🌿Bab 8🌿

1.4K 82 8
                                    

"FIRASAT aku la kan, hampa tak pelik ka? Prof Haiyann tu bila dengan hang jah mesti ada perkara salah silap hang dia cari, hangpa tak perasan ka?"

Terangguk-angguk Haura dan Sufian.

"Dengan orang lain aku tengok dia tak angin satu badan pun tapi bila dengan hang jah tudia dia punya angin satu badan tak boleh nak kata la kalah singa kat lautan ais atlantik sana nuh," sambung Lamyra.

"Kan... tapi dia kan memang macam tulah. Kena sampuk dek setan sebab tu kacau aku je kerja dia," sokong Haura sambil mengutuk habis-habisan.

"Tak tak."

"Apa yang taknya?"

"Huh kan, hang pun rasa kan kan baby pian?"

"Apanya?" soal Haura tak faham. Apa yang diaorang rasakan sampai dia tak rasa apa-apa pun.

"Aku rasa kan, dia suka kat hang lah Jelita," jawab mereka serentak membuatkan Haura terus terasa saluran pernafasannya seakan tersumbat sesuatu.

Terbuntang mata Haura.

LANGKAH Tengku Sara terhenti seketika.Matanya tertancap pada sekumpulan yang ramai pelajar berhimpun. Kenapanya?

Matanya meliar mencari seseorang untuknya bertanya.

"Dik, maaf mengganggu." Bahu seorang gadis agak-agaknya budak semester baru. Gadis itu membalas dengan senyuman.

"Kenapa ramai dik orang berkumpul dekat sini? Pensyarah suruh berkumpul ke?" Tengku Sara bertanya.

"Tak la kak. Sebenarnya diaorang kata ada senior dulu masuk balik," terang gadis itu ramah.

"Dik tahu tak apa namanya?" Tengku Sara cuba mengorek serba sedikit. Dia seperti dapat meneka. Gadis itu menggeleng lalu menjawab.

"Entah la kak, saya pun tak tahu."

"Terima kasih ye, dik."

"Sama-sama." Tengku Sara seakan dapat mentafsir. Matanya terus membulat.

Takkanlah?

BARU sahaja ingin menghamburkan kemarahan terbantut serta merta apabila anak Chancellor Universitinya tiba-tiba masuk ke dalam dewan mereka. Terburu-buru semua pelajar kembali semula ke tempat masing-masing.

"Assalammualaikum. Selamat pagi semua," ucap Cik Erza.

"Waalakummusalam. Selamat Pagi Cik Erza," balas semua pelajar yang berada di dalam dewan itu.

Bergema habisan.

"Baik, you semua tahu kan you semua akan terima pensyarah baru?" tanya Cik Erza yang merupakan anak kepada Canselor di Universiti Malaya.

"Tahu." Serentak mereka menjawab.

"Baik, pensyarah ni akan menggantikan Mrs Qiratu, jadi silakan Hairi."

Sebaik sahaja Cik Erza berpaling untuk memberi laluan pada pensyarah baru itu supaya mempunyai ruang memperkenalkan diri tetapi seperti memberi laluan kepada bayangan.

Tiada.

Seluruh pelajar yang berada di dewan tersebut hampir sahaja melepaskan ketawa tapi segera dikawal. Mana taknya muka Cik Erza confident gila dengan gaya diva dia.

Cik Erza mempamerkan senyuman menutup malu lalu berkata, "Sekejap ye." 

Tatkala Cik Erza memaling ke belakang kemudian mengatur langkah keluar, memberi semua pelajar termasuk Haura menghamburkan ketawa yang perlahan.

Lamyra dan Sufian memerhati sahaja langkah Cik Erza yang mengawal jalannya.

Lengang-lenggok.

"Mantap siak," gumam seorang pelajar lelaki yang duduk dibahagian atas.

"Gatal kau ni bha."

Beberapa saat kemudian, muncul seorang lelaki sebelum sempat Cik Erza memulas pintu untuk keluar.

