DAGING 1

466 4 0
                                    

Malam itu, seperti biasa aku akan duduk menelaah di meja tulis sambil mendengar playlist muzik K-pop nyanyian artis-artis Korea yang aku minat.

Sesekali rentak lagu yang rancak membuatkan aku terikut-ikut menari dengan lenggok yang agak kekok. Walaupun aku tidak mempunyai bakat dalam tarian, tapi pastinya sesiapapun tidak akan dapat menangkis godaan itu. Aku tersenyum kecil.

"I'm so hot! Hot! Hot!" Bibirku pantas menyanyikan bait-bait lagu dari kumpulan Wondergirl bertajuk 'Hot' yang aku hafal sambil kepalaku bergoyang mengikut tempo.

Jam ketika itu menunjukkan tepat pukul 7.05 malam. Teman-teman serumah yang lain masih belum nampak batang hidung. Singgah di kedai makan agaknya. Tapi kebiasaannya sebelum maghrib pasti semua sudah melopong di bilik masing-masing. Aneh. Namun kubiarkan rasa itu berlalu pergi.

'Gruuuuu....' Tiba-tiba perutku memberi isyarat tanda ingin diisi.

Tanpa berlengah aku bingkas bangun dan menuju ke dapur. Sampai sahaja di dapur, aku bercekak pinggang dan otakku ligat memikirkan menu yang bakal dimasak.

"Hmmm..nak masak ape ek? Dalam peti ais ade ayam, ikan, nugget pun okay juga." Aku cuba berdiplomasi dengan diri sendiri.

"Daging pun sedap..."

Aku tersentak. Tengah aku bermonolog tiba-tiba ada suara halus seperti memberi cadangan untuk aku memasak daging. Berderau darah dan jantung dibuatnya.

Aku pandang sekeliling dan cuba mencari arah suara itu datang. Tapi tiada sesiapapun di situ. Pelik. Rasanya aku belum lagi sampai ke tahap kebulur yang bisa membuatkan aku berhalusinasi.

Akhirnya aku membatalkan saja niat untuk memasak. Perut pun seperti sudah berhenti memberontak. Mungkin terkesan dengan kejadian yang tidak diduga tadi. Aku pun masuk semula ke dalam bilik dan berlagak biasa.

Aku capai telefon bimbit di atas meja dan mendail nombor Tina, rakan sebilikku.

"Assalamualaikum.. Ya Jiah, kenapa?" Kedengaran suara Tina dihujung talian.

"Walaikumsalam. Weh ko kat mana hah? Asal tak balik-balik lagi ni?" Aku pantas menjawab salam dan persoalan Tina aku jawab dengan soalan.

"Oh..ni hah motor ni meragam. Rosak pula tepi jalan. Aku dengan Sue tengah tunggu abang Zahal, minta tolong kat dia tengokkan motor ni. Ko okay tak ni?"

"Hmmm okay je. Cepatlah balik, aku sorang-sorang je kat rumah ni."

"Sorang? Habis sape yang dok menyanyi kat belakang tu. Suara dah la garau. Sapa yang dah balik?"

Habis saja ayat dari Tina, aku dah cuak. Boleh tahan celupar mulut kawan baik aku ni. Ikutkan hati mahu sahaja aku seligi mulut Tina. Namun saat itu jantung sudah pun berdebar seperti baru habis marathon sepuluh kilometer. Aku berharap Tina cuma bergurau kerana aku langsung tidak mendengar sesiapun menyanyi.

"Woi Jiah! Dengar tak ni? Senyap lah pula. Ok lah, abang Zahal dah sampai ni. Kejap lagi aku balik kot. Bye, Assalamualaikum." Talian dimatikan.

Dalam hati, aku berishtigfar dan mulut terkumat kamit membaca surah Yassin. Aku kekal statik diposisi yang sama. Takut untuk menoleh ke belakang. Takut kalau-kalau terlihat sesuatu yang tidak mahu aku lihat. Serta-merta bayangan kisah-kisah seram yang pernah aku tonton sebelum ini terlayar di minda tanpa dipinta.

KREEEKKKK...

Kedengaran bunyi pintu dibuka perlahan-lahan. Bunyinya sangat menyeramkan! Aku kaget. Tapi aku juga tidak pasti pintu bilik mana yang berbunyi. Adakah pintu bilik aku? Semakin laju aku membaca surah Yassin, semakin galak pula pintu dimain.

"There is someone... walking behind you. Turn around, look at me..."

Ah sudah! Sejak bila pula lagu Bee Gees boleh sesat dalam playlist K-pop aku ni?! Memang saja nak menganjing aku ke?

"Ya Allah, tolonglah hambamu ini." Aku cuba mengambil sedikit semangat yang hilang. Tiba-tiba, aku rasakan seperti ada mata yang memerhati. Sepantas kilat aku mendongak.

"Allahuakhbar!!"

Bersambung..

DAGING PUN SEDAPWhere stories live. Discover now