🌿Bab 1🌿

2.1K 126 7
                                    

"KAK! Zia merayu pada akak , jangan buat keputusan melulu kak," rayu Ku Rauzia pada kakaknya, dia tidak mahu kakaknya menyesal dengan keputusan yang kakaknya pilih.

Dia tahu dia tak layak untuk merayu tetapi dia tidak mahu kakaknya menyesal sepertinya.

"Rauzia, Zia saja adik akak, akak harap Zia boleh jaga anak akak macam anak Zia sendiri," putusnya sambil mengusap air mata adiknya dan berlalu meninggalkan rumah adiknya

Kata-kata kakaknya terngiang-ngiang ditelinga sekali lagi. Zia janji kak, Zia nak tebuskan segala kesalahan Zia pada akak.

"Mama! Mama jangan tinggalkan adik!" jerit budak perempuan itu sekuat hati. Dia meronta berkali-kali agar Mak Usunya melepaskannya. Air matanya bercucuran jatuh. Tersedu-sedannya menangis bila mamanya meninggalkannya tanpa menoleh walaupun sedikit ke belakang.

"Mak Usu! Lepaskan Nur Mak Usu, Nur taknak Mama tinggalkan Nur Mak Usu." Ku Rauzia adik kepada Mamanya hanya mampu memeluk dan menenangkan anak sedaranya agar tidak berlari mendapatkan ibunya yang sudah hilang.

"NUR... Tunggu sekejap ye, sayang. Maksu lupa nak ambil beg tangan," pinta Ku Rauzia sebelum membuka pintu kereta untuk mengambil beg tangannya .

"Mama..."

Kedengaran suara anak kecil yang paling dirinduinya menyapa gegendang telinga.

"Mama!" Automatik air matanya mengalir laju apabila mendapati susuk tubuh itu adalah mamanya.

Jatuh air matanya melihat air mata anaknya mengalir.

'Mama rindukan sayang,' rintihnya, air matanya yang mengalir segera diseka.

'Maafkan mama, sayang!'

"Mama! Tunggu adik mama! Jangan tinggalkan adik!" jeritnya sekuat hati. Laju langkahnya mengejar Mamanya. Laju Ku Rauzia berpaling ke belakang apabila mendengar jeritan anak saudaranya.

"Ya Allah, anak saudara aku."

"Nur!" Nur langsung tidak mengedahkan panggilan Ku Rauzia. Dia segera berlari mendapatkan mamanya.

Dum!

Terpelanting tubuh kecil itu.

"Mama... jangan... tinggalkan adik..." tersekat-sekat perkataan terakhir yang disebutnya itu, seluruh badannya sakit dan matanya semakin kabur.

"Nur!!!" Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila terdengar jeritan seseorang yang amat dia kenali. Pantas dia menoleh semula ke belakang.

Tubuh anaknya terdampar di tepi jalan dengan sebuah kereta yang kelihatan teruk di tengah jalan itu.Tubuhnya mula menggeletar. Kakinya berat untuk melangkah ke arah itu. Air matanya semakin laju mengalir malah jantungnya berdegup hebat. Ya Allah!

"Sayang, anak mama!" Terus dia berlari ke arah situ. Tetapi malangnya, tangannya dicengkam kuat dari belakang bila dia sudah hampir mendekati tubuh anaknya yang sudah berlumuran darah.

"Kau gerak selangkah, kau jangan harap yang anak kau boleh hidup lagi."

"Mama..." panggilnya tatkala matanya ternampak susuk tubuh mamanya yang menghampiri. Akhirnya seluruh pandangannya terus menjadi gelap.

Tiga bulan lalu, di Hospital.

"Dia anak Rafie! Tapi kenapa kau berbintikan aku! Beritahu aku sekarang!Kalau tak Rafie mati!"

"Dia anak kita, kenapa awak langsung tak percayakan saya?" Melorot jatuh tubuhnya di hadapan lelaki itu, kaki lelaki itu dipeluk. Dia sungguh terasa pilu di hati apabila lelaki itu langsung tidak mempercayainya.

Sedangkan dia hanya mencintai lelaki itu seorang. Kalau tidak masakan dia sanggup tetap bertahan?

"Aku ceraikan kau... "

👇💕Vote-Vote💕👇

Terima Kasih Yea Vote😘💋




Seret Bawah Untuk Bab Seterusnya💙👇

HERO UNTUK HAURA JELITA [ON-HOLD] Where stories live. Discover now