TAKKANLAH?
"Hoi, Myr. Kau kata Prof baru?" soal Haura separuh geram apabila satu susuk tubuh yang amat dikenalinya yang ada di hadapan dan bukanlah pensyarah baru.
"Yelah asal?"
"Kurang asam betul. Sanggup kau kelentong aku Myr," marah Haura secara berbisik.
"Weh bila?" Habis cuak wajah Lamyra. Haura tidak langsung hirau akan Lamyra, sekarang ni dia lagi risau dengan nasib dia sendiri.
"Nur Haura Jelita!" Laungan nama Haura bergema menggamit gegendang telinga semua yang berada di daerah situ, semua yang berada di padang tersebut automatik pandangan mereka beralih pada gerangan si suara laungan.
Kelat sahaja terasa apabila Haura menelan air liurnya sendiri.
Alahai... Kena bangun lani?
Kelihatan jelas di matanya, Profesor Haiyann merenung tajam anak matanya memberi satu arahan secara berkomunikasi melalui anak mata, dia mahu Haura bangun dan segera menghampirinya.
Haura terdiam tidak terkata apabila terjegil mata Profesor Haiyann mencucuk matanya.
Perlahan-lahan Haura bangun selepas menghulurkan pada sahabatnya, Lamyra beg galas tepinya. Berat sahaja langkahnya nak ke depan.
Malu la! Profesor ni tak boleh ke kalau dia nak marah ke apa tak boleh ke kat bilik dia? Ni kat tempat ramai orang. Suka bagi orang malu betul!
Wajah Haura menunduk dan matanya hanya memandang rumput. Tidak berani untuk bertentang mata dengan Prof yang dari semester pertama hinggalah sekarang tak berhenti cari gaduh dengannya, tak habis-habis. Semua yang jenis lelaki ni memang suka cari pasal sangat ke dengan orang perempuan?
Haura memejamkan matanya seraya merengus geram. Haisy! Pantang nampak aku betullah prof ni! Keluh Haura di dalam hati.
"Dah habis dah?" Haura memanggung kepala melihat wajah pensyarahnya itu.
"Habis apa Prof?" Terpinga-pinga Haura dibuatnya. Apa la pula yang pensyarahnya tak puas hati kalini. Hurm!
"Dah habis dah sesi menyumpah I dalam hati you tu?" Hampir terjojol mata Haura. Macam mana dia dapat detect ni weh?
"Mana ada Prof," dalih Haura.
"I kenal you lama dah Haura, kalau ada pertandingan, you boleh dapat tahu takhta pelajar 'kuat temberang' tahu?" bidas Profesor Haiyann, kedengaran sinis.
Telinga Haura terus rasa bagaikan di hembus oleh asap api naga.
Aii pakcik ni, silap hari bulan nanti makan paip besi makcik kafeteria kang nanti. Haura sudah mengetap bibir, panas hati.
"Apa alasan you harini?" Haura langsung tak menangkap apa yang ditanyakan Profesor Haiyann padanya. Mana taknya, sibuk mengutuk.
"Haura Jelita!" jerit Prof Haiyann, terus mati lamunan Haura dan...
"Oi! Mak Kau ultraman terlepas!" Haura tiba-tiba melompat seperti menangkap sesuatu. Latah. Laju Haura menekup mulutnya. Why Prof!Why Prof suka buat saya melatah ni...
Kedengaran di cuping telinganya gelak tawa yang terkeluar dari setiap mulut yang mendengar latahnya.
"Tangkap ultraman ke cik kak?" sindir satu suara yang aku paling kenali, tak lain tak bukan siapa lagi kalau bukan kawan aku si sengal tu! Tak guna punya Baby Pian!
"You semua senyap! Haura Jelita! I'm talking to you! Answer my question now!" Suasana yang tadinya riuh dengan gelak tawa menyindir Haura terus menjadi sunyi apabila mendengar tengkingan yang dilahirkan oleh suara Profesor Haiyann.
YOU ARE READING
HERO UNTUK HAURA JELITA [ON-HOLD]
Ficção Adolescente[Achievement ASHJ] 1| Best Teen Fiction Of The Year 2019 2| Best Fiction Besties 2019 Description: Nur Haura Jelita ditinggalkan oleh Mamanya pada Mak Usunya iaitu Rauzia. Selepas beberapa hari kemudian dia terlibat dalam kemalangan apabila dia t...