelik kau guna apa sampai buatkan abang aku jatuh cinta pada perempuan macam ni. Rafie tu pun sama jatuh cinta apa tah kat bini orang last-last meringkup dalam kubur."

"Fifiana Assara!" Tekan suara Datin Salariah menegur anaknya yang bersikap kurang ajar.

"Mummy masih nak membela anak pungut mummy yang penyebab Abang Rafie meninggal ni lagi ke? Sudah la, mummy! Sedar mummy sedar, perempuan ni la yang bawa malang dalam hidup kita tahu tak?"

'Maafkan saya Rafie, ni semua salah saya Rafie. Maafkan saya,' rintihku meminta maaf padanya berulang-ulang kali, aku hanya mampu meminta maaf melalui hati, kesilapanku padanya sungguh besar.

Merembes air mataku lebat, buat kali terakhir aku melihat pusaranya dengan penuh rasa kecewa terhadap diri sendiri.

'Maafkan saya Rafie, saya tak kuat hadap semua ni dan saya minta maaf kerana terlebih memilih untuk berputus asa.'

BUNYI guruh berdetum kilat juga sabung-menyabung, air hujan kini turun membasahi bumi

"Ijad... Ikut mama ye, sayang..." Nik Iffzad melangkah selangkah kakinya kebelakang malah tangannya juga tidak menyambut tangan muda mamanya itu. Nik Iffzad menggeleng, dia masih teresak-esak mindanya masih terakam lagi saat mamanya menikam uminya, segala-galanya terbukti di depan matanya.

Dia dilema ketakutan lagi-lagi dengan pujukan dari Tengku Damya.

Air hujan yang membasahi tubuh kecil Nik Iffzad dan Tengku Damya langsung tidak dihiraukan mereka. Tujuan Tengku Damya cuma satu, dapatkan hak penjagaan Nik Iffzad untuknya.

"Mya! Mya!" jerit Dato Nik Izzudin yang berlari keluar dari keretanya dan cuba menghampiri anaknya tetapi bahaya tidak membenarkan kakinya melangkah menghampiri.

"Astaghfirullahalazim, apa you nak buat pada anak kita ni, Mya? Please! I merayu jangan buat perkara macam ni Mya, I masih sayangkan you Mya. Jadi tolong bagi I pisau tu sekarang Mya," pujuk Dato Nik Izzudin sambil hulurkan tangannya, dia akan pujuk juga sehabis-habisan kerana dia sangat bimbang lihat Tengku Damya yang masih memegang sebilah pisau yang tajam, memang dari keluar rumah lagi dah dia merasakan tidak sedap hati rupa-rupanya ada sesuatu yang tidak baik berlaku.

"Damya please dengar cakap I, Damya. Please don't be like that, Mikha anak kita Damya!"

"Papa tolong Mikha Papa, tolong Umi Papa..." Teresak-esak Nik Iffzad, dia menangis sambil memeluk lututnya, dia takut. Depan mata, dia melihat mamanya sendiri menikam uminya.

Tubuh anaknya Nik Raysha dipagut dari belakang olehnya.

"Papa!" jerit Nik Raysha.

"You berhenti Izz! Kalau you cuba berani dekat dengan I. I akan bunuh Raysha," amaran Tengku Damya lontarkan pada suaminya. Pisau yang masih ditangannya diletakkan dileher anak perempuannya.

"Mya! Ibu jenis apa you ni sanggup nak bunuh anak you sendiri?"

"Siapa kata Raysha anak aku? Anak aku hanya Nik Iffzad Mikha." Tengku Damia menjerit kuat. Pisau itu ditekankan dileher Nik Raysha.

"Mama sakit Mama..." 

"Kau diam la Raysha!"

"Tengku... tolong lepaskan mereka saya merayu." Terdengar satu suara yang tersekat-sekat mencelah pergaduhan mereka, semua berpaling.

"Ya Allah, Ra " Berlari Nik Izzuddin mendapatkan isteri keduanya dengan keadaan cemas yang sedang berpaut pada pintu pagar rumahnya, walaupun malam matanya masih jelas pasti itu isterinya, dia merasakan gelisah apabila melihat isterinya memegang di bahagian perut. Ya Allah darah.

Tubuh isterinya yang hampir terkulai layu sempat disambut olehnya.

Api cemburu dihatinya melihat suaminya mendapatkan madunya, dia makin meluap-luap kemarahan.

'Tak guna punya suami, kau akan menyesal Izz! Kau akan menyesal!'

"Kau patut mati! Baru bapak kau berhenti menyakitkan hati aku." Tertusuk pisau menembusi perut Nik Raysha.

Tubuh Nik Raysha dihempasnya ke atas jalan tar.

Nak tahu tak siapa watak 'aku' ? Baca sampai korang sendiri dapat teka siapa 'aku' tu sebenarnya...

👇💕Vote-Vote💕👇

Terima Kasih Yea Vote😘💋

Seret Bawah Untuk Bab Seterusnya💙👇

HERO UNTUK HAURA JELITA [ON-HOLD] Where stories live. Discover now