DAGING 9

124 2 2
                                    

"Janin?!" aku dan Tina berpandangan. Jelas terpancar kegusaran di wajah masing-masing. Antara percaya dan tidak silih berganti. Kemudian, aku teringat kejadian tempoh hari. Tompokan darah yang aku lihat di lantai bilik air yang aku sangkakan darah haid rupanya.... Blurghh! Perutku terus terasa mual.

"Dari jauh lagi aku dah tercium bau darah yang manis tu. Jadi aku datanglah dekat tingkap dapur. Dari situ aku nampak, dalam tandas, dia kutip janin tu dan cepat-cepat berlari ke belakang rumah. Aku nampak dia tanam janin tu. Hehehehe..."

"Astagfirullah." ustaz Shafiq beristighfar. Sungguh kami terkejut dengan apa yang kami dengar. Benarkah Sue melakukan semua tu?

Tidak semena-mena, makhluk itu menangis teresak-esak. "Aku minta maaf... A..aku terpaksa buang kau..." bulu romaku meremang. "Dia cakap, kalau aku tak gugurkan, dia akan tinggalkan aku. Jadi aku terpaksa buat macam ni. Kau tak boleh salahkan aku, sebab aku tak pernah inginkan kau ada! Kau yang paksa aku buat macam ni!" sambung Sue lagi. Rintihannya sungguh menyayat hati.

Kami yang berada disitu turut berasa hiba. Tapi pada masa yang sama ada rasa marah yang menggebu. Langsung tidak tercapai dek akal apa yang sanggup dilakukan oleh manusia yang tergoda dengan pujuk rayu hawa nafsu. Apatah lagi ianya datang daripada Sue, seorang gadis yang warak, solat lima waktu, dan menutup aurat dengan sempurna. Sayangnya, tewas digoda nikmat dunia yang sementara.

Namun, aku tidak mahu meletakkan seratus peratus kesalahan dibahu Sue. Aku dan Tina tahu akan hubungan diantara Sue dan teman lelakinya, Firdaus. Mereka baru sahaja menjalin hubungan cinta enam bulan yang lepas.

Boleh dikatakan, hampir setiap hari mereka akan keluar berjumpa dan menghabiskan masa bersama. Tapi, aku langsung tidak berkenan dengan Firdaus kerana ramai tahu akan perangai kasanova lelaki itu. Sudah berbuih mulut kami menasihatkan Sue agar meninggalkan lelaki itu namun setiap kali itu juga Sue meminta agar kami tidak masuk campur dengan urusan hidupnya.

Akhirnya, kami mengalah dan diamkan saja hal itu. Tak sangka pula begini jadinya. Aku yakin, Firdaus yang menggoda Sue dan apabila mendapat tahu yang Sue mengandung, dia tidak mahu bertanggungjawab dan memaksa Sue mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan.

Ya Allah, patutlah malam itu aku lihat wajah Sue pucat. Bagaimana agaknya dia melakukan perkara itu? Ngilu memikirkannya. Sanggup dia menahan sakit sendirian daripada kehilangan Firdaus. Aku benar-benar tidak percaya.

"Kau bukannya tuhan untuk menentukan baik buruknya seorang manusia! Baik kau keluar dari badan dia sekarang!" arah ustaz Shafiq.

"Aku taknak! Aku suka kat dia. Aku nak jadi kawan dia!"

"Sini bukannya tempat kau! Kalau kau berdegil juga, aku akan guna kekerasan."

"Arggghhhh!!"

Terperanjat kami mendengar jeritan itu. Nyaring sekali. Mungkin makhluk itu tercabar dengan kata-kata ustaz Shafiq. Berdesup ia merangkak di atas siling menuju masuk ke dalam bilik Sue.

DUMMM!!!

Bunyi pintu ditutup berdentum kuat. Suasana kembali hening. Hanya bunyi desah nafas yang kedengaran. Ku seka peluh yang merintik di dahi. Padahal malam itu sangat dingin dan sejuk.

Bersambung...

DAGING PUN SEDAPWhere stories live. Discover now