[Achievement ASHJ]
1| Best Teen Fiction Of The Year 2019
2| Best Fiction Besties 2019
Description:
Nur Haura Jelita ditinggalkan oleh Mamanya pada Mak Usunya iaitu Rauzia. Selepas beberapa hari kemudian dia terlibat dalam kemalangan apabila dia t...
"ASTAGHFIRULLAHALAZIM... tak bangun lagi anak dara sorang ni? Tak makan saman, penat la aku kejut tak bangun-bangun. Itulah orang tak suruh tengok cerita ultraman sampai malam-malam. Ini tengok ni la jadinya, dah besar tapi cerita tu dilayannya lagi, tak boleh jadi ni," bebel Ku Rauzia sambil menaiki anak tangga. Dia geram dengan anak saudaranya yang sorang ni, gemar bangun lewat, habistu mula la salahkannya.
"Masya Allah... tak bangun-bangun lagi?" Ku Rauzia sudah bercekak pinggang.
Habislah gunung berapi bakal menggeledak!
"Haura Jelita!" jerit Ku Rauzia kuat.
Bergema satu rumah mendengar jeritannya. Automatik terbangun Haura yang tengah sedap buat taik mata.
"Oh, ultraman ayam!" Melatah Haura terus terbangun menegak.
"Bagus, amalkan selalu menonton cerita ultraman ye sayang. Biar hari-hari Nur terlepas kelas," nasihat Ku Rauzia tetapi lebih kepada sindiran. Kenal sangat dah dengan Acu dia ni!
Haura menggaru kepala dengan sikap sendiri, tapi betul apa best tau cerita ultraman! Haura menggosok matanya sambil tersengih-sengih melihat frame gambar artis kesukaannya Lee Jong-Suk! Aii pagi-pagi dah mengancam urat saraf!
"Hehehe..." Haura masih mengelamun.
Tapi kejap!
"Eh kejap, apa Acu sebut part last tadi?" soal Haura dia kembali mencerna otaknya apa aktiviti yang dia ada harini.
Tiba-tiba dia teringat akan satu mesej yang dihantar oleh kawannya kelmarin. Oh tidak! Ya dia mimpi, kan? Takkanlah betul, kan?
"Acu keluar dulu la ya, banyak-banyakkan bersabar ya? Acutahu anak sedara acu akan pulih jikalau hentikan tengok cerita Ultraman tu, strong sayang." Ku Rauzia berpura-pura suara kesedihan sengaja mahu memerli anak saudaranya yang sudah menjadi pelupa.
Haura menggeleng-geleng menidakkan apa yang difikirnya sekarang.
Tidak! Tidak! Jangan kata tu bukan mimpi. Sepantas kilat tangannya mengapai telefon pintarnya di atas meja. Tergetar-getar tangannya membuka sembangnya bersama Lamyra semalam.
'Esok jangan lambat tau Jelita, Prof baru ada aktiviti untuk kita tau kat padang.' -Lamyra Cendol 2 Ringgit.
Ha, habislah!
"Prof baru? Oh my god! Tidak Acu! Macam mana ni Acu! Aduhai... habisla mesti prof denda ni." Haura kalut.
Ku Rauzia yang sedang menuruni tangga tersenyum sambil tergeleng-geleng dengan sikap Haura yang sudah dihafalnya dari dulu lagi.
HAURA memadankan baju t-shirtjogging yang dibelinya seperti pelajar-pelajar lain di universiti dengan seluar slek serta perfume di spray di serata pakaiannya, rambutnya yang panjang sehingga pinggangnya diikat sebelum mendandan kemas, hujung rambutnya dikepit menggunakan getah berwarna warni.
Setelah merasakan penampilannya sempurna, sempat dia melirik jam yang tergantung di dinding. Tak apa lagi 30 minit baru start. Kunci kereta serta beg sandang tepinya disambar lantas menutup suis biliknya dan menuruni tangga kemudian terus menuju ke dapur.
"Mak Usu!" panggil Haura dengan nada manjanya seperti selalu sambil meletakkan begnya di tepi pintu.
"Ha macam ni la calon isteri yang bagus dibuat bini, anak dara yang paling layak memenangi kategori anak dara bangun lambat, terbaik. Bagus amalkan selalu ya sayang..."
Haura mencebik, tahu la dia bangun lewat. Merajuk la macam ni!
"Hehehe abaikan aje lah. Mak Usu, cantik tak Nur hari ni?" soal Haura seraya mengerdipkan matanya. Ku Rauzia memusing lalu melihat dari bawah sehingga ke atas penampilan anak saudaranya yang sorang itu.
"Okey," jawab Ku Rauzia ringkas.
Ku Rauzia menguntum senyuman, ingat acu tak dengar ke Nur hentak kaki tu. Tak puas hati la tu dengan jawapan yang diberikannya tu.
"Acu ni orang tanya cantik tak bukannya okey ke tak." Cebik Haura.
"Ya sayang. Cantik sangat," puji Ku Rauzia seraya mengusap pipi anak saudaranya yang gebu tu.
"Macam tu la." Haura mencapai sudu dan memulakan santapan.
"Ha Nur tak nak bawak bekal ke?" Ku Rauzia bertanya.
"Tak apa la Mak Usu ada masa lagi ni, lagi 30 minit," jawab Haura seraya menyuapkan kedalam mulutnya mi goreng yang dimasak oleh Ku Rauzia.
"Nur tak tengok jam dalam bilik, kan?"
"Sebab apa Mak Usu?"
"Jam dalam bilik tu Mak Usu tak tukar lagi bateri."
Buntang mata Haura, terjojol terkeluar oi! (tengok video kat atas)
"Serious la, Acu!" Laju dia melihat jam yang tergantung diruang tamu pula.
"Tidak!" jerit Haura.
Bergegas Ku Rauzia ke ruang tamu. Terkejut dia melihat Haura lari berdesup keluar. Tuptup kereta anak saudaranya sudah di start.
"Mak Usu, Haura pergi dulu! Haura lambat sangat dah ni! Mak Usu la ni tak bagitahu awal-awal." Sempat lagi dilaungnya setelah keretanya sudah keluar dari perkarangan rumah.
Haura
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.