🌿Bab 5🌿

1.2K 91 43
                                    

BERDERET kereta tidak bergerak disebabkan tersangkut di dalam jammed. Beberapa kali Haura mengerling jam pada dashboard.

"Time time ni jugaklah nak tersangkut dalam jammed, ha kereta tu pun yang pergi block laluan tepi ni asal?" Haura celoteh sendirian sambil tangannya mengikut rentak bebelannya.

Baru sahaja tangannya mahu menyeluk beg tangannya untuk mengambil telefon pintarnya, kereta yang menghalang laluan sebentar tadi sudah beralih memasuki laluannya.

Automatik matanya bersinar-sinar, tak payah la dia susah ambil jalan jauh untuk sampai.

"Alhamdulillah, terima kasih la banyak-banyak ya kereta." Bibirnya mengukirkan senyuman yang lebar apabila laluan untuk ke kiri tidak dipenuhi kereta, matanya terus memerhati cermin sisi kirinya untuk mengubah laluan lalu dia memberi signal kemudian perlahan-lahan strengnya kereta dipusing memasuki ke lorong kanan yang jaraknya jangka 2 minit untuk menjumpai pintu masuk Universiti Malaya.

Tiba sahaja di perkarangan, sterengnya dipusing memasuki pintu masuk. Tiba-tiba sebuah kereta laju sahaja meluncur dihadapannya.

'PRAK'

Break pun tak guna kalau dah terkena. Sekali gus terhentak dadanya ke stereng.

"Argh!" Haura mengetap bibirnya menahan sakit yang terasa di dada.

"Haisy... ni yang nak marah ni." Cermin tingkap keretanya dibuka seluas-luasnya, kepalanya dikeluarkan.

"Hoi! Kalau tak reti bawa kereta tak payah bawak la!" jerit Haura sekuat hatinya, meluap-luap dah ni api kemarahannya. Kalau ye pun kalut, aku pun kalut tapi tak ada la gelojoh macam ni! Aduh sakitnya...

"Tahu pun kau nak berhenti, kau tunggu kau tunggu."

"Haisy! Tak guna betul tali pinggang ni pun." Tangannya terus membuka tali pinggangnya dan membuka pintu keluar. Tangan kirinya masih mengusap dadanya. Sakit.

Laju kakinya mengatur ke kereta Audi A6 itu, pakai kereta smart aje buat apa kalau gelojoh?

"Oi, turunkan tingkap kau ni sekarang!" Cermin tingkap kereta itu diketuknya kasar.

Terjatuh rahang Haura.

"Blah macam tu ja? Tak guna betul!" Haura naik berang apabila kereta Audi A6 itu terus pergi.

"Pandang aje buat apa?" Jelingnya pada 2 orang penjaga keselamatan di situ.Harap sahaja penjaga keselamatan, benda macam ni tengok je?

Entah bagaimana matanya spontan memerhati jam ditangan.

"Ya Allah, dah pukul 9! Mampus memang kena teruk la aku!"

Lekas Haura berlari masuk ke dalam perut keretanya, enjinnya dihidupkan kembali.

Tergesa-gesa Haura berlari anak selepas menempatkan kereta kesayangannya Suzuki Swift di bawah pokok tempat yang selalu ditempatkan kereta kesayangannya di situ.Telefon pintar Huawei Nova 3I nya di seluk keluar dari poket yang asalnya disumbat di dalam beg tangannya sudah di alihnya ke dalam poket supaya memudahkan untuk diambil.

Nombor telefon Lamyra di dailnya.

"Weh, mana hang?"

"Serious weh sekejap lagi aku cerita, aku baru sampai ni."

"Okay, sekarang ni bek (baik) hang cepat weh Jelita, Prof baru tu baru ja pergi bilik dia katanya nak ambik (ambil) name tag."

"Okey okey Myr. Aku tengah sedaya upaya cepat dah ni, aku tutup dulu."

Disebabkan tergesa-gesa.

HERO UNTUK HAURA JELITA [ON-HOLD] Where stories live. Discover now