"Maafkan saya Cik Erza," pinta lelaki itu memohon maaf kerana terlewat.

"Tak apa."

"Weh. Lakonan dia nak mula dah weh Ily," beritahu Sufian menampar bahu Lamyra Ilyna.

Cik Erza mengukir senyuman yang ketara di mata-mata pelajarnya, Cik Erza langsung tidak perasaan yang pelajarnya memerhati sahaja gerak-gerinya yang cuba meraih perhatian setiap pensyarah-pensyarah yang baru.

"Cik Erza kejap ya?" Cik Erza tidak mendengarnya langsung berjalan ke meja, untuk menemani Hairi.

"Comfirm berjaya, you can do it Erza," bisik Cil Erza kata semangat pada dirinya sendiri.

Gedebab! Gedebuk! Bang-Bang-Bukk!

"Auch!" Terkejut besar Hairi apabila dia selesai menjawab panggilan ibunya. Tak berkelip langsung mata Hairi.

Dia seakan-akan tercengang.

Macam mana boleh jatuh?

Telinganya menangkap rengusan kasar yang di dengarinya keluar dari mulut Cik Erza tatkala itu baru dia sedar. Kedengaran terkekek-kekek semuanya ketawa seperti tiada penghujungnya.

Matanya mengekor laku Cik Erza yang sedang cuba untuk bangun. Dia bukan tidak mahu membantu tetapi dia ada batasnya.

Punggung yang terasa pedih ditepuk beberapa kali. Dijeling sekilas ke sekalian pelajar yang terkekek-kekek mengertawakannya dan juga ke arah lelaki disebelahnya itu, ini kali pertama dia jatuh tidak disambut.

"Shut's up! You semua jaga-jaga I akan laporkan pada daddy I," pekik Cik Erza yang mula meradang. Makin kuat ketawa memeriah, Haura dan Lamyra la gelak yang tak henti tu sampai diketuk-ketuk meja.

"You semua tunggu terutama you dua orang!" Cik Erza menghentakkan kakinya berang apabila dirinya diketawakan. Jarinya di tuju ke arah Haura dan Lamyra yang sakan ketawakannya. Haura pantas menekup mulutnya, gerun.

Lamyra langsung tidak kisah bahkan lagi teruk.

"Diam-diam," jerit Hairi sambil mengangkat kedua-dua tangannya ke depan dan melentok ke bawah seperti hantu cina melompat untuk cuba mententeramkan keadaan yang hingar bingar.

Cik Erza tidak tahan dirinya dibelasah dengan gelak tawa dia segera mengangkat kaki keluar. Sakit hati dirinya diketawa. Keluar sahaja Cik Erza. Kian meningkat bilangan pelajar yang mengeluarkan tawa yang ditahan merekat kerana bimbang andaikan Cik Erza mengadu lebihan.

Lama kelamaan, Hairi membuat seperti tiada apa yang berlaku sedangkan dalam hati berdekah-dekah gelak. Sedepek bak jatuh!

Mata Hairi automatik jatuh pada seorang gadis yang duduk bersebelahan tiang itu yang turut ketawa berdekah-dekah.

TENGKU SARA terburu-buru menghayun langkahnya ke Fakulti Perniagaan dan Perakaunan. Apabila kelibat yang dicarinya dijumpainya lantas tangannya menampar sedikit bahu Feez yang sedang membelakanginya. Sebaik sahaja Feez menoleh, kelihatan wajah Feez begitu terperanjat diikuti Razlan.

"Asal?" 

"Betul kan Iffzad, Feez Razlan?" tanya Tengku Sara, pandangannya tepat pada kedua-dua lelaki itu menunggu jawapan yang dinantinya.

👇💕Vote-Vote💕👇

Terima Kasih Yea Vote😘💋

Seret Bawah Untuk Bab Seterusnya💙👇

HERO UNTUK HAURA JELITA [ON-HOLD] Where stories live. Discover now