🌿Bab 3🌿

1.5K 107 12
                                    

Jangan lupa open lagu dekat atas! Baru dapat feel hehehehe

5 Tahun Kemudian

HAURA JELITA membuka mata perlahan-lahan. Buka sahaja mata dia terlihat seorang wanita, tengah tidur disisinya sambil menggengam tangannya. Wajah wanita itu kemerahan menangis, tapi mengapa? Kenapa dia menangis, siapa dia?

Otaknya kosong sekosongnya. Dia tak tahu di mana dia sedang berada. Seluruh tubuhnya terasa sakit dan lenguh. Kepalanya sakit dan berdenyut-denyut.

Dia cuba bergerak untuk melihat sekelilingnya, tapi dia seakan tidak mampu seperti orang yang tidak berdaya melakukan apa-apa.

Dia cuba mengangkat tangannya dan mengerakkan kedua belah kakinya, namun kudratnya juga tiada. Dia seakan lemah dan tak berdaya.

'Di mana aku? Kenapa aku terlantar dan hilang upaya seperti ini?' tanyanya kepada dirinya sendiri di dalam hati.

Dia seakan baru dilahir semula. Aku dimana? Dia merintih lagi, namun suaranya hanya berlegar-legar di dalam hati.

Lidahnya kelu dan bibirnya juga tak mampu bersuara. Bulat matanya apabila melihat wanita itu terjaga, wanita itu lantas bersuara seraya mengelap air mata yang mengalir dipipi.

"Alhamdulillah, anak maksu." Tubuhnya bagai terkena renjatan elektrik apabila seorang wanita yang tidak langsung dia kenali terus memeluknya. Badannya seakan kejang dan dia tak mampu berbuat apa-apa hanya mampu membiarkan tubuhnya dipeluk.

"Nur Haura... Ini maksu sayang...’’ Suara wanita yang kelihatan dalam umur 30 an itu mula bersuara.

Suaranya kedengangaran sayu, tangan wanita itu juga menekup dimulut. Lihat wanita itu menangis tiba-tiba terasa sebak mengurungi dadanya. Berimbun airmata bertakung dimata Haura.

'Akhirnya doa aku termakbul.' Tersenyum lebar wanita itu melihat anak saudaranya yang sudah koma selama 5 Tahun kini kembali sedar.

Tak putus-putus siang dan malam dirinya berdoa agar anak saudaranya sedar dari koma dan menjalani kehidupan seperti orang lain.

"Mak Usu benar-benar rindukan Nur." Wanita itu kembali memeluknya.

Haura hilang butir bicara dalam masa itu dia juga tidak mampu hendak bersuara.

Dadanya tiba-tiba berombak laju membuatkan nafasnya seakan tersekat-sekat. Dia ingin bersuara dan meluahkan apa yang dia rasa. Dia ingin memberitahu wanita di sisinya, bahawa dia rasa sangat sakit dan dia mahu menghambur beribuan pertanyaan pada wanita itu. Tetapi apakan daya, lidahnya seakan digam kuat.

'Mak Usu?  Nur Haura? Akukah Nur Haura?' Dia menyoal dirinya sendiri.

Dia buntu.

Dia cuba mengingat lagi, tapi semakin dicuba, kepalanya semakin sakit.

Nafasnya seakan tersekat-sekat, perlahan-lahan tangannya digerakkan memberi isyarat bahawa sekarang dia merasakan sesuatu yang berat untuk menanggung. Air matanya mengaburi pandangan tatkala wanita itu memahami isyaratnya.

"Bertahan, sayang. Maksu panggilkan doktor ye..." Wanita itu bersuara cemas sebelum dia terburu-buru keluar.

Matanya betul-betul berat lalu dia mendengar dan ternampak ramai doktor dan jururawat menyelebungi dirinya, Haura melihat wanita itu dibawa keluar oleh beberapa jururawat dan selepas itu terus pandangannya kabur dan pengsan.

Nantikan bab seterusnya dan seterusnya, pertanyaan anda semua pasti akan terungkap. Mesti nak tau kan apa yang berlaku sebenarnya... Mesti nak tahukan sebab apa Rafie meninggal? Mesti nak tahu jugakan siapa watak 'aku' tu kan? Mesti nak tahukan apa kaitan diorang semua ni kan? Kalau nak tahu baca sampai korang sendiri dapat tahu sekali baca.

👇💕Vote-Vote💕👇

Terima Kasih Yea Vote😘💋

HERO UNTUK HAURA JELITA [ON-HOLD] Where stories live. Discover now