KAKINYA melangkah keluar dari keretanya. Sebaik pintu keretanya ditutup, cermin tingkapnya dilihat, menilik rambutnya. Hah elok dah. Buat seketika, dia mendepakan tangannya untuk menghirup udara segar.
"Like seriously! Weh Feez."
"Padia hang,(apa dia)" jawab gerangan pemilik nama Feez itu dengan kasar.
Dalam hati dah mengutuk. Renyah betul tau, apalah nasib aku dapat kawan pondan ni.
"Tu Mikha, Feez. Mikha kan tu?" Jari runcing lelaki itu diarahkan ke seorang susuk tubuh lelaki yang sedang diagaknya sedang exercise.
"Mana?" Lambat-lambat Feez mengalih pandanganya ke arah tunjukkan kawannya itu.
"Betul la tu," balas Feez, malas dia nak layan kawannya ni. Sah-sah Mikha bagitahu yang dia kat luar negara. Feez kembali fokus pada catatannya.
"Hoi Mikha!" Terperanjat Feez dibuatnya, terkeluar habis suara jantan Razlan ni.
"HEY Jelita," tegur Profesor Farhan sebaik sahaja nampak kelibat Haura
Farhan menekup mulutnya, seakan tidak percaya. Takkanlah, untuk seketika dia cuba ingat, ya Haura baru keluar dari bilik Profesor Haiyann.
"Takkanlah?" Profesor Farhan bertanya seakan tidak percaya.
Longlai Haura mengganguk.
"Lah, lewat lagi ke Jelita?" sangkalnya Profesor Farhan menggeleng berkali seraya tergelak kecil. Okay, machine gunt akan dilepaskan dalam kiraan,
One!
Two!
Three!
BANG! BANG! BANG!
"Hisy... saya geram la prof, ada ke tiap-tiap kali dia mesti ada aje nak cari salah saya. Serius saya tak tahu apa la salah saya dekat dia, dari semester pertama lagi ada je yang tak kena, saya tengok banyak lagi pelajar yang lewat bukan saya sorang tapi tiap kali asyik saya sahaja yang kena," cerita Haura pada satu-satunya profesornya yang paling sporting antara profesor yang lain.
Kan dah agak dah.
"Satu aje nasihat dari prof..." Belum sempat mahu menghabiskan nasihatnya laju sahaja Haura memotong.
"Bawak-bawakkan bersabar, kan? Saya hafal dah dan naik boring mendengarnya," keluh Haura.
Prof Farhan ketawa, dia pun rasa boring. Sebenarnya dia ni bukannya pandai bab-bab memberi nasihat ni sebab tu satu sahaja nasihat yang dipegangnya dari dulu sampai sekarang 'bawak-bawakan bersabar'.
"Prof tak ada kelas ke?" tanya Haura malas.
"Tak ada cuma prof kena pergi ambil adik ipar prof, dia baru aje masuk uni ni balik. Ha tak silap prof lah kan dia sama fakulti dengan awak, ha awak mesti kenal," kata Profesor Farhan.
"Siapa nama dia?"
"Mikha." Haura mengerutkan keningnya.
Mikha?
Siapa pulak tu? Setahunya tak pernah la pulak di dengar.
Haura mengerah otak memikirkannya namun langsung tak pernah la pulak dia mendengar atau bertentang mata dengan yang empunya nama itu.
Mesti cantik... Nama panjang dia mesti Mikhayla, tafsir Haura.
"Tak pernah la pulak kenal, okey la tu ada la bertambah kawan perempuan nanti," jawab Haura selamba.
"Ya Allah Jelita, Mikha tu kan nama lelaki, adik ipar prof lelaki la." Merah pipi Haura dibuatnya. Lah, kau ni Haura tula nama pun tak dapat beza laki dengan perempuan.
YOU ARE READING
HERO UNTUK HAURA JELITA [ON-HOLD]
Teen Fiction[Achievement ASHJ] 1| Best Teen Fiction Of The Year 2019 2| Best Fiction Besties 2019 Description: Nur Haura Jelita ditinggalkan oleh Mamanya pada Mak Usunya iaitu Rauzia. Selepas beberapa hari kemudian dia terlibat dalam kemalangan apabila dia t